Galaktosa
| |||
Nama | |||
---|---|---|---|
Nama lain
Gula otak
| |||
Pengecam | |||
Imej model 3D Jmol
|
|||
1724619 | |||
ChEBI | |||
ChEMBL | |||
ChemSpider | |||
KEGG | |||
MeSH | Galactose | ||
PubChem CID
|
|||
UNII | |||
| |||
| |||
Sifat | |||
C6H12O6 | |||
Jisim molar | 180.16 g·mol−1 | ||
Rupa bentuk | Pepejal putih[1] | ||
Bau | Tanpa bau[1] | ||
Ketumpatan | 1.5 g/cm3[1] | ||
Takat lebur | 168–170 °C (334–338 °F; 441–443 K)[1] | ||
650 g/L (20 °C)[1] | |||
-103.00·10−6 cm3/mol | |||
Farmakologi | |||
Kod ATC | V04CE01 V08 (zarah mikro) | ||
Bahaya | |||
NFPA 704 (berlian api) | |||
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |||
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |||
Rujukan kotak info | |||
Galaktosa dengan singkatan Gal merupakan sejenis gula monosakarida yang lebih kurang semanis glukosa, dam anggaran 65% semanis sukrosa.[2] It merupakan aldoheksosa dan epimer C-4 glukosa.[3] Satu molekul galaktosa bergabung dengan satu molekul glukosa membentuk satu molekul laktosa.
Galaktan adalah bentuk polimer galaktosa yang dijumpai di hemiselulosa yang merupakan sejenis polimer karbohidrat semulajadi.[4]
D-Galaktosa juga dikenali sebagai gula otak kerana ia adalah salah satu komponen kepada glikoprotein (sebatian oligosakarida-protein) yang dijumpai di tisu saraf.[5]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan "galaktosa" ialah padanan saintifik dalam bahasa Melayu bagi perkataan "galactose" dalam bahasa Inggeris. "Galactose" pula merupakan istilah yang digubah oleh Charles Weissman[6] pada pertengahan abad ke-19 dan merupakan terbitan dari perkataan Yunani galaktos (bermaksud "dari susu") dan bergabung dengan imbuhan akhir kimia untuk gula dalam bahasa Inggeris yakni -ose.[7] Etimologi perkataan ini juga setara dengan etimologi bagi perkataan "laktosa" kerana kedua-duanya mempunyai bentuk dasar yang bermaksud "gula susu". Laktosa ialah disakarida kepada gabungan galaktosa dan glukosa.
Structur dan isomerisme
[sunting | sunting sumber]Galaktosa wujud dalam bentuk rantaian terbuka dan juga bentuk siklik. Bentuk rantaian terbuka mempunyai satu hujung karbonil.
Empat isomer berbentuk siklik dengan dua darinya membentuk cincin piranosa (enam karbon), manakala dua yang lain membentuk cincin furanosa (lima karbon). Galaktofuranosa wujud dalam bakteria, fungi dan protozoa,[8][9] dan dikenalpasti oleh lektin imun kordata andaian yakni intelektin melalui kewujudan eksosiklik 1,2-diol. Dalam bentuk siklik terdapat dua anomer, yang dinamakan sebagai alfa dan beta, disebabkan peralihan dari bentuk rantaian terbuka kepada bentuk siklik melibatkan pembentukan pusat stereo baharu pada struktur karbonil terbuka.[10]
Spektrum inframerah galaktosa menunjukkan ketebalan yang kuat dan tebal dari julat angka gelombang lebih kurang antara 2500 cm−1 ke 3700 cm−1.[11]
Spektrum resonans magnet nukleus proton galaktosa menyertakan puncak-puncak pada 4.7 ppm (D2O), 4.15 ppm (–CH2OH), 3.75, 3.61, 3.48 and 3.20 ppm (–CH2 of ring), 2.79–1.90 ppm (–OH).[11]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Templat:GESTIS
- ^ Spillane WJ (2006-07-17). Optimising Sweet Taste in Foods (dalam bahasa Inggeris). Woodhead Publishing. m/s. 264. ISBN 9781845691646.
- ^ Kalsi PS (2007). Organic Reactions Stereochemistry And Mechanism (Through Solved Problems) (dalam bahasa Inggeris). New Age International. m/s. 43. ISBN 9788122417661.
- ^ Zanetti M, Capra DJ (2003-09-02). The Antibodies. CRC Press. m/s. 78. ISBN 9780203216514.
- ^ "16.3 Important Hexoses | The Basics of General, Organic, and Biological Chemistry". courses.lumenlearning.com. Dicapai pada 2022-05-06.
- ^ "Charles Weismann in the 1940 Census". Ancestry (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 December 2017.
- ^ Bhat PJ (2 March 2008). Galactose Regulon of Yeast: From Genetics to Systems Biology (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. ISBN 9783540740155. Dicapai pada 26 December 2017.
- ^ Nassau PM, Martin SL, Brown RE, Weston A, Monsey D, McNeil MR, dll. (February 1996). "Galactofuranose biosynthesis in Escherichia coli K-12: identification and cloning of UDP-galactopyranose mutase". Journal of Bacteriology. 178 (4): 1047–52. doi:10.1128/jb.178.4.1047-1052.1996. PMC 177764. PMID 8576037.
- ^ Tefsen B, Ram AF, van Die I, Routier FH (April 2012). "Galactofuranose in eukaryotes: aspects of biosynthesis and functional impact". Glycobiology. 22 (4): 456–69. doi:10.1093/glycob/cwr144. PMID 21940757.
- ^ "Ophardt, C. Galactose". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-08. Dicapai pada 2015-11-26.
- ^ a b Tunki, Lakshmi; Kulhari, Hitesh; Vadithe, Lakshma Nayak; Kuncha, Madhusudana; Bhargava, Suresh; Pooja, Deep; Sistla, Ramakrishna (2019-09-01). "Modulating the site-specific oral delivery of sorafenib using sugar-grafted nanoparticles for hepatocellular carcinoma treatment". European Journal of Pharmaceutical Sciences (dalam bahasa Inggeris). 137: 104978. doi:10.1016/j.ejps.2019.104978. ISSN 0928-0987. PMID 31254645. S2CID 195764874.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Galaktosa di Wikimedia Commons