Pergi ke kandungan

Kapal selam kelas Akula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Akula
Pengguna:Bendera tentera laut Kesatuan Soviet Tentera Laut Soviet
Bendera tentera laut Rusia Tentera Laut Rusia
Sebelumnya:Kelas Sierra
Selepasnya:Kelas Graney (dalam pembangunan)
Berkhidmat pada:1986
Jumlah dirancang:20[1]
Jumlah disiapkan:17
Jumlah dibatalkan:3
Jumlah aktif:9
Dibersarakan:4
Simpanan:3

Project 971 Щука-Б (Shchuka-B, 'Shchuka' bermakna tombak, nama pengenalan NATO "Akula"), merupakan sebuah kapal selam penyerang berkuasa nuklear yang pertama kali diaturgerak oleh Tentera Laut Soviet pada tahun 1986. Akula ("jerung") juga merupakan penamaan yang diguna pakai oleh Soviet bagi sebuah kapal selam peluru berpandu balistik. Ia diberi nama kod kapal selam Kelas Typhoon oleh NATO.

Terdapat tiga sub-kelas bagi Shchuka, yang terdiri dari tujuh buah kapal selam asal "Akula I" yang dibina antara tahun 1982 sehingga 1986, lima buah kapal selam "Akula Dipertingkat" yang dibina pada tahun 1986 sehingga 1991, dan dua buah kapal selam "Akula II" yang dibina pada tahun 1991. Perbezaan di antara sub-kelas Akula Dipertingkat dengan Akula II menjadi perdebatan oleh beberapa sumber[perlu rujukan]. Walaupun begitu, penamaan Rusia bagi kesemua kapal selam ini adalah Schuka-B, tidak kira apa jua pengubahsuaian yang dilakukan[perlu rujukan].

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]
Skema reka bentuk Kapal Selam Akula

Badan kapal selam Akula dibina dengan sistem dua lapisan iaitu bahagian dalaman bertekanan dan bahagian luar badan yang ringan. Ini memberikan lebih kebebasan dalam rekaan luaran pada bentuk badan kapal, memberikan ia lebih keapungan berbanding rekaan analog yang dibina oleh pihak barat.

Pada bahagian kemudinya terdapat bebuli yang berfungsi sebagai ruang simpanan alat tatasusun sonar (sonar array) yang boleh ditunda. Akula dilengkapi oleh sistem pengesan berjaga dengan sensor hidrodinamik yang mampu mengesan perubahan suhu dan tahap kemasinan air. Sistem ini dipasang pada bahagian depan dan belakang layar serta pada bahagian sisi dan depan bingkai badan kapal.[2]

  1. ^ Podvodnye Lodki, Yu.V. Apalkov, Sankt Peterburg, 2003, ISBN 5-8172-0070-8
  2. ^ Trevithick, Joseph (8 May 2019). "Royal Navy Sub Appears In Gibraltar Equipped With A Wake Detection System". The Drive. Archived from the original on 11 May 2019. Retrieved 11 May 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]