Kesateria Templar
Kesatria Templar Laskar-Naif Pengikut Kristus dan Kuil Sulaiman Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici | |
---|---|
Aktif | c. 1119–1314 |
Kesetiaan | Papacy |
Jenis | Kristian Barat perintah tentera |
Saiz | 15,000–20,000 anggota semasa kemuncaknya, 10% daripadanya adalah kesatria[1][2] |
Ibu pejabat | Gunung Kuil, Jerusalem |
Nama samaran | Order of the Temple |
Penaung | St. Bernard dari Clairvaux |
Pakaian | Mantel putih dengan salib merah |
Pertempuran | Perang Salib, termasuk: Pertempuran Montgisard (1177), Pertempuran Hattin (1187), Pertempuran Arsuf (1191), Pengepungan Acre (1190–1191), Pengepungan Acre (1291) Reconquista |
Komander | |
Grand Master pertama | Hugues de Payens |
Grand Master terakhir | Jacques de Molay |
Knight Templar atau Kesatria Templar atau Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon (Latin: Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici), merupakan antara pertubuhan pasukan tentera dari Kristian Barat yang paling terkenal.[3] Pertubuhan ini bertahan selama dua kurun semasa Zaman Pertengahan. Ia ditubuhkan selepas Perang Salib Pertama yang berlaku pada tahun 1096, dengan tujuan asalnya untuk memastikan keselamatan penganut Kristian yang mengunjungi Jerusalem selepas penaklukannya.
Kesatria Templar secara rasmi disokong oleh Gereja Katolik Rom sekitar tahun 1129, dan menjadi pertubuhan kebajikan yang disukai di seluruh dunia Kristian hinggakan keahliannya dan kuasanya berkembang dengan pantas. Kesatria Templar memakai mantel putih dan salib yang berwarna merah. Mereka adalah di antara unit tempur yang memiliki kemahiran tinggi semasa perang-perang salib.[4] Ahli-ahli pasukan ini yang tidak berperang akan menguruskan infrastruktur ekonomi di seluruh dunia Kristian, memperkenalkan teknik-teknik kewangan seperti perbankan,[5][6] dan membina banyak kubu di seluruh Mediterranean dan Tanah Suci.
Kejayaan Templar bergantung rapat dengan perang salib; apabila kehilangan Tanah Suci, sokongan terhadap pasukan ini mula pudar. Khabar-khabar angin berkenaan upacara-upacara rahsia membawa kepada ketidakpercayaan, sementara Raja Philip IV dari Perancis yang mempunyai banyak hutang dengan pasukan ini mula menekan Paus Clement V bagi mengambil tindakan ke atas Kesatria Templar. Pada tahun 1307, ramai anggota pasukan ini di Perancis telah ditahan, dan diseksa untuk memberi pengakuan palsu. Mereka kemudian dihukum bakar hidup-hidup.[7] Pada tahun 1312, Paus Clement, di bawah tekanan berterusan daripada Raja Philip, telah membubarkan pasukan Kesatria Templar.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Burman, p. 45.
- ^ Barber, in "Supplying the Crusader States" says, "By Molay's time the Grand Master was presiding over at least 970 houses, including commanderies and castles in both east and west, serviced by a membership which is unlikely to have been less than 7,000, excluding employees and dependants, who must have been seven or eight times that number."
- ^ Malcolm Barber, The New Knighthood: A History of the Order of the Temple. Cambridge University Press, 1994. ISBN 0-521-42041-5.
- ^ Malcolm Barber, The New Knighthood: A History of the Order of the Temple. Cambridge University Press, 1994. ISBN 0-521-42041-5.
- ^ Martin, p. 47.
- ^ Nicholson, p. 4
- ^ Malcolm Barber, The Trial of the Templars. Cambridge University Press, 1978. ISBN 0-521-45727-0.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Barber, Malcolm. The New Knighthood: A History of the Order of the Temple. Cambridge University Press, 1994. ISBN 0-521-42041-5.
- Barber, Malcolm. The Trial of the Templars, 1st edition, Cambridge University Press, 1978. ISBN 0-521-45727-0
- Barber, Malcolm. The Trial of the Templars, 2nd edition, Cambridge University Press, 2006. ISBN 978-0-521-67236-8
- Barber, Malcolm (1992). "Supplying the Crusader States: The Role of the Templars". Dalam BZ Kedar (penyunting). The Horns of Hattin. Jerusalem and London. m/s. 314–326.
- Burman, Edward. The Templars: Knights of God. Destiny Books, 1986. ISBN 0-89281-221-4.
- Martin, Sean, The Knights Templar: The History & Myths of the Legendary Military Order, 2005. ISBN 1-56025-645-1.
- Nicholson, Helen. The Knights Templar: A New History. Sutton, 2001. ISBN 0-7509-2517-5
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Barber, Malcolm. "Who Were the Knights Templar?". Slate Magazine, 20 April 2006.
- Brighton, Simon (2006-06-15). In Search of the Knights Templar: A Guide to the Sites in Britain. London, England: Orion Publishing Group. ISBN 0-297-84433-4. Diarkibkan daripada yang asal (Hardback) pada 2010-03-08. Dicapai pada 2009-05-25.
- Butler, Alan and Stephen Dafoe, The Warriors and the Bankers: A History of the Knights Templar from 1307 to the present, Templar Books, 1998. ISBN 0-9683567-2-9.
- Haag, Michael, The Templars: History and Myth, Profile Books, 2008. ISBN 978-1-84668-148-6.
- Partner, Peter. The Knights Templar and their Myth. Destiny Books; Reissue edition (1990). ISBN 0-89281-273-7.
- Ralls, Karen. The Templars and the Grail, Quest Books, 2003. ISBN 0-8356-0807-7.
- Smart, George. The Knights Templar: Chronology, Authorhouse, 2005. ISBN 1-4184-9889-0.
- Upton-Ward, JM. The Rule of the Templars: The French Text of the Rule of the Order of the Knights Templar. The Boydell Press, 1992. ISBN 0-85115-315-1.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kesateria Templar |
- BBC Radio 4 'On the Trail of The Templars' Program audio, first broadcast 2007-06-18
- The medicine of Knights Templars
- The History of the Knights Templar, by Charles Addison, 1842
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.