Pergi ke kandungan

Die Mitte der Welt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Die Mitte der Welt
PengarahJakob M. Erwa
Lakon layarJakob M. Erwa
BerdasarkanDie Mitte der Welt oleh
Andreas Steinhöfel
Dibintangi
SinematografiThe Chau Ngo
Disunting olehCarlotta Kittel
Muzik olehPaul Gallister
Tarikh tayangan
  • 10 November 2016 (2016-11-10)
Masa tayangan
115 min
NegaraJerman
BahasaJerman

Die Mitte der Welt (bahasa Melayu harafiah: Pusat Duniaku ) merupakan filem Jerman 2016 yang diarahkan oleh Jakob M. Erwa, berdasarkan novel dengan judul yang sama oleh Andreas Steinhöfel.[1]

Phil berusia 17 tahun itu kembali dari kem musim panas dan kembali ke rumah lama 'Visible' di mana dia tinggal bersama ibunya, Glass, dan kembarnya, Dianne. Mereka kurang berhubung dengan penduduk kampung yang lain; mereka menganggap keluarga Phil pelik dan Dianne dikatakan boleh bercakap dengan haiwan. Namun, mereka selalu dilawati seorang peguam, Tereza, yang selalu memberi nasihat kepada Phil. Phil menyedari sesuatu telah berubah antara ibunya dengan Dianne dan mereka tidak bercakap antara satu sama lain. Phil gemar menghabiskan cuti musim panasnya bersama Kat, teman baiknya. Apabila sesi persekolahan bermula, Nicholas yang dilihat misteri memasuki kelas. Phil berasa tertarik kepada Nicholas dan kemudian mereka bercinta, walaupun adakala perasaan Phil berubah-ubah kerana dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh Nicholas tentang dirinya. Persabahatan antara Phil dengan Kat dilanda ujian.

  1. ^ van Hoeij, Boyd. "'Center of My World' ('Die Mitte der Welt'): Munich Review". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 28 July 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]