Dok pendaratan helikopter
Dok pendaratan helikopter (LHD) merujuk pada satu istilah yang digunakan pada sebuah kapal serangan amfibia pelbagai guna yang mampu mengoperasikan helikopter dan memiliki sebuah dek telaga.[1] Tentera Laut Amerika Syarikat (USN), Tentera Laut Diraja Australia (RAN) dan NATO[perlu rujukan] menggunakan istilah ini sebagai sebuah simbol pengelasan badan.
Kapal-kapal LHD dibina dengan dek penerbangan penuh sepertimana menyerupai pada sebuah kapal pengangkut pesawat bagi mengoperasikan pesawat kepak putar seperti pesawat rotor sendeng, MV-22 Osprey dan pesawat VSTOL seperti AV-8 Harrier dan F-35B Lightning II. Antara contoh kapal dalam kelas ini termasuk kelas Wasp, kelas Mistral dan kelas Juan Carlos I termasuk yang direka berdasarkan kelas-kelas ini seperti kelas Canberra.[1][2] Negara-negara lain juga menggunakan designasi ini pada kapal-kapal mereka seperti kelas Dokdo.[3]
Kelas-kelas kapal perang Tentera Laut A.S yang mengikuti kelas LHD didesignasikan sebagai LHA (serangan pendaratan helikopter) dan boleh dibolak-balik dengan LHD, di mana ia juga memiliki dek-dek telaga kecuali dua buah kapal pertama dari kelas-America, LHA-6 dan LHA-7, yang mana menggunakan ruang untuk kemudahan penerbangan yang lebih luas.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Petty, Dan. "Fact File: Amphibious Assault Ships - LHA/LHD/LHA(R)". U.S. Navy. Dicapai pada August 20, 2015.
- ^ "Amphibious Assault Ship (LHD)". Royal Australian Navy. Dicapai pada August 20, 2015.
- ^ "The Dokdo Class: an LHD for the ROK". Defense Industry Daily. July 5, 2007. Dicapai pada August 20, 2015.