Ilusi
Ilusi ialah suatu pengherotan sesuatu rangsangan dalam persekitaran terhadap deria yang dialami lalu menyebabkan otak manusia tersilap tafsir pendekatan kita terhadap benda yang dirasai (persepsi). Keadaan sebegini biasanya dikongsi bersama ramai orang[1] dan banyak mengena pada semua deria manusia - ilusi optik yang sering dialami kerana dominannya deria penglihatan
Ada ilusi yang terhasil daripada tanggapan umum hasil pentafsiran otak semasa melakukan persepsi dengan prinsip aturan, keupayaan persepsi kedalaman dan pergerakan serta tahap kemalaran persepsi tersebut (perceptual constancy). Ada juga sebahaian ilusi yang dialami akibat struktur deria biologi dalam tubuh badan manusia atau keadaan sekeliling penderia tersebut.
Kata "ilusi" meminjam Belanda: illusie serapan kata bahasa Latin illusio terbitan kata illūdō "mempermainkan"[2][3] berkaitan dengan perkataan lūdō "mainan".[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Solso, R. L. (2001). Cognitive psychology (6th ed.). Boston: Allyn and Bacon. ISBN 0-205-30937-2
- ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "illusie". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "illūdō". A Latin Dictionary – melalui Projek Perseus.
- ^ lūdō, ibid.CS1 maint: postscript (link)