Lamiales
| ||||||||||||||||||
|
Susunan Lamiales ialah satu takson dalam kumpulan asterid tumbuhan berbunga dikotiledon. Pada masa dahulu, Lamiales mempunyai pembatasan yang terhad (umpamanya oleh Arthur Cronquist) yang meliputi famili-famili utama seperti Lamiaceae (Labiatae), Verbenaceae, dan Boraginaceae, serta beberapa famili yang kecil. Kerja filogeni yang baru-baru ini menunjukkan bahawa Lamiales ialah polifili bagi susunan Scrophulariales dan kedua-dua kumpulan ini kini biasanya digabungkan menjadi satu susunan tunggal yang termasuk susunan Hippuridales dan Plantaginales dahulu. Lamiales telah menjadi nama yang lebih disukai untuk kumpulan gabungan yang jauh lebih besar ini. Peletakan Boraginaceae tidak jelas, tetapi kerja filogeni menunjukkan bahawa famili ini tidak merupakan sebahagian Lamiales.
Pembatasan Scrophulariaceae telah diubah secara besar-besaran untuk mencipta sebilangan famili monofili yang lebih kecil, dan lebih jelas. Scrophulariaceae pada dahulunya merupakan sekumpulan para/polifili yang ditakrif terutamanya oleh ciri-ciri plesiomorfisme. Banyak famili Lamiales yang lain berasal daripada Scrophulariaceae ini.
Di bawah takrif ini, sebilangan ahli Lamiales yang terkenal termasuk lavender, ungu lembut, buah zaitun, jasmin, pokok ash, kayu jati, pokok snapdragon, dan sebilangan herba seperti pudina, basil, dan rosemary.
Dalam pengelasan sistem Cronquist yang lebih lama, Lamiales merangkumi famili-famili Lamiaceae, Verbenaceae, Boraginaceae, dan Lennoaceae. Banyak daripada famili yang disenaraikan di bawah telah dimasukkan dalam susunan Scrophulariales. Pemasukan semua famili yang berikut adalah biasa untuk pengelasan yang lebih baru.
Spesies-spesies dalam susunan Lamiales biasa menunjukkan ciri-ciri yang berikut, walaupun terdapat kekecualian untuk kesemuanya:
- ovari superior yang terdiri daripada dua karpel tergabung
- lima kelopak yang digabungkan untuk menjadi tiub
- korola yang bersimetri secara dwisisi, dan seringnya bilabiat
- empat (atau kurang) stamen yang subur.
Famili
[sunting | sunting sumber]Terdapat kira-kira 11,000 spesies dalam Lamiales yang dibahagikan kepada sepuluh atau lebih famili (Uni-Ham 52e Diarkibkan 2007-06-30 di Wayback Machine 2002-09-06):
- Famili Lamiaceae (famili pudina)
- 200 genus, 3,200 spesies (menurut Gleason & Cronquist) yang dimasukkan dalam susunan ini oleh ahli klad.
- Famili Verbenaceae (famili verbena)
- Famili Scrophulariaceae (famili figwort)
- kira-kira 190 genus dan kira-kira 4,000 spesies. Menurut APG II, famili ini akan dibataskan semula untuk merangkumi Buddlejaceae dan Myoporaceae, serta untuk mengalihkan beberapa ahli kepada Calceolariaceae, Orobanchaceae, Paulowniaceae, Phrymaceae dan Plantaginaceae
- Famili Myoporaceae
- 3 genus (Uni-Ham 52efam Diarkibkan 2007-06-09 di Wayback Machine 2002-09-06)
- Famili Orobanchaceae (famili broomrape)
- 5 genus. Tidak disenaraikan dalam Uni-Ham; biasa dimasukkan dalam Scrophulariaceae pada masa dahulu. (siu.edu 2002-09-06)
- Famili Acanthaceae (famili acanthus) (termasuk Avicenniaceae)
- kira-kira 250 genus dan kira-kira 2,500 spesies. Uni-Ham acanth Diarkibkan 2007-06-09 di Wayback Machine 2002-09-06)
- Famili Pedaliacae (famili pedalium)
- 17 genus (Uni-Ham 52efam Diarkibkan 2007-06-09 di Wayback Machine 2002-09-06)
- Famili Bignoniaceae (famili trumpet vine)
- kira-kira 100 genus dan kira-kira 800 spesies (Uni-Ham bignoni 2002-09-06)
- Famili Lentibulariaceae (famili pokok tangki)
- 3 genus (Uni-Ham 52efam Diarkibkan 2007-06-09 di Wayback Machine 2002-09-06)
- Famili Plantaginaceae (famili plantago) (termasuk Globulariaceae yang dahulu)
- Famili Paulowniaceae
- Famili Martyniaceae
- Famili Byblidaceae
- Famili Phrymaceae
- Famili Schlegeliaceae
- Famili Stilbaceae
- Famili Tetrachondraceae
- Famili Carlemanniaceae
- Famili Gesneriaceae (famili gesneria)
- kira-kira 150 genus dan 3,200 spesies
- Famili Calceolariaceae (slipper flower)
- Famili Tetrachondraceae
- Famili Oleaceae (famili buah zaitun)
- kira-kira 25 genus (Kew Oleaceae Diarkibkan 1997-01-02 di Wayback Machine 2002-09-06) dan kira-kira 600 spesies (ole 2002-09-06). Kekadang dimasukkan dalam Gentianales.
- Famili Plocospermataceae
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Lamiales Diarkibkan 2007-07-11 di Wayback Machine
- A parsimony analysis of the Asteridae sensu lato based on rbcL sequences (Analisis parsimoni untuk sensu lato Asteridae berdasarkan jujukan rbcL)
- Distintegration of the Scrophulariaceae (Penyepaian Scrophulariaceae: membincangkan semua hubungan dalam Lamiales)
- http://www.itis.usda.gov 2002-05-31 TSN: 500018
- L. Watson and M.J. Dallwitz (sejak 1992). The families of flowering plants: descriptions, illustrations, identification, information retrieval. (Famili-famili tumbuhan berbunga: pemerian, ilustrasi, pengenalan, mendapat kembali maklumat) http://delta-intkey.com
- http://www.biologie.uni-hamburg.de/b-online/vascular/acanth.htm Diarkibkan 2007-06-09 di Wayback Machine 2002-09-06
- http://www.biologie.uni-hamburg.de/b-online/d52/52e.htm Diarkibkan 2007-06-30 di Wayback Machine 2002-09-06
- http://www.biologie.uni-hamburg.de/b-online/d52/52efam.htm Diarkibkan 2007-06-09 di Wayback Machine 2002-09-06
- http://www.science.siu.edu/parasitic-plants/Relation-Scroph.html Diarkibkan 2005-09-14 di Wayback Machine
- http://www.rbgkew.org.uk/web.dbs/genlist.html Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine 2002-09-06