Kesatuan Insaf Tanah Air
Kesatuan Insaf Tanah Air | |
---|---|
Fail:Kita | |
Pemimpin | Hashim Gera |
Ditubuhkan | 01 Februari 1974 |
Dibubarkan | 31 Disember 1985 |
Pecahan |
|
Ibu pejabat | Tapah, Batang Padang, Perak, Malaysia |
Akhbar | tidak ada |
Sayap belia | - |
Keanggotaan (1985) | 53,950 orang |
Ideologi | Pelbagai kaum |
Penggabungan kebangsaan | Harakah Keadilan Rakyat |
Penggabungan antarabangsa | - |
Laman sesawang | |
- | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya - |
Kesatuan Insaf Tanah Air atau Parti KITA merupakan sebuah parti politik di Malaysia. Parti KITA ditubuhkan pada Februari 1974. Parti KITA merupakan parti serpihan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang diasaskan oleh mereka yang tidak bersetuju dengan penyertaan masuk PAS dan Gerakan ke dalam Barisan Nasional. Parti KITA merupakan parti yang ditubuhkan untuk penyertaan pelbagai kaum.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pengasas
[sunting | sunting sumber]Parti KITA diasaskan oleh Cikgu Hashim Gera, Mustapha Hussein dan Ng Hoe Hun[1]. Mereka bertiga merupakan Ahli Parlimen Bebas yang keluar atau dipecat daripada parti masing-masing. Cikgu Hashim Gera merupakan Ahli Parlimen Parit, Perak yang menang bertanding atas tiket PAS pada Pilihan raya umum Malaysia 1969. Beliau telah dipecat daripada PAS pada 1972. Mustapha Hussein pula merupakan Ahli Parlimen Seberang Tengah, Pulau Pinang, manakala Ng Hoe Hun pula merupakan Ahli Parlimen Larut Selatan. Kedua-dua mereka menang bertanding atas tiket Gerakan pada Pilihan raya umum Malaysia 1969
Penglibatan dalam pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Parti KITA hanya menyertai tiga pilihan raya umum sahaja iaitu Pilihan raya umum Malaysia 1974, Pilihan raya umum Malaysia 1978 dan Pilihan raya umum Malaysia 1982.
Pada PRU 1974, Parti KITA telah bertanding di 4 kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kerusi Parlimen tersebut ialah Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Larut (Perak), Taiping (Perak) dan Matang (Perak). Kerusi Dewan Undangan Negeri pula ialah 1 di Kedah (Kuala Ketil), 4 di Perak (Batu Kurau, Bukit Gantang dan Dua DUN lain) dan 7 di Pulau Pinang (Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Kubang Semang, Penanti, Bukit Tengah, Machang Bubuk, Ayer Itam).
Pada PRU 1978 pula, Parti KITA telah bertanding 1 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kerusi Parlimen tersebut ialah Bukit Mertajam (Pulau Pinang), manakala kerusi Dewan Undangan Negeri ialah 2 di Kedah (Lunas, Merbau Pulas), 4 di Pulau Pinang (Tasek Gelugor, Penanti, Pekan Bukit Mertajam dan Machang Bubuk), 2 di Perak dan 1 di Negeri Sembilan.
Pada PRU 1982, Parti KITA bertanding di 1 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Bagan Dalam, Pulau Pinang.