Lady Louise Windsor
Lady Louise Mountbatten-Windsor | |
---|---|
Kelahiran | Louise Alice Elizabeth Mary Mountbatten-Windsor 8 November 2003 Hospital Frimley Park, Frimley, Surrey, United Kingdom |
Pendidikan | St Mary's School Ascot |
Ibu | Sophie, Duchess Edinburgh |
Bapa | Putera Edward, Duke Edinburgh |
Keluarga |
|
Lady Louise Mountbatten-Windsor (diputerikan 8 November 2003), umumnya dikenali sebagai Lady Louise Windsor, ialah puteri sulung kepada Putera Edward, Earl Wessex dan Forfar, dan Sophie, Countess Wessex dan Forfar.[1] Baginda ialah cucunda kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh, serta anakanda saudara kepada Raja Charles III. Baginda kini berada pada tempat ke-15 dalam susur-galur pewarisan takhta British.[2]
Keputeraan
[sunting | sunting sumber]Lady Louise Windsor diputerikan pramatang pada 8 November 2003 pada 23:32 GMT di Hospital Frimley Park di Frimley, Surrey, selepas bondanya dikejarkan ke sana dengan ambulans dari rumah Wessex di Bagshot Park, Surrey. Putera Edward tidak bersama isterinya kerana ia berlaku secara tiba-tiba dan semasa baginda dalam lawatan rasmi ke Mauritius.[3] Louise bersalin melalui pembedahan Caesarean kecemasan akibat gangguan plasenta, yang menyebabkan kehilangan darah yang teruk kepada kedua-dua anak dan ibu. Louise telah dipindahkan ke unit neo-natal di Hospital St George, Tooting, London, sebagai langkah berjaga-jaga. Sementara itu, bondanya tinggal di Frimley Park sehingga beliau cukup sihat untuk dibenarkan discaj, pada 23 November 2003. Nama bayi, Louise Alice Elizabeth Mary, diumumkan pada 27 November.[4]
Baginda telah dibaptiskan di Gereja Kecil Persendirian Istana Windsor pada 24 April 2004 oleh David Conner, Dekan Windsor; ibu bapa baptisnya ialah Lady Sarah Chatto, Lord Ivar Mountbatten, Lady Alexandra Etherington, Francesca Schwarzenbach dan Rupert Elliott.[5] Louise ialah bayi terakhir yang memakai gaun pembaptisan diraja yang asli.[6]
Dilahirkan dengan esotropia, Louise menjalani pembedahan pada tahun 2006 dalam percubaan yang tidak berjaya untuk membetulkan masalah tersebut.[7] Baginda menjalani rawatan lanjut pada akhir 2013 yang membetulkan matanya.[8]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Louise bersekolah di St George's School, Windsor Castle sebelum berpindah ke St Mary's School Ascot pada 2017 dari Tahun 9. Baginda memilih bahasa Inggeris, sejarah, politik dan drama sebagai mata pelajaran A-level.[9] Semasa bersekolah, baginda mengambil bahagian dalam Anugerah The Duke of Edinburgh.[10] Lady Louise mula belajar bahasa Inggeris di Universiti St Andrews pada September 2022.[10] Pada Ogos 2022, dilaporkan bahawa baginda telah bekerja di pusat taman sepanjang musim panas.[11][12]
Penampilan rasmi
[sunting | sunting sumber]Pada April 2015, Louise dan paduka adindanya, James, menyertai penglibatan pertama mereka di luar negara dengan menemani bonda dan ayahanda mereka dalam lawatan ke Afrika Selatan.[13] Pada September 2020, Louise menyertai Great British Beach Clean bersama keluarganya di Southsea Beach di Hampshire, sebagai sokongan kepada Persatuan Pemuliharaan Marin.[14][15]
Pada Mac 2022, Louise menghadiri upacara peringatan untuk Putera Philip, Duke Edinburgh.[16] Pada Jun 2022, baginda menghadiri Upacara Kesyukuran Negara Jubli Platinum[17][18] dan Parti Platinum di Istana.[19]
Pada 17 September 2022, semasa tempoh perkabungan rasmi untuk Ratu Elizabeth II, Louise menyertai adindanya dan enam sepupunya untuk berjaga selama 15 minit di sekeliling keranda mendiang Ratu, ketika ia diletakkan di Dewan Westminster untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir.[20] Pada 19 September, baginda menyertai ahli keluarga lain di istiadat pemakaman negara mendiang Ratu.[21]
Gelaran, gaya, dan anugerah
[sunting | sunting sumber]Gelaran dan gaya
[sunting | sunting sumber]Louise mendapat gaya panggilan Lady Louise Mountbatten-Windsor walaupun surat paten yang dikeluarkan pada tahun 1917 memberikan status putera dan gaya Royal Highness (Duli Yang Maha Mulia) kepada semua anakanda lelaki raja. Apabila bonda dan ayahandanya berkahwin, Istana Buckingham mengumumkan bahawa anak-anak mereka akan digayakan sebagai anak seorang earl, bukannya sebagai putera atau puteri.[22] Oleh itu, komunikasi mahkamah merujuknya sebagai Lady Louise Windsor.[23] Pada tahun 2020, Countess Wessex dan Forfar menyatakan bahawa Louise dan adindanya James mengekalkan gelaran dan gaya diraja mereka dan akan membuat pilihan sama ada untuk menggunakannya apabila masing-masing mencapai umur 18 tahun.[24]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Pada Jun 2008, untuk mengiktiraf lawatan ayahandanya ke wilayah Manitoba di Kanada, Leftenan Gabenor Manitoba menamakan sebuah tasik di utara wilayah itu sempena nama Louise.[25]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Prince George: 'Windsor' or 'Mountbatten-Windsor'?". HuffPost. 29 July 2013. Dicapai pada 2 August 2014.
- ^ Winsor, Morgan (8 September 2022). "Queen Elizabeth dies at 96: How the British royal line of succession changes". abcnews.go.com. ABC. Dicapai pada 8 September 2022.
- ^ "Royal baby born prematurely". BBC News. 8 November 2003. Dicapai pada 11 May 2010.
- ^ "Royal Wessex baby finally named". BBC News. 27 November 2003. Dicapai pada 7 May 2010.
- ^ "Announcement of the christening of Lady Louise Windsor". royal.uk. 7 April 2004. Dicapai pada 8 April 2004.
- ^ Ranscombe, Siân (19 July 2014). "Prince George's christening gown: the true story". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2022. Dicapai pada 19 July 2014.
- ^ "Lady Louise Windsor". Debrett's. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2011. Dicapai pada 2 January 2014.
- ^ "Prince Edward's daughter has successful operation to correct squint". The Telegraph. 14 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2022.
- ^ "Lady Louise Windsor among teenagers hit by A-level cancellations". Tatler. 7 January 2021. Dicapai pada 7 Jan 2021.
- ^ a b Ward, Victoria (18 August 2022). "Lady Louise Windsor to read English at St Andrews following A-level success". The Telegraph. Dicapai pada 19 August 2022.
- ^ "Queen's granddaughter Lady Louise Windsor is working in a garden centre for $11 an hour". The New Zealand Herald. 19 August 2022. Dicapai pada 3 September 2022.
- ^ Atkinson, Emily (19 August 2022). "Queen's granddaughter Lady Louise Windsor 'earns minimum wage working at garden centre'". The Independent. Dicapai pada 4 September 2022.
- ^ "Lady Louise and James accompany mother Sophie on royal mission in South Africa". 11 April 2015.
- ^ Rice, Francesca (21 September 2020). "The Countess of Wessex looks cool and casual in jeans to litter-pick at the beach with her family". Good Housekeeping. Dicapai pada 16 November 2020.
- ^ "Prince Edward and family spend sunny weekend on beach clean". Tatler. 21 September 2020. Dicapai pada 16 November 2020.
- ^ Scarsi, Alice (29 March 2022). "Lady Louise Windsor stuns royal fans during rare public appearance – 'what a beauty'". Express. Dicapai pada 19 August 2022.
- ^ Hughes, Seren (2 June 2022). "Royal fans can't believe how grown up the Queen's youngest grandson looks". MyLondon.
- ^ "Who was at the Queen's Jubilee service of thanksgiving? Royal family joined by Harry, Meghan and politicians past and present". Sky News.
- ^ Coke, Hope (4 June 2022). "'You laugh with us and cry with us': Prince Charles pays heartfelt tribute to 'mummy' at historic Platinum Party". Tatler. Dicapai pada 19 August 2022.
- ^ McCrum, Kirstie (17 September 2022). "Queen's grandchildren stand solemn vigil in Westminster Hall". walesonline.co.uk. Dicapai pada 17 September 2022.
- ^ "Queen's youngest grandchild James Viscount Severn, 14, attends funeral with sister". Independent.co.uk. 19 September 2022.
- ^ UK Government News – 19th June, 1999: TITLE OF HRH THE PRINCE EDWARD (Accessed 18 January 2014)
- ^ Kidd, Charles; Shaw, Christine (2008). Debrett's Peerage & Baronetage 2008. Debrett's Peerage Limited. ISBN 978-1870520805.
- ^ "Queen Elizabeth's Grandchildren Will 'Work for a Living' and Won't Use HRH, Says Mom Sophie Wessex". People. Dicapai pada 9 June 2020.
- ^ "Prince Edward begins Winnipeg visit". The Vancouver Sun. Canada. 2 June 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2011. Dicapai pada 30 March 2010.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lady Louise Windsor |
Lady Louise Windsor Tarikh keputeraan: 8 November 2003
| ||
Susunan penggantian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Viscount Severn |
Pewarisan takhta British ke-15 dalam susur-galur |
Diikuti oleh Puteri Diraja |
Susunan keutamaan di United Kingdom | ||
Didahului oleh Puteri Eugenie |
Ladies Lady Louise Mountbatten-Windsor |
Diikuti oleh Zara Tindall |