Ensiklopedia Falsafah Stanford
Ensiklopedia Falsafah Stanford (Stanford Encyclopedia of Philosophy (SEP)) ialah sebuah ensiklopedia falsafah dalam talian yang diselenggara Universiti Stanford. Setiap entri ditulis dan diselenggara seorang pakar dalam bidangnya, termasuk professor daripada lebih 65 institusi akademik di seluruh dunia. Para penulis yang menyumbang kepada Ensiklopedia memberi kebenaran kepada Universiti Stanford untuk menerbit artikel, tetapi memegang hak cipta artikel. [1]
Sehingga 20 Januari 2011, SEP megandungi 1260 artikel yang diterbitkan. Selain status dalam taliannya, ensiklopedia ini juga menggunakan pendekatan akademik tradisional yang digunakan kebanyakkan ensiklopedia dan jurnal akademik bagi menentukan mutu penulisan melalui:
- penulis pakar yang dipilih oleh penyunting atau jawatankuasa penyunting yang cekap (tidak semestinya pakar) dalam bidang yang terkandung dalam ensiklopedia; dan
- kajian semula setara.
Ensiklopedia ini ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Edward N. Zalta, dengan tujuan tak tersirat bagi menyediakan ensiklopedia dinamik yang sering dikemaskini, supaya tidak menjadi lapuk seperti ensiklopedia cetak. Piagam ensiklopedia ini membenarkan penerbitan artikel-artikel saingan tentang sesuatu topik bagi mencerminkan percanggahan hujah berdasarkan logik dalam kalangan para sarjana. SEP telah dibangunkan pada mulanya dengan dana awam Amerika Syarikat daripada NEH dan NSF. Pelan jangka panjang mengutip dana bagi mengekalkan akses terbuka kepada Ensiklopedia disokong banyak perpustakan universiti dan konsortium perpustakaan. Institusi-institusi ini menyumbang di bawah pelan yang direka SEP secara usaha sama dengan Scholarly Publishing and Academic Resources Coalition (SPARC), International Coalition of Library Consortia (ICOLC) dan Southeastern Library Network (SOLINET), dengan dana padanan daripada NEH.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Internet Encyclopedia of Philosophy
- Routledge Encyclopedia of Philosophy
- Senarai ensiklopeida dalam talian
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Stanford Encyclopedia of Philosophy Laman SEP
- A Solution to the Problem of Updating Encyclopedias – sebuah rencana karya Hammer dan Zalta yang memberikan kerangka masalah kesarjanaan yang wujud yang menjadi rasional penciptaan Ensiklopedia.
:
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.