Pergi ke kandungan

Gereja Blenduk Semarang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gereja Blenduk Semarang

Gereja Blenduk Semarang adalah gereja Kristian yang dibina pada 1753 oleh penjajah Belanda. Gereja ini terletak di Jalan Leftenan Jenderal Suprapto, No 32 Kota Lama Semarang dan bernama 'Gereja GBIB Immanuel'. Bangunannya terbahagi kepada tiga bahagian. Ramai penganut Kristian Semarang datang pada hari Ahad. Bangunan era kolonial Belanda yang berhampiran ialah Gedung Marba. Di hadapannya ialah 'Restoran Ikan Bakar Cianjur' yang cukup terkenal.