Guy Fawkes
Guy Fawkes (disebut /ˈɡaɪ ˈfɔːks/; 13 April 1570 – 31 Januari 1606)[nota 1], juga dikenali sebagai Guido Fawkes, merupakan seorang penganut Katolik England yang terlibat dalam Gunpowder Plot ("Rancangan Mesiu") yang terkenal pada tahun 1605.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Fawkes dilahirkan dan dibesarkan di York, England. Ayahnya meninggal ketika Fawkes berusia lapan tahun, di mana ibunya mengahwini seorang penganut Katolik yang kuat selepas itu. Dia memeluk mazhab baru tersebut dan kemudiannya berhijrah ke Eropah untuk menyertai Perang Lapan Puluh Tahun di pihak Sepanyol menentang golongan Belanda Reformasi Protestan di Negeri-Negeri Pamah. Dia merantau ke Sepanyol untuk meraih sokongan bagi mengadakan pemberontakan Katolik di England namun dia tidak berjaya melakukan demikian.
Fawkes kemudiannya berjumpa Thomas Wintour yang turut pulang bersamanya ke England. Wintour pula memperkenalkannya kepada Robert Catesby yang merancang mahu membunuh Raja James I serta melantik semula raja yang bermazhab Katolik menaiki takhta England. Mereka menyewa sebuah bilik di bawah Dewan Pertuanan, sementara Fawkes ditugaskan menjaga simpanan serbuk letupan mereka di sana. Pihak berkuasa bergegas mencari serata Istana Westminster pada awal hari 5 November selepas mereka diberitahu sepucuk surat yang tidak bernama dan menemui Fawkes menjaga bahan letupan tersebut. Selama beberapa hari berikutnya, dia disoal siasat serta diseksa sehingga dia membuat pengakuan. Pada hari Fawkes bakal dihukum iaitu 31 Januari, dia terjatuh dari tapak gantungannya sehingga terpatah lehernya lalu kematiannya melepaskannya dari hukuman yang lebih mengerikan.
Malam Guy Fawkes
[sunting | sunting sumber]Fawkes dikaitkan dengan Rancangan Mesiu (Gunpowder Plot) yang gagal, dan kegagalan tersebut diraikan di Britain setiap tahun setiap 5 November. Keraian Malam Guy Fawkes ini disambut dengan membakar patung yang menyerupainya di atas unggun api yang besar beserta pertunjukan bunga api. Topeng menampilkan rupa wajah gambaran Guy sering menjadi suatu barangan penting meraikan pesta tersebut. Patung-patung menggambarkan Guy turut menjadi asal kepada istilah basahan Inggeris guy "orang" sejak abad ke-19.[1]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Tarikh-tarikh dalam rencana ini disebut sebelum 14 September 1752 mengikut takwim Julius.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ House of Commons Information Office (September 2006), The Gunpowder Plot (PDF), diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 February 2005, dicapai pada 15 February 2011