Jikji
Baegun Hwasang Chorok Buljo Jikji Simche Yojeol (Korea: 백운화상초록불조직지심체요절 白雲和尙抄錄佛祖直指心體要節) atau ringkasnya disebut Jikji (直指) merupakan suatu buku dicetak semmasa Dinasti Goryeo pada tahun 1377 di kuil Heungdeok, Cheongju (kini dalam provinsi Chungcheong, Korea Selatan). Buku ini disusun oleh seorang sami Korea bernama Baegun Hwasang mengandungi isi yang menerangkan ajaran Buddha aliran Zen; ia merupakan buku paling awal dicetak di dunia sebelum munculnya Alkitab dicetak Johannes Gutenberg 78 tahun kemudian.[1][2]
Buku ini diiktiraf UNESCO pada 4 September 2001 di mana ia dimasukkan dalam senarai Warisan Ingatan Dunia pertubuhan tersebut.[3]
Penyusun buku dan isi kandungan buku
[sunting | sunting sumber]Penulis dan penerbit Jikji adalah dua orang yang berlainan: Baegun Hwasang (nama Buddha: Kyeonghan, 1289-1374) adalah penulis buku ini, penulisan dibuat beliau dipindahkan ke dalam cetakan oleh 2 anak muridnya, Sokchan dan Dalcam selepas beliau meninggal dunia dengan bantuan seorang biarawati bernama Myodeok.
Jikji dicetak dalam cara agak berlainan berbanding buku-buku cetakan logam yang muncul kemudiannya.[4]
Isi kandungan Jikji adalah himpunan ajaran Buddha. Isi kandungan utama Jikji ialah Jikji-insim-gyeonsong-songbul yang diambil daripada ayat kesedaran yang bermaksud ‘apabila kita melihat hati manusia dilihat dengan betul, kita akan sedar bahawa hati itu sebenarnya ialah hati Buddha’. Jika diterjemah maksud Jikji ini, ada beberapa maksud yang boleh dilihat seperti ‘ajaran yang tepat’, ‘hati yang ikhlas’, ‘mengurus secara terus’ dan sebagainya.
Salinan yang ada
[sunting | sunting sumber]Di Perancis
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan orang Korea menganggap bahawa Jikji telah dibawa ke Perancis oleh orang Perancis pada Byonginyangyo yang berlaku pada tahun 1866 tetapi sebenarnya ia tidak benar. Pada tahun 1800-an Joseon telah mengadakan hubungan dan perjanjian dengan beberapa negara barat, dan pada tahun 1886, perjanjian ‘Jobulsuhotongsangjoyak’ telah dibuat bersama dengan Perancis.
Di bawah perjanjian ini, wakil jemputan Perancis iaitu Victor Collin de Plancy telah dihantar ke Korea. Beliau juga pernah bertugas di China dan Jepun dan sangat gemar mengumpul barang-barnag antik. Tidak dinyatakan pula bagaimana beliau dapat memiliki Jikji tetapi menurut buku bibliografi yang ditulis oleh Maurice Courant pada tahun 1901, Victor Collin sudah memiliki Jikji pada tahun 1900-an.
Pada tahun 1911, Jikji telah dilelong di Hotel Drouot dan dibeli oleh pengumpul barang-barang antik Henry Vever dengan harga 180 franc. Pada tahun 1950, Henry kemudian mewasiatkan barang-barang tinggalannya didermakan ke Perpustakaan Awam Perancis termasuk Jikji.
Jikji hanya tersimpan di rak buku selama beberapa tahun di Perpustakaan Awam Perancis sehinggalah seorang profesor Korea dalam bidang Korea yang mula bekerja di perpustakaan itu pada tahun 1967 menjumpainya. Sebenarnya profesor itu tidak ada pengetahuan dalam bidang percetakan tetapi setelah membuat penyelidikan selasa 3 tahun, beliau mendedahkan bahawa ia adalah salinan dari proses cetak logam mudah-alih. Beliau juga mempamerkan Jikji pada pameran ‘Buku’ di Perpustakaan Awam Perancis bersempena dengan ‘Tahun Buku Sedunia oleh UNESCO. Dengan ini Jikji menjadi terkenal di seluruh dunia. Selama pameran itu diadakan, ramai sarjana sejarah meneliti Jikji dan Jikji diiktiraf sebagai salinan cetak logam mudah-alih yang paling lama di peringkat antarabangsa.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jordan (editor), Nicole (2012). Michelin Green Guide South Korea. Michelin Guide. m/s. 387. ISBN 978-1907099694.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ "Jikji: An Invaluable Text of Buddhism". The Korea Times. April 1, 2010. Dicapai pada 9 February 2017.
- ^ "Baegun hwasang chorok buljo jikji simche yojeol (vol.II), the second volume of "Anthology of Great Buddhist Priests' Zen Teachings"". Memory of the World. UNESCO. Dicapai pada November 2009. Check date values in:
|access-date=
(bantuan) - ^ "직지심체요절". terms.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 16 Oktober 2019.