Pergi ke kandungan

Generalmajor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Generalmajor ialah varian Jermanik bagi pangkat Mejar Jeneral, di beberapa negara Eropah Tengah dan Eropah Utara.

Mejar Jeneral
Generalmajor

Epaulet bahu
Tentera Darat
Lencana lengan
Tentera Udara
Negara  Denmark
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat Denmark Tentera Darat Denmark
Bendera Tentera Udara Denmark Tentera Udara Denmark
Singkatan gen.m.
Kumpulan pangkat Pegawai Jeneral
Pangkat Dua bintang
Diperkenalkan Sebelum 1671
Kod
NATO
OF-7
Pangkat tinggi seterusnya

Generalløjtnant

Pangkat rendah seterusnya

Brigadegeneral

Persamaan pangkat Kontreadmiral

Generalmajor ialah pangkat pegawai jeneral kedua paling rendah dalam Tentera Darat Diraja Denmark dan Tentera Udara Diraja Denmark. Selaku pangkat dua bintang ia bersamaan dengan pangkat kontre admiral dalam Tentera Laut Diraja Denmark.[1]

Pangkat ini ditakrif OF-7 dalam NATO.[2] Ia ditetapkan gred M404 dalam sistem gaji Kementerian Pertahanan.[3] Pangkat major general dikhususkan untuk Panglima Tentera Darat dan Panglima Tentera Udara.[4]

Pada 25 Mei 1671, pangkat itu telah dikodkan, oleh Raja Christian V, dengan penerbitan susunan keutamaan pembesar Denmark. Disini jeneral pasukan cawangan diletakkan dibawah Leftenan Fil Marsyal (Denmark: Feltmarskal Lieutenant), dan di atas pangkat bangsawan Count dan pangkat tentera Leftenan Jeneral.[5]

Sebagai sebahagian daripada Reformasi Tentera 1867, pangkat Major, lieutenant colonel telah dibuang dan hanya satu pangkat "General" dikekalkan.[6] Selepas reformasi 1880, pangkat pegawai jeneral diperkenalkan semula.[7] Panglima Markas Am 1 dan Markas Am 2 diberi pangkat lieutenant general manakala yang lain berpangkat major general.[7]

Pakaian seragam rasmi pertama telah diperkenalkan pada 29 September 1737.[8] Beberapa reka bentuk pakaian seragam yang pertama tidak bertahan, namun ia berwarna merah, kot tanpa kolar yang dipenuhi hiasan.[9] Kot merah kekal sehingga tahun 1768, apabila Comte de Saint-Germain memperkenalkan pakaian seragam putih untuk para general, ia bagaimanapun dihentikan selepas itu pada tahun 1769.[10] Pada tahun 1772, pangkat sebenar pertama diperkenalkan kepada Tentera Denmark; ia berbentuk gelung emas pada manset, dengan tiga gelung untuk general penuh, dua untuk lieutenant general, dan satu untuk major general.[11] Uniform ini menjalani beberapa perubahan sehingga 1785, apabila pangkat lengan dikeluarkan.[12]

Pada tahun 1801, uniform baru diperkenalkan untuk seluruh tentera. Berserta dengan uniform baru, epaulet pangkat turut diperkenalkan untuk pegawai, dengan general memakai bintang berbucu enam pada epaulet mereka.[13][4] Pangkat general kekal tidak berubah sejak pengenalannya sehingga 1979, dan penerimaan NATO STANAG 2116.[4] Penerimaan ini mencipta pangkat baru brigadier general, yang akan menerima satu bintang, bermakna major general akan menerima dua bintang.[4]

Insignia pangkat

[sunting | sunting sumber]
Mejar Jeneral
Generalmajor
Pelapik gorjet kolar kanan dan kiri Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Tentera Darat Jerman
Tentera Udara Jerman
Singkatan GenMaj
Kumpulan pangkat Pegawai Jeneral
Pangkat Dua bintang
Diperkenalkan 1956 (moden)
Kod
NATO
OF-7
Pangkat tinggi seterusnya

Generalleutnant

Pangkat rendah seterusnya

Brigadegeneral

Persamaan pangkat Konteradmiral

Generalmajor, singkatan GenMaj, (bm: Mejar Jeneral) adalah pangkat pegawai jeneral ketiga tertinggi dalam Tentera Darat Jerman (Heer) dan Tentera Udara Jerman (Luftwaffe). Pangkat ini juga digunakan dalam Angkatan Tentera Austria, tetapi disingkatkan sebagai GenMjr.

Dari segi sejarah, pangkat Tentera Darat Jerman bagi para jeneralnya sebelum tahun 1945 telah diimbangi pangkat yang sama oleh kebanyakan tentera utama Eropah lain. Oleh itu, sebelum 1945, pangkat Generalmajor dalam Tentera Darat Jerman adalah setara dengan pangkat Brigedier Jeneral dalam tentera negara lain, dan sebagainya.

Generalmajor dalam Jerman moden

[sunting | sunting sumber]

Pangkat ini ditakrif OF-7 dalam NATO, dan ditetapkan gred B7 dalam sistem gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan. Ia bersamaan dengan pangkat Konteradmiral dalam Tentera Laut Jerman (Marine) atau dengan Generalstabsarzt, dan Admiralstabsarzt dalam Zentraler Sanitätsdienst der Bundeswehr.

Pada epaulet (Heer, Luftwaffe) terdapat dua paku (bintang) emas dalam kalungan daun oak emas.

Heer Luftwaffe ... pada kolar uniform
Turutan pangkat Bundeswehr seperti berikut
pangkat junior:
Brigadegeneral

(Pangkat pegawai Jerman)
Generalmajor

pangkat senior:
Generalleutnant

Generalmajor di Jerman Timur

[sunting | sunting sumber]

Generalmajor adalah "organ bersenjata GDR" (Jerman: Bewaffnete Organe der DDR), yang diwakili oleh Kementerian Pertahanan Negara, dan Kementerian bagi Keselamatan Negara, pangkat pegawai jeneral paling rendah, setanding dengan pangkat satu bintang dalam banyak angkatan tentera NATO (Kod pangkat OF-6). Ini merujuk kepada doktrin ketenteraan Soviet dan selaras dengan angkatan tentera Pakatan Warsaw lain.

Pangkat yang setara dengan Volksmarine (Tentera Laut GDR) ialah Konteradmiral, sering dipanggil singkatan Herr Admiral .

Pangkat junior
Oberst

Pangkat Tentera Rakyat Nasional
Generalmajor
(Konteradmiral)
Pangkat senior
Generalleutnant
Insignia pangkat Generalmajor / Konteradmiral (OF-6)
Stasi Tentera Darat Tentera Udara Pasukan Sempadan GDR Volksmarine
Generalmajor Konteradmiral

Generalmajor Wehrmacht

[sunting | sunting sumber]

Generalmajor adalah pangkat pegawai jeneral terendah dalam Reich Jerman dan Jerman Nazi, setanding dengan pangkat satu bintang dalam banyak angkatan tentera NATO (Kod pangkat OF-6). Ia bersamaan dengan pangkat Konteradmiral dalam Kriegsmarine, dan SS-Brigadeführer dalam Waffen-SS sehingga tahun 1945.

Insignia pangkat Generalmajor / Konteradmiral
Cabang Tentera Darat Jerman Luftwaffe Waffen-SS Kriegsmarine
Kolar Tiada
Bahu
Lengan
Nama
pangkat
Generalmajor
SS-Brigadeführer
und Generalmajor
der Waffen-SS
Konteradmiral
Turutan pangkat seperti berikut
Pangkat junior:
Oberst

(Pangkat pegawai Jerman)
Generalmajor

Pangkat senior:
Generalleutnant

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ STANAG 2116, m/s. B-2.
  2. ^ STANAG 2116, m/s. A-2.
  3. ^ Ministry of Defence 2017.
  4. ^ a b c d Hedegaard 1986.
  5. ^ danmarkshistorien.dk 2017.
  6. ^ Klint 1965, m/s. 8.
  7. ^ a b Ministry of War 1880, m/s. 35.
  8. ^ Petersen 2014, m/s. 31.
  9. ^ Petersen 2014, m/s. 31–32.
  10. ^ Petersen 2014, m/s. 36.
  11. ^ Petersen 2014, m/s. 39.
  12. ^ Petersen 2014, m/s. 41.
  13. ^ Petersen 2014, m/s. 42.


Bibliografi
  • danmarkshistorien.dk (17 May 2017). "Rangforordningen, 25. maj 1671" (dalam bahasa Denmark). danmarkshistorien.dk. Dicapai pada 15 March 2021.
  • Hedegaard, Ole A. (1 January 1986). "Nyt militært gradstegn - en ny/gammel tradition!". Krigsvidenskab.dk (dalam bahasa Denmark). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2018. Dicapai pada 28 August 2018.
  • Klint, Helge (1965). "Træk af Hærstabens historie". Hærkommandoens Årsskrift (dalam bahasa Denmark). Nyt Nordisk Forlag: 5–11.
  • Military Committee Land Standardization Board (13 January 2021). STANAG 2116 (ed. 7th). NATO Standardization Agency.
  • Ministry of Defence (9 January 2017). "Historik". forpers.dk (dalam bahasa Denmark). Forsvarsministeriets Personalestyrelse. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2019. Dicapai pada 8 April 2021.
  • Ministry of War (1880). "Love og Bestemmelser, som angaae hæren". Kundgjørelser for hæren samt Love og Bestemmelser, som angaae hæren (dalam bahasa Denmark). Copenhagen.
  • Petersen, Karsten Skjold (2014). Kongens klæder - Hærens uniformer og udrustning i Danmark-Norge (dalam bahasa Denmark) (ed. 1st). Slovenia: Historika. ISBN 9788793229006.