Pergi ke kandungan

Klaus Barbie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Klaus Barbie
Nama lahirNikolaus Barbie
Nama samaranThe Butcher of Lyon (Perancis: Boucher de Lyon)
Kelahiran(1913-10-25)25 Oktober 1913
Bad Godesberg, Prussia
Meninggal duniaSeptember 25, 1991
Lyon, Perancis
Kesetiaan Jerman Nazi
Perkhidmatan Schutzstaffel
Tahun perkhidmatan1942-1949
Pangkat Hauptsturmführer(Kapten)
ArahanKetua GESTAPO cawangan Perancis
PertempuranPerang Dunia II


Klaus Barbie, nama jolokan THE BUTCHER OF LYON, bahasa Perancis, BOUCHER DE LYON, (lahir 25 Oktober 1913, Godesberg, berdekatan Bonn. - meninggal 25 September 1991, Lyon, Perancis), merupakan salah seorang pemimpin Nazi, ketua Gestapo di Lyon dan bertanggungjawab ke atas kematian lebih kurang 4000 orang dan deportasi lebih kurang 7500 yang lain.[1] Selepas tamat Perang Dunia II, beliau telah dikehendaki oleh kerajaan Perancis atas jenayah perang yang dilakukannya di Lyon sebagai ketua Gestapo. Beliau kemudian telah direkrut dan digunakan oleh pihak Amerika Syarikat dalam tugas perisikan anti-Soviet.

Pada tahun 1971, beliau telah ditemui di Peru dan dituduh melakukan pemanipulasian kewangan. Klaus Barbie kemudian melarikan diri ke Bolivia dan akhirnya diperintahkan keluar dari negara itu setelah perbincangan oleh kedua-dua kerajaan Perancis dan Bolivia. Klaus Barbie kemudian dihadapkan ke dalam perbicaraan, didapati bersalah dan dipenjarakan. Beliau meninggal di dalam penjara di Lyon, Perancis pada usia 77 tahun.


Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]


Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ "Britannica Encyclopaedia", Jilid 1, Mukasurat 889, Edisi ke-15, terbitan tahun 1987