Héctor Moreno
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Héctor Alfredo Moreno Herrera[1] | ||
Tarikh lahir | 17 Januari 1988 | ||
Tempat lahir | Culiacán, Mexico | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Roma | ||
Kerjaya remaja | |||
2003–2006 | UNAM | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2007 | UNAM | 44 | (2) |
2008–2011 | AZ | 80 | (6) |
2011–2015 | Espanyol | 118 | (7) |
2015–2017 | PSV Eindhoven | 61 | (11) |
2017– | Roma | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2005 | Mexico B17 | 6 | (2) |
2007 | Mexico B20 | 4 | (1) |
2007– | Mexico | 79 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Mei 2017 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2017 |
Héctor Alfredo Moreno Herrera (lahir 17 Januari 1988) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Itali, Roma dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain di posisi pertahanan.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]UNAM
[sunting | sunting sumber]Héctor Moreno sertai kelab remaja UNAM pada 2003 ketika baru berusia 15 tahun dan beliau ke kelab pertama selepas menjuarai Piala Dunia B-17 FIFA bersama Mexico pada 2015.
Beliau membuat debut untuk UNAM ketika kejohanan Clausura 2006, pasukannya menang 1-0 ke atas Santos Laguna pada 22 Januari. Beliau membuat penampilan penuh pada 12 Februari, menang 2-0 ke atas Veracruz. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada minggu berikutnya tetapi pasukannya tewas 3-1 kepada Cruz Azul.
AZ Alkmaar
[sunting | sunting sumber]Pada 13 Disember 2007, Moreno dilaporkan ke kelab Belanda, AZ Alkmaar sebanyak US$4.5 juta. Beliau membuat penampilan pertama bersama AZ pada 1 Mac 2008, seri 1–1 menentang Roda JC Kerkrade. Pada April 2009, Moreno memenangai gelaran pertama Eredivisie bersama AZ. Pada 22 April, Moreno dilaporkan telah melanjutkan kontrak bersama AZ Alkmaar, di mana beliau kekal bersama kelab Belanda itu sehingga 2014.
Pada 25 Julai, AZ memenangi Piala Super Belanda dengan membelasah SC Heerenveen 5–1 dalam perlawanan akhir. Moreno membuat debut di pentas Eropah dalam Liga Juara-Juara pada 16 September, tewas 1-0 kepada Olympiakos. Pada 7 Februari 2010, Moreno menjaringkan gol kemenangan Alkmaar apabila menanduk masuk dari sepakan penjuru pada minit ke-87 menetnang Feyenoord, AZ menang 2–1.
Espanyol
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Jun 2011, Moreno telah berpindah ke kelab Sepanyol, Espanyol dengan kontrak lima tahun dan bayaran yang tidak didedahkan.[2]
Pada 28 Ogos, Moreno membuat debut La Liga menentang Mallorca. Pada 26 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Espanyol ketika tewas 3-1 menentang Levante UD. Pada 4 Oktober 2012, Moreno dinamakan sebagai "Pemain Terbaik Espanyol" pada musim 2011–12, iaitu musim debutnya dengan bermain 35 perlawanan liga dengan jumlahnya 3295 minit bermain dan menjaringkan tiga gol bersama satu hantaran.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Moreno membuat debut Piala Dunia dalam Piala Dunia 2010 menentang Perancis dalam peringkat kumpulan, Mexico menang 2-0.
Moreno sebahagian daripada skuad Mexico di Piala Emas CONCACAF 2011, di mana beliau bermain setiap perlawanan Mexico termasuk perlawanan akhir menentang Amerika Syarikat di mana Mexico menang 4-2. Beliau juga bermain setiap perlawanan Mexico di Piala Konfederasi FIFA 2013.
Pada 12 Jun 2012, Moreno menjaringkan gol pertamanya untuk Mexico ketika menang 2-1 ke atas El Salvador dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014.
Jurulatih Miguel Herrera memasukkan beliau dalam senarai akhir 23 pemain yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014.
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Lokasi | Lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
12 Jun 2012 | San Salvador, El Salvador | El Salvador | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 |
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 23 Disember 2014
Penampilan kelab | Liga | Piala | Benua | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Musim | Kelab | Liga | Kmncln | Gol | Kmncln | Gos | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol |
Mexico | Liga | Piala | Amerika Utara | Jumlah | ||||||
2005–06 | UNAM | Primera División | 6 | 1 | — | 4 | 0 | 10 | 1 | |
2006–07 | 16 | 0 | — | — | 16 | 0 | ||||
2007–08 | 22 | 1 | — | — | 22 | 1 | ||||
Belanda | Liga | Piala | Eropah | Jumlah | ||||||
2007–08 | AZ | Eredivisie | 8 | 1 | — | — | 8 | 1 | ||
2008–09 | 15 | 0 | 1 | 1 | — | 16 | 1 | |||
2009–10 | 30 | 4 | 1 | 0 | 6 | 0 | 37 | 4 | ||
2010–11 | 27 | 1 | — | 8 | 0 | 35 | 1 | |||
Sepanyol | Liga | Copa del Rey | Eropah | Jumlah | ||||||
2011–12 | Espanyol | La Liga | 35 | 3 | 4 | 0 | — | 39 | 3 | |
2012–13 | 32 | 2 | 1 | 0 | — | 33 | 2 | |||
2013–14 | 32 | 1 | 5 | 0 | — | 37 | 1 | |||
2014–15 | 1 | 0 | 1 | 0 | — | 2 | 0 | |||
Jumlah | Mexico | 44 | 2 | — | 4 | 0 | 48 | 2 | ||
Belanda | 80 | 6 | 2 | 1 | 14 | 0 | 96 | 7 | ||
Sepanyol | 100 | 6 | 11 | 0 | — | 111 | 6 | |||
Jumlah kerjaya | 224 | 14 | 13 | 1 | 18 | 0 | 255 | 15 |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- AZ Alkmaar
- Eredivisie (1): 2008–09
- Perisai Johan Cruijff (1): 2009
Antarabangas
[sunting | sunting sumber]- Mexico B17
- Mexico
- Piala Emas CONCACAF (1): 2011
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Player Profile". RCD Espanyol official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-11. Dicapai pada 2014-12-25.
- ^ "Hector Moreno completes switch to Espanyol". Goal.com. Dicapai pada 22 June 2011.
- Halaman menggunakan skuad kebangsaan tanpa pautan comp
- Kelahiran 1988
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Mexico
- Pemain Club Universidad Nacional
- Pemain AZ Alkmaar
- Pemain RCD Espanyol
- Pemain PSV Eindhoven
- Pemain A.S. Roma
- Pemain Real Sociedad
- Pemain Piala Dunia FIFA 2010
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pemain Piala Dunia FIFA 2018