Injil Barnabas
Injil Barnabas ialah injil pseudo-epigrafi bukan kanonik yang ditulis pada Akhir Zaman Pertengahan dan dikaitkan dengan murid Kristian awal Barnabas, yang (dalam karya ini) adalah salah seorang rasul Yesus.[1] Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali. Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian. Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zaman Maharaja Zeno (478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .
Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan ajaran Triniti. Injil Barnabas dikatakan telah ditemui dalam dua bentuk salinan manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali yang berbeza dari segi usia atau tarikh penulisannya, Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16 sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen. Namun kini terdapat satu salinan yang lebih lama iaitu berusia lebih 1500 tahun dalam bahasa Aram lama yang ditemui di Turkiye yang kini disimpan di Istana Kehakiman di ibu negara Turkiye, Ankara.
Manuskrip
[sunting | sunting sumber]Bahasa Itali
[sunting | sunting sumber]Manuskrip ini tersimpan di Perpustakaan Vienna, Austria. Manuskrip dalam bahasa Itali ini asalnya milik John Frederick Cramer dan diberikan kepada Eugene. Cramer ialah penasihat raja Prusia yang ketika itu berada di Amsterdam. Pada tahun 1709, Cramer mengambil manuskrip ini dari perpustakaan seorang bangsawan (tanpa nama) di Amsterdam. Naskhah ini dipinjamkan kepada Craemer Tolanddan kemudian dipinjamkan pula kepada Prins Jugend Savoy. Pada tahun 1738, naskhah ini dan lain-lain buku telah dipindahkan ke perpustakaan di Vienna sehingga sekarang.
Bahasa Sepanyol
[sunting | sunting sumber]Awal abad ke-18 , naskhah lain berbahasa Sepanyol telah ditemui yang mengandunig 222 pasal dan 420 halaman. Kebanyakkan tulisannya telah hilang kerana usianya yang terlalu tua.
Nashkah ini dipinjamkan oleh Dr Holm dari Hardley, Hampshire kepada Sale. Kemudian kepada Dr Minkhauss, seorang ahli King College di Oxford lalu diterjemah ke bahasa Inggeris. Naskhah asal telah diserah kepada Dr White semula. Dari kajian Dr White, manuskrip Sepanyol adalah terjemahan harafiah dari manuskrip Itali.
Sale menyatakan manuskrip Sepanyol ini adalah terjemahan dari bahasa Itali oleh seorang muslim Arughani bernama Mustafa Alarnadi. Dalam mukadimahnya ada kisah menarik tentang pastor Fra Marino. Mustafa Alarnadi atau Mustafa de Aranda ialah penduduk Islam di Istanbul, Turki kini. (dahulu dikenali sebagai Constantinople, Rome, Itali).
Manuskrip Sepanyol dikatakan telah hilang selepas diserahkan semula kepada Dr White pada abad ke-18 atau ke-19. Tetapi salinan abad ke-18 ditemukan pada tahun 1970-an di Fisher Library, Universiti Sydney dan dicatatkan sebagai milik Sir Charles Nicholson. Manuskrip dalam bahasa Sepanyol diterjemah ke bahasa Arab oleh seorang Kristian di Mesir bernama Dr Khalil Saadah pada tahun 1908.
Bahasa Indonesia
[sunting | sunting sumber]Injil Barnabas telah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia oleh Husein Abu Bakar dan Abu Bakar Basmeleh pada tahun 1970.
Ketulenan Injil Barnabas
[sunting | sunting sumber]Manuskrip Itali dan Sepanyol dilihat mempunyai gaya bahasa dan penulisan Constantinople / Istanbul kerana ada catatan kaki berbahasa Arab . Constantinople ialah nama lama bagi bandar Istanbul di Turki. . Masyarakat Constantinople mungkin berbahasa Itali dan Sepanyol. Artifak -artifak Sacromonte di Granada 1590-an dihasilkan setelah orang Islam diusir dari Sepanyol. Granada Moor jatuh ke tangan Kristian pada 1492 M. Tetapi orang Islam Mudejar dan Sephandi Yahudi masih menetap di Venezia di Kesultanan Ottoman , Turki.
Pengkaji lain mendakwa Injil Barnabas tidak ditulis di Istanbul, tetapi di Rome , Itali kerana ungkapan syahadah dalam Injil Barnabas tidak sama dengan syahadah bahasa Arab .
Kritikan Pendeta
[sunting | sunting sumber]Injil Barnabas telah dikritik oleh oleh 3 dekrit berikut :
Tiga dekrit di atas berlaku sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Nabi Muhamad dilahirkan pada 571 M. Dekrit Gelasius menyebut Evangelium Barnabas sebagai Injil yang dilarang. Injil ini kemudian ditemui dalam Perpustakaan Paus Sijtus V (1585 - 1590) dan ditemui oleh seorang pastor bernama Pra Marino atau Vra Marino. Injil Barnabas telah digunapakai di Gereja sehingga ke zaman Dekrit Gelasius.
Injil Barnabas telah 'disembunyikan' bersama-sama Injil-Injil yang lain yang disebut sebagai Apocrypha. Kebanyakan daripada Injil-Injil ini berjaya dimusnahkan. Sebahagian lagi hanya diketahui namanya sahaja. Satu naskhah Injil Barnabas telah berhasil lolos oleh Pastor Vra Marino yang sekarang berada di National Bibliothek, Vienna, Austria. Daripada naskhah yang menarik ini telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk oleh Dr Khalil Saadah. Sarjana Kristian dari negara Mesir, Dr Khalil Saadah menyatakan Injil Barnabas yang tersimpan di Perpustakaan Vienna, Austria adalah penemuan tidak ternilai dalam sejarah yang tebalnya kira-kira 225 halaman.
Injil Barnabas dilihat sangat anti Triniti dan anti Paul sedangkan dalam Bible yang diterima pakai oleh Paus, Paul lebih penting daripada Jesus. Kisah pastor Vra Marino dianggap sebagai cubaan mendiskredit tokoh-tokoh gereja Rom Katolik pada 1590-an. Vra Marino dianggap cuba memalukan Paus Siktus V yang menjadi ketua gereja pada tahun 1585-1590. Oleh itu Injil Barnabas dianggap sebagai palsu.
Kandungan Injil Barnabas
[sunting | sunting sumber]Penyelewangan oleh Paul
[sunting | sunting sumber]- Bahawa Paul adalah orang yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Jesus yang sebenarnya.(Lihat Barnabas Kata pendahuluan ayat 7 dan 222:3)
Saul yang bergelar Paul atau Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus Christ dan pengikut-pengikutnya. Beliau tidak pernah belajar kepada Jesus sendiri dan kemudian mengaku bertaubat, seterusnya mengaku pula menjadi rasul Jesus. Akhirnya, penganut Kristian mengakuinya juga sebagai seorang rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan ke dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci. Barnabas menyatakan Paul sebagai telah menyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan agama itu dari dalam. Barnabas menyatakan sebab beliau menulis Injil Barnabas kerana faktor Paul yang menyeleweng ini. (Barnabas Kata Pendahuluan 1-9)
Jesus tidak mati disalib tetapi Judas Iskariot mati disalib
[sunting | sunting sumber]- Bahawa Jesus tidak disalibkan dan yang disalibkan ialah Judas Iskariot.(Lihat Barnabas 112:13-16 ;215:1-6; 217:77-81)
Fasal 215,216,217 dalam Injil Barnabas menyatakan Jesus tidak mati disalib sebaliknya Judas Iskariot yang mati disalib.
Judas Iskariot mengetahui Jesus bersembunyi dari sebuah rumah ke kebun dan berdoa. Lantas Judas Iskariot menawarkan maklumat itu kepada Imam Besar Yahudi dengan wang 30 keping perak. Sepasukan askar dengan dipandu oleh Judas Iskariot pergi ke kebun itu. Allah telah memerintahkan malaikat Jibril, Mikhail, Rufail dan Uril membawa Jesus ke langit manakal 11 orang murid Jesus sedang tidur.
Dengan takdir Allah, Judas Iskariot berubah rupa dan wajahnya menyerupai Jesus. Judas Iskariot menafikan dirinya Jesus walaupun disoal berulang-kali. Judas ditangkap oleh askar dan dibawa ke Jerusalem. 11 murid Jesus berjaya menyelamatkan diri. Judas diseksa, ditutup matanya dan hampir menjadi gila tetapi semua yang melihat hanya ketawa kerana menyangka Judas Iskariot buat-buat gila. Jika orang Kristian melihat pasti mereka kasihan.
Kemudian Judas diserahkan kepada Pilatus (wakil pemerintah di situ). Judas dipakaikan dengan pakaian ganjil berwarna unggu dan mahkota menyerupai raja Yahudi. Judas dibawa ke Bukit Tengkorak dalam keadaan disalib dan bertelanjang. Judas berteriak "Ya Allah, mengapa engkau tinggalkan aku. Orang yang bersalah terlepas sedangkan aku mati teraniaya".
Ibu Jesus dan lain-lain telah mengkebumikannya. Barnabas, Yahya, Yakub serta Maryam ibu Jesus telah pergi ke Nazareth. Beberapa orang telah menggali kubur Judas, menyembunyikan jenazah Judas dan menyebarkan berita Jesus telah bangkit sesudah mati disalib. Kemudian Allah telah memerintahkan malaikat membawa Jesus turun ke bumi untuk menemui Maryam yang kesedihan. Jesus memerintahkan Barnabas menulis kitab Injil.
Pada hari ke-3, Jesus memerintahkan Yakub dan Yahya mengumpulkan tujuh orang muridnya termasuk Nikodimus dan Yusuf. 72 orang lain lain turut hadir untuk makan malam di Bukit Zaitun. Bukit Zaitun adalah tempat dimana Jesus naik semula ke langit.
Muhammad sebagai Masihi (Al-Masih)
[sunting | sunting sumber]- Bahawa Masihi yang ditunggu-tunggu kedatangannya bukanlah Jesus tetapi Nabi Muhammad. ( Lihat Barnabas 96:3-15 ; 97:1-19 ; pasal 190 -191)
Dalam Injil Barnabas, Jesus menerangkan akan kehadiran seorang Masihi yang bernama Muhammad. Muhammad adalah namanya yang diberkati. Jesus juga mendakwa dirinya bukanlah Masihi yang ditunggu-tunggu. (muka surat 97 dan 42:2)
Menurut satu versi Injil Barnabas:
- 'Dan paderi itu berkata: "Bagaimana Masihi itu akan digelar?" {Jesus berjawab} "Muhammad adalah nama berkatinya." ' (bab 97).
dan
- Jesus mengaku, dan mengatakan kebenaran: "Saya bukanlah Masihi itu." (bab 42:2)
Kalau penulis Injil Barnabas telah mengalami dalam sebuah masyarakat Kristian, dia akan mengetahui makna masihi secara lain. Dalam Christendom, ia telah mengambil konotasi pada seorang pemerintah yang dianjurkan menyelamatkan para orang yang beriman dari penyelaran. Penggambaran ini sesuai dengan pandangan umat Islam terhadap Muhammad.
Masihi bermaksud penyelamat atau seseorang yang diberkati, dan oleh kerana itu, menurut seorang pedebat Islam Ahmed Deedat, gelaran itu dapat diberikan pada mana-mana nabi, dan Jesus bermaksud Muhammad yang diberkati Allah.
Nabi Ibrahim mengorbankan Nabi Ismail bukan Nabi Ishak
[sunting | sunting sumber]- Bahawa anak Nabi Ibrahim a.s yang hendak dikorbankan menurut Bible adalah Ishak (Lihat Kejadian 22: 1-13) sedangkan dalam Injil Barnabas adalah Ismail (Lihat Barnabas 208:4-8)
Barnabas juga menyatakan al Masih dari keturunan Ismail bin Ibrahim, bukan dari Ishak bin Ibrahim. ( 43:10). Masihi juga berketurunan Arab.( Barnabas 208:1-2). Anak Nabi Ibrahim yang dikorbankan ialah Ismail dan bukan Ishak. Sedangkan agama Yahudi dan Krstian percaya anak Nabi Ibrahim yang dikorbankan ialah Ishak.
Jesus menghalau Paul yang mendakwa dirinya Allah atau Anak Allah
[sunting | sunting sumber]- Bahawa Jesus dengan tegas mengingkari sifat ketuhanan terhadapnya dan menidakkan dirinya sebagai Anak Allah. (Lihat Barnabas 52:10-14; 94:1-2 ; 112- 5 ; - 10 ; 206: 2-6)
Barnabas menulis Jesus murka kepada Paul dan menuduh Paul sebagai iblis yang berusaha membuatkan Jesus berdosa. Ini sebab Paul memanggil Jesus sebagai Allah atau Anak Allah.(Barnabas 53:6 ; 69:6 ; 70:1, 94:1)
Perspektif Islam mengenai Injil Barnabas
[sunting | sunting sumber]Tokoh Islam dari Mesir , Rashid Rida dan Sayyid Abul Ala Maududi dari Pakistan menggunakan Injil Barnabas untuk menerangkan tentang Jesus. Namun Injil Barnabas bukanlah Injil tulen 100 % tetapi mungkin telah ditokok dan dibuang bahagian-bahagiannya. Injil Barnabas dilihat lebih asli berbanding Injil Matius (Matthew), Injil Markus (Mark), Injil Lukas (Luke) dan Injil Yohanes (John).
Sarjana Islam berpendapat tidak mungkin Injil Barnabas dihasilkan oleh orang Islam sendiri kerana berdasarkan terjemahan dari Bahasa Sepanyol, terdapat beberapa percanggahan dari segi syariat.
- Injil Barnabas membenarkan meminum anggur (arak) tetapi Islam melarang keras.
- Barnabas menggalakkan perkahwinan monogami sedangkan Islam membenarkan poligami jika mampu.
- Ucapan syahadah tidak sama dengan ucapan syahadah orang Islam berbahasa Arab masa kini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Agama : Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur , 1982, hlm 369
- Secret £14million Bible in which ‘Jesus predicts coming of Prophet Muhammad’ unearthed in Turkey. Diarkibkan 2014-10-21 di Wayback Machine
- ^ Geneviève Gobillot, Évangiles, in M. A. Amir-Moezzi, Dictionnaire du Coran, ed. Robert Laffont, 2007, p. 291.