Pergi ke kandungan

De Adriaan, Haarlem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kincir angin De Adriaan
Kincir angin De Adriaan

De Adriaan ialah sebuah kincir angin yang terletak di Belanda. Ia siap dibina pada tahun 1779 sebelum musnah dalam satu kebakaran pada tahun 1932. Kincir angin yang ada sekarang telah dibina semula dan siap pada tahun 2002. De Adriaan menjadi mercu tanda bandar Haarlem selama berkurun-kurun.

Sejarah De Adriaan

[sunting | sunting sumber]

Goevrouwetoren

[sunting | sunting sumber]
Kincir angin Haarlem: molen de Adriaan

Kincir angin telah dibina atas usaha Yayasan Goevrouwetoren oleh Adriaan de Booys, seorang pengeluar industri yang berasal dari Amsterdam. Goevrouwetoren, atau Goede Vrouwtoren (Menara Goodwife), telah bertanggungjawab atas kerja-kerja mempertahankan bandar Catrijnenpoort dari Sungai Spaarne. Menjelang penghujung kurun ke-18, pintu ini tidak digunakan lagi disebabkan kerja-kerja pembesaran bandar dan Pembelian de Booys akan menara dan tanah di sekelilingnya daripada pihak perbandaran Haarlem pada 24 April, 1778. Dengan memperkukuh tapak dengan tiang kayu sokongan, kincir angin tersebut dibina 34 meter di atas aras sungai dan bandar di sekelilingnya. De Adriaan dibuka dengan rasminya pada 19 Mei 1779.

De Booys telah diberi kebenaran untuk membina sebuah kincir angin bagi menghasilkan simen, cat, dan tanbark. Kincir ini dibina di bawah pengawasan Henricus Ruijsch dari Waddinxveen. De Booy mendapat konsesi menjadi pengeluar tunggal simen di bandar itu selama 25 tahun.

De Booys kemudian menjual kincir angin ini kepada Cornelis Kraan pada tahun 1802. Monopoli simen tidak menguntungkan sepertimana diharapkan oleh De Booys; para pesaing beliau mengelak undang-undang dengan mengimport simen dari Dordrecht. Kincir angin dijual pada harga 1,650 guilder, dan Kraan menukar kincir ini kepada kincir angin tembakau untuk menghasilkan tembakau sedotan. Kraan telah memiliki sebuah kedai tembakau di Grote Houtstraat (nombor 12).

Pada tahun 1865, sebuah enjin stim telah dipasang di kincir ini oleh pemiliknya, J. van Berloo, tetapi tidak mendatangkan kejayaan komersial. Pada tahun 1925, kincir ini telah dibeli dengan harga 12,100 guilders oleh persatuan kincir angin Belanda Vereniging De Hollandsche Molen bagi mengelakkan ia daripada dirobohkan.

Kincir ini mengalami kerosakkan teruk disebabkan oleh ribut pada tahun 1930.

Kebakaran

[sunting | sunting sumber]

Pada petang 23 April, 1932 kincir angin ini telah terbakar hangus. Jentera bomba tiba dengan pantas akan tetapi tidak mampu menghalang api daripada memusnahkan keseluruhan kincir ini. Peristiwa ini mengejutkan ramai penduduk bandar. Punca kebakaran tidak pernah diketahui.

Pembinaan semula

[sunting | sunting sumber]
De Adriaan, digunakan untuk sebuah majlis perkahwinan

Selepas kebakaran ini, penduduk Haarlem mengumpul wang untuk membiayai pembinaan semula kincir angin. Pemilik kincir angin, Vereniging De Hollande Molen, membuat kutipan dan berjaya mengumpul 3,000 guilders. Wang insurans sebanyak 12,165 guilders telah digunakan untuk membayar gadai janji terhadap kincir ini.

Perbandaran Haarlem mengutip 10,000 guilders, satu jumlah wang yang besar, yang mana boleh digunakan pada tahun 1938 untuk pembinaan semula, sebelum ditolak oleh majlis wilayah disssabkan keadaan ekonomi yang buruk. Pembinaan semula ini terpaksa ditunda sehingga keadaan ekonomi bertambah baik pada tahun 1930-an.

Pada tahun 1963, perbandaran Haarlem menjadi empunya kincir angin ini dan cuba memulihkannya. Usaha ini gagal disebabkan kekurangan dana.

Pada September 1985, satu rancangan telah dibentangkan oleh arkitek Braaksma dan Roos untuk memulihkan Scheepsmakersdijk; yang mana rancangan mereka termasuklah mengenai kincir angin yang akan dibina semula. Pada tahun 1995, rancangan terperinci telah dibuat oleh pihak perbandaran Haarlem dan pada 21 April 1999, lubang pertama telah dikorek.

De Adriaan telah memulakan semula tapak asal kincir angin lama. Kincir angin De Adriaan dibuka semula pada 23 April, 2002, tepatnya 70 tahun selepas peristiwa kebakaran. Pemilik sekarang ialah Stichting Molen De Adriaan.

Tarikan pelancong

[sunting | sunting sumber]

Kincir angin ini berfungsi sepenuhnya dan boleh digunakan untuk mengisar gandum. Walau bagaimanapun, ia jarang digunakan dan hanya untuk tarikan pelancongan terutamanya pada hari Sabtu dan kelepasan am. Di dalam kincir angin ini terdapat sebuah muzium kecil.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 52°23′02″N 4°38′34″E / 52.38389°N 4.64278°E / 52.38389; 4.64278 Templat:Dutch Windmills