Pergi ke kandungan

Kereta kebal kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A Kereta kebal kecil TKS dalam Muzium Tentera Poland.

Kereta kebal kecil adalah kenderaan tempur berperisai bertrek [1] menyerupai kereta kebal kecil secara kasar bersaiz sebuah kereta, dengan tujuan utamanya bagi sokongan infantri ringan atau peninjauan.[2][3] Colloquially it may also simply mean a "small tank".[4]

Kereta kebal kecil direka dan dibina oleh beberapa negara antara 1920-an dan 1940-an, dan terbabit dalam pertempuran (dengan kejayaan terhad) dalam Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, kelemahan perisai ringan mereka akhirnya menyebabkan konsep itu diabaikan.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal kecil dihasilkan dalam model satu atau dua orang. Sesetengahnya amat rendah sehinggakan orang di dalamnya perlu baring.[3] Sesetengah model tidak dilengkapi dengan turet meriam (dan bersama dengan gerakan trek, ini sering dilihat sebagai takrifan bagi konsep ini), atau yang amat ringkas yang dipusing menggunakan tangan atau kaki. Ia jauh lebih kecil berbanding kereta kebal ringan dan tidak memiliki meriam kereta kebal, sebaliknya senjata utama mereka cenderung kepada satu atau dua mesingan, atau jarang-jarang meriam 20mm atau pelancar bom tangan.

Kelahiran konsep kereta kebal kecil adalah perperangan perisai Perang Dunia Pertama. Di Perbatasan Barat Perang Dunia Pertama pada tahap akhir perperangan, kereta kebal pihak Berikat Perang Dunia Pertama mampu menembusi barisan parit musuh tetapi pasukan infantri yang perlu mengambil dan mempertahankan kawasan musuh yang ditawan mengekori di belakang kereta kebal dengan mudah dihentikan atau dilewatkan oleh tembakan senjata kecil dan artileri. Kereta kebal yang lepas lalu kemudian diasingkan dan dimusnahkan dan pasukan bantuan menutup bukaan pada garis perparitan. Kereta kebal kecil pada asalnya dicipta pada awal tempoh antara perang bagi menyelesaikan masalah ini. Reka bentuk awal adalah bentuk kenderaan, sarang mesingan seorang yang dilindungi dari tembakan senjata kecil dan serpihan peluru meriam. Idea ini diabaikan dan sebaliknya model dua orang, terutamanya bagi peninjauan dihasilkan. Masalah menggerakkan pasukan infantri sementara pada masa yang sama melindungi mereka diselesaikan melalui pengangkut anggota berperisai.

Pada tahun 1925 pelopor kereta kebal British, Giffard Le Quesne Martel membina kereta kebal seorang dalam garajnya dan menunjukkannya kepada Pejabat Perang yang bersetuju dengan penghasilan beberapa buah bagi tujuan ujian. Publisiti terhasil menyebabkan John Carden dan Vivian Lloyd turut menghasilkan kenderaan yang sama. Kedua jenis diuji lebih lanjut tetapi kereta kebal kecil Carden Loyd dua orang dianggap sebagai reka bentuk klasik dan paling berjaya,[3] dengan banyak kereta kebal kecil yang lain dimodelkan menurutnya. Sungguhpun reka bentuknya berpengaruh, tidak banyak kereta kebal kecil Carden Loyd digunakan dalam pertempuran, sesetengah darinya disebelah Bolivian semasa perang Chaco. Bagaimanapun, reka bentuk tersebut mendorong kepada kenderaan lebih berkeupaya dalam bentuk Universal Carrier yang berasal dari reka bentuk kereta kebal kecil Carden Loyd dan yang memiliki sejarah operasi yang meluas semasa Perang Dunia Kedua. [5]

The Italian Royal Army (Regio Esercito) melengkapkan tiga division perisai dan tiga division "pantas" (celere) dengan kereta kebal kecil L3/33 dan L3/35. L3 digunakan dalam bilangan yang besar semasa Penjajahan Itali terhadap Ethiopia, Perang Saudara Sepanyol, dan hampir semua tempat tentera Itali bertempur semasa Perang Dunia Kedua. L3 malah turut serta bersama Kor Ekspedisi Itali di Russia (Corpo di Spedizione Italiano, atau CSIR) sehingga selewat Operasi Barbarossa.

Jenis Peninjau Berperisai Perancis 1930s (Automitrailleuses de Reconnaissance, "peninjau mesingan") pada asasnya kereta kebal kecil dari segi bentuk, tetapi bertujuan khusus untuk meninjau dihadapan pasukan utama.

Tentera Jepun Imperial menjadi salah satu pengguna kereta kebal kecil yang paling aktif, menghasilkan sejumlah reka bentuk yang berguna bagi perperangan hutan. Bagaimanapun, menjelang Perang Dunia Kedua, banyak darinya telahpun lapuk dan didapati tidak berjaya bagi tugas yang diberikan kepada mereka. Kebanyakan darinya akhirnya digunakan sebagai trektor bagi unit artileri atau logistik.[3][6]

Konsep ini kemudiannya diabaikan akibat kegunaan terhad dan kelemahan kepada senjata anti-kereta kebal malah pada mesingan, dan peranan kereta kebal kecil sebahagian besarnya diambil alih oleh kereta berperisai tentera. Bagaimanapun, semasa Perang Vietnam Tentera US menggunakan M50 Ontos yang sama tetapi agak besar, dengan kejayaan yang memuaskan.

Tahun 1990-an menyaksikan kebangkitan konsep yang sama dengan pengeluaran Wiesel dari Jerman Bundeswehr yang diperkenalkan untuk membekalkan tentera bawaan udara dengan keupayaan peninjauan berperisai, [7] fungsi yang telah diuji oleh T-27 Soviet dalam Perang Dunia II.[3] Walau bagaimanapun, istilah semasa Perang Dunia Kedua "kereta kebal kecil" tidak digunakan untuk kenderaan-kenderaan moden (mereka dipanggil "pembawa senjata berperisai" oleh Bundeswehr), sungguhpun mereka memenuhi takrifan kereta kebal kecil.

Wiesel Jerman, konsep moden berkait, dilihat di sini dengan versi anti-pesawat Ozelot.


  1. ^ The Revolution After Next: Making Vertical Envelopment by Operationally Significant Mobile Protected Forces a Reality in the First Decade of the 21st Century Diarkibkan 2012-02-13 di Wayback Machine, Tedesco, Vincent J. III; Major, School of Advanced Military Studies , United States Army Command and General Staff College, Fort Leavenworth, United States, 2000, Page 15
  2. ^ Iron Arm (book excerpt via Google Books), Sweet, John Joseph Timothy; Stackpole Books, 2007, Page 84)
  3. ^ a b c d e T-27 Tankette (from the 'battlefield.ru' website, with further references cited. Accessed 2008-02-21.)
  4. ^ War Slang: American Fighting Words and Phrases Since the Civil War (book excerpt via Google Books), Dickson, Paul; Brassey's, 2004, Page 221)
  5. ^ Fletcher & Bryan, p. 3
  6. ^ U.S. Forces Encounter Old Jap Tankette (from Intelligence Bulletin, September 1945, via lonesentry.com. Retrieved 2008-01-06.)
  7. ^ Wiesel 1 Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine (product website from the Rheinmetall manufacturer website. Accessed 2008-05-29.)

Templat:WWI tanks Templat:Interwar tanks Templat:WWII tanks