Lansing, Michigan
Lansing, Michigan Bandar Lansing | |
---|---|
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | Michigan |
Keluasan | |
• Jumlah | 37 batu persegi (95 km2) |
Aras | 860 ft (262 m) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 116,986 |
• Kepadatan | 3,000/batu persegi (1,200/km2) |
Zon waktu | UTC-5 (EST) |
• Musim panas (DST) | UTC-4 (EDT) |
Laman sesawang | http://www.lansingmi.gov/ |
Lansing (AFA: /ˈlænsɪŋ/) ialah ibu negeri Michigan, Amerika Syarikat.
Orang Eropah pertama yang dicatat dalam perjalanan melalui kawasan ini yang kini dikenali sebagai Lansing ialah pedagang bulu British Hugh Heward dan pasukan Perancis-Kanadanya pada 24 April 1790 semasa mereka menaiki kanu di Sungai Besar.[1] Lansing terletak di tengah kawasan Michigan yang dikenali sebagai Michigan Tengah. Pusat bandarnya menempatkan bangunan kerajaan negeri, terutamanya Bangunan negeri tetapi pusat bandarnya pun mengalami pembangunan baru-baru ini dengan restoran baru, kedai runcit dan kawasan perumahan. Berdasarkan bancian pada tahun 2010, terdapat 114297 penduduk, iaitu 48450 rumah tangga dan 26234 keluarga yang mendiami bandar ini.
Lansing ditabdir bawah sistem kerajaan ketua bandar-majlis, khususnya dengan pentadbiran "ketua bandar berkuasa" yang mana ketua bandar memiliki kebanyakan kuasa pentadbiran, seperti pelantikan ketua jabatan dan pengurusan perbelanjaan bandar, walaupun majlis tersebut mesti meluluskan tindakannya. Industri utama kawasan metropolitan Lansing ialah kerajaan, pendidikan, insurans, perkhidmatan kesihatan dan pengeluaran kenderaan. Universiti Negeri Michigan, sebuah ahli Majlis Sepuluh Besar, dikenali sebagai kolej wakaf, yang terletak di Lansing Timur yang berdekatan. Lugnuts Lansing ialah pasukan besbol Liga Kecil, Liga Barat Tengah Kelas A, yang kini bersekutu dengan Blue Jays Toronto. Bekalan air, kuasa dan wap merupakan sumber yang dimiliki bandar, dan disediakan oleh Majlis Air & Cahaya Lansing.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Woodruff, Jim. "MGROW Takes On the Hugh Heward Challenge". MGROW. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-20. Dicapai pada 7 February 2018.