Pergi ke kandungan

Doraemon (watak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Doraemon
Watak Doraemon
Kemunculan pertama

Disember 1969
Dicipta oleh

Fujiko Fujio
Disuarakan oleh

Jepun:
Kōsei Tomita (1973)
Masako Nozawa (1973, 1976)
Nobuyo Ōyama (1979–2005)[1]
Kazue Takahashi (1980, kuning)
Chisa Yokoyama (1995, kuning)
Wasabi Mizuta (2005–kini)[2]
Inggeris:
Mona Marshall
Indonesia:
Suyadi (1989-1990)
Anita Riyadi (1989-1990, 1990-1993)
Nurhasanah Iskandar (1993-1997, 1997-2006, 2006-2011, 2011-2018)
Ika Zidane (1997 dan Stand by Me Doraemon)
Selvy HosizahLis Kurniasih (2006)
Alex WongBilly Syahputra (2011)
Dana Robbyansyah (2018-kini)
Melayu:
Ruhaiyah Ibrahim
Profil
SaudaraSewashi (tuan milik)
Nobita Nobi (kawan)
Dorami (adik perempuan)
Kucing betina bunting (teman wanita; 1973)
Mii-chan (teman wanita; 1979-2005, 2005-sekarang)

Doraemon (Jepun: ドラえもん) merupakan watak cereka dalam siri manga Jepun Doraemon yang dihasilkan oleh Fujiko Fujio, nama pena kepada Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko. Doraemon merupakan robot kucing jantan dari abad ke-22. Tarikh lahir (tarikh penghasilan) rasminya pada 3 September 2112 di Kilang Robot Matsushiba, Kawasaki, Kanagawa yang juga tempat penghasilan manga Doraemon. Kementerian Luar Jepun mengiktiraf Doraemon sebagai "duta anime" di negara tersebut.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimakan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus, meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah dorayaki, sejenis kuih Jepun berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", dora neko, dan bahagian emon yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada nama Horiemon. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, dengan tangan dan kaki berwarna putih, ekor merah. Berat badannya 129.3kg dan berketinggian 129.3cm. Doraemon mempunyai kocek 4-dimensi, sejenis tempat menyimpan barang tanpa had ruang yang selalu digunakannya untuk mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan demi membantu Nobita.

Peralatan

[sunting | sunting sumber]

Pada badan Doraemon terdapat kocek empat dimensi yang digunakannya untuk mengeluarkan pelbagai alatan canggih (道具, dōgu) yang boleh membantu Nobita dan kawan-kawannya. Berikut merupakan alatan-alatan kepunyaan Doraemon yang paling asas dan seringkali digunakan:

  • Buluh Terbang (タケコプター takekoputā) - Dipasang di atas kepala untuk terbang di langit.
  • Pintu Ke Mana-Mana Sahaja (どこでもドア dokodemo door) - Membolehkan sesiapa pergi ke mana-mana sahaja yang dikehendaki dengan cuma melalui pintu ini.
  • Mesin Masa (タイムマシン time machine) - Membolehkan rentasan masa dari zaman ke zaman. Mesin ini diletak dalam laci meja Nobita.
  • Lampu Pengecil (スモールライト Small light) - Mampu mengecilkan saiz objek atau orang yang dipancarkan cahaya kepadanya.
  1. ^ "Doraemon/Danganronpa Voice Actress Nobuyo Oyama Suffering From Dementia". Anime News Network. Dicapai pada 13 Mei 2015.
  2. ^ "Doraemon Voices Confirmed". Anime News Network. Dicapai pada 13 Mei 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]