Pergi ke kandungan

Emansipasi warga Katolik United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suatu emansipasi atau pembebasan hak yang melibatkan pengurangan sekatan hak asasi kepada warga penganut mazhab Katolik (Catholic emancipation atau Catholic relief) dilaksanakan di kerajaan Great Britain dan Ireland (dan kemudiannya United Kingdom) pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pelaksanaan

[sunting | sunting sumber]

Akta pertama yang melonggarkan serta memberi kedipanggil Akta Pengikut Paus (Papists Act) diluluskan dan dilaksanakan (secara tersendiri di Ireland) pada tahun 1778, akta tersebut membenarkan penganut mazhab Katolik memiliki harta dan mewarisi tanah dengan syarat menyatakan sumpah menafikan kuasa Wangsa Stuart serta Paus ke atas bidang kuasa sivil. Ia mencetuskan rusuhan di Scotland pada 1779 dan kemudian Rusuhan Gordon di London pada 2 Jun 1780.

Sebuah akta baharu diluluskan pada 1782 sebagai lanjutan yang membenarkan penubuhan sekolah-sekolah agama Katolik serta pelantikan uskup. Akta Bantuan Katolik Rom 1791 (Roman Catholic Relief Act 1791) telah digunapakai Parlimen Ireland pada tahun 1792-93; memandangkan pemilih pada masa itu sebahagian besarnya ditentukan oleh pemilikan harta, kelonggaran ini memberi undi kepada orang-orang Katolik Rom yang memegang tanah dengan nilai sewa sebanyak £2 setahun. Mereka juga mula mendapat akses kepada banyak pekerjaan kelas pertengahan yang sebelum ini pernah dikecualikan termasuk dalam bidang perundangan (seperti juri besar misalnya). kemasukan ke dalam universiti serta penyertaan dan kelayakan mendapat pangkat rendah dalam tentera dan badan kehakiman British.