Led Zeppelin
Led Zeppelin | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | The New Yardbirds, The Nobs[1] |
Berasal dari | London, England |
Genre | Hard rock, heavy metal, blues rock, folk rock |
Tahun aktif | 1968–80 (pertemuan kembali: 1985, 1988, 1995, 2007) |
Syarikat rakaman | Atlantic, Swan Song |
Pengkarya berkait | Page and Plant, The Honeydrippers, The Yardbirds |
Laman sesawang | ledzeppelin |
Bekas ahli | Robert Plant Jimmy Page John Paul Jones John Bonham |
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Led Zeppelin ([léd zép.pĕ.lin]) ialah sebuah kumpulan muzik dari England, United Kingdom. Ia ditubuhkan pada tahun 1968 dan dianggotai oleh pemain gitar Jimmy Page, penyanyi Robert Plant, John Paul Jones memain gitar bes, dan pemain dram John Bonham.
Bunyi kumpulan yang didorongi bunyi gitar yang berat, berasaskan muzik blues dalam album-album awal mereka membawa kepada pengiktirafan Led Zeppelin sebagai satu daripada pelopor heavy metal, mahupun gaya mereka dipengaruhi pelbagai sumber, termasuk muzik rakyat. Mereka sendirinya tidak pernah merilis single lagu-lagu dikaryakan yang menjadi popular di United Kingdom dengan alasan bahawa mereka lebih menyukai konsep mengkarya berorientasi album.[2]
Setelah 25 tahun bubar akibat meninggalnya John Bonham pada tahun 1980, Led Zeppelin tetap disanjung penggemar muzik berkat pencapaian artistik berpengaruh luas dan kesuksesan komersial; terutamanya pada Led Zeppelin (1969), Led Zeppelin II (1969), Led Zeppelin III (1970), album keempat yang tidak berjudul (1971), Houses of the Holy (1973), dan Physical Graffiti (1975). Hingga saat ini, album Led Zeppelin telah laku lebih dari 300 juta keping,[3] termasuk 109.5 juta keping laku di Amerika Syarikat,[4] dan menjadi satu-satunya grup muzik yang berhasil menempatkan semua albumnya ke dalam urutan Top 10 tangga album Billboard.[5] Selain itu, Led Zeppelin menempati urutan nombor satu dalam 100 Artis Hard Rock Terbesar (100 Greatest Artists of Hard Rock) VH1.[6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Permulaan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1966, Jimmy Page menyertai kugiran rock The Yardbirds sebagai pemain bes menggantikan Paul Samwell-Smith. Page kemudiannya beralih sebagai pemain gitar utama segandingan dengan Jeff Beck. Setelah Beck meninggalkan The Yardbirds pada bulan Oktober sama, kugiran tersebut berhenti seketika setelah lama menjelajah.[7]
Page berikutan rehat sementara ini mahu membentuk suatu kumpulan hebat bersama beliau dan Beck semula, serta Keith Moon and John Entwistle dari The Who.[8] Ada ulasan daripada khabar mengenai cadangan pembentukan ini bahawa penggabungan tersebut akan gagal dahsyat seumpama suatu "belon plumbum" (lead balloon)[9] - yakni seumpama suatu kemalangan hebat kapal udara Jerman yang menggemparkan dunia suatu ketika dahulu. Dengan sedikit olahan pada ejaan pengungkapan ini atas cadangan pengurus mereka Peter Grant[10] agar lebih difahami orang ramai serta untuk estetika berkontras diidamkan Page,[9] maka Led Zeppelin menjadi nama akhir dipilih untuk kugiran ini.
Imej baharu
[sunting | sunting sumber]Led Zeppelin menandatangani kontrak dengan label Atlantic Records yang memberikan mereka kebebasan berkarya. Page menulis kebanyakan muzik awal Led Zeppelin, sementara Plant menulis lirik lagu. Gubahan Jones yang berlandaskan papan nada kemudian menjadi tumpuan muzik kumpulan, dan album-album terkemudian kumpualn memuatkan muzik yang lebih rintis. Bahagian separuh terkemudian kerjaya kumpulan melihat siri konsert kembara yang memecah rekod yang juga mendatangkan reputasi mereka sebagai kugiran yang berlebihan dan yang tidak bermoral. Walaupun mereka mengekalkan kejayaan komersial dan mutu muzik, hasilan mzuik dan konsert kembara mereka terbatas pada lewat tahun 1970-an.
John Bonham meninggal dunia akibat asfiksia berkaitan dengan pengambilan arak pada tahun 1980, Led Zeppelin bersurai berikutan kematian trsebut.
Pada dasawarsa-dasawarsa semenjak itu ahli kumpulan yang masih ada membuat bergabung sekali-sekala untuk membuat persembahan pertemuan kembali Led Zeppelin. Konsert yang paling berjaya ialah persembahan Ahmet Ertegun Tribute Concert di London pada tahun 2007, dengan anak John Bonham, Jason Bonham, mengambil tempat bapanya bermain dram.
Keanggotaan
[sunting | sunting sumber]- Robert Plant – vokal, harmonika, perkusi
- Jimmy Page – gitar
- John Paul Jones – theremin, keyboards
- John Bonham – dram
Anggota jelajah undangan
- Tony Thompson – dram (1985)
- Phil Collins – dram (1985)
- Paul Martinez – bes (1985)
- Jason Bonham – dram, perkusi (1988, 1995, 2007)
- Michael Lee – dram (1995)
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Led Zeppelin (1969)
- Led Zeppelin II (1969)
- Led Zeppelin III (1970)
- Album nirjudul (turut diberi nama Led Zeppelin IV, 1971)
- Houses of the Holy (1973)
- Physical Graffiti (1975)
- Presence (1976)
- In Through the Out Door (1979)
- Coda (1982)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Greene 2011.
- ^ Musicmatch, "Led Zeppelin", followers; URL diakses 10 September 2006
- ^ "Reliving the epic rock of Led Zeppelin'". Cbsnews.com. 16 December 2012. Dicapai pada 20 January 2013.
- ^ RIAA. "Top Selling Artists".
- ^ Australian Broadcasting Corporation website
- ^ 100 greatest artists of hard rock at vh1.com
- ^ Yorke 1993, m/s. 56–59.
- ^ Wall 2008, m/s. 15–16.
- ^ a b Shadwick 2005, m/s. 36.
- ^ Davis 1985, m/s. 57.
- Sumber utama
- Davis, Stephen (1985). Hammer of the Gods: The Led Zeppelin Saga. London: Pan. ISBN 978-0-330-34287-2.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Greene, Andy (13 September 2012). "Led Zeppelin's 2007 reunion concert to hit theaters in October". Rolling Stone. Dicapai pada 29 September 2012.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Shadwick, Keith (2005). Led Zeppelin: The Story of a Band and Their Music 1968–1980. San Francisco: Backbeat Books. ISBN 978-0-87930-871-1.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Wall, Mick (2008). When Giants Walked the Earth: A Biography of Led Zeppelin. London: Orion. ISBN 978-1-4091-0319-6.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Yorke, Ritchie (1993). Led Zeppelin: The Definitive Biography. Novato, California: Underwood–Miller. ISBN 978-0-88733-177-0.CS1 maint: ref duplicates default (link)
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Christgau, Robert (1998). "Genius Dumb: Led Zeppelin". Grown Up All Wrong: 75 Great Rock and Pop Artists from Vaudeville to Techno. Harvard University Press. m/s. 89–90. ISBN 978-0674443181.
- Greene, Andy (28 February 2011). "This week in rock history: Bob Dylan wins his first Grammy and Led Zeppelin become the Nobs". Rolling Stone. Dicapai pada 24 April 2011.
- Rogers, Georgie (16 June 2008). "MOJO award winners". BBC. Dicapai pada 8 December 2008.
- Brackett, John (2008). "Examining Rhythmic and Metric Practices in Led Zeppelin's Musical Style". Popular Music. 27 (1): 53–76. doi:10.1017/S0261143008001487. ProQuest 1325852.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi
- Led Zeppelin at Atlantic Records
- Saluran Led Zeppelin di YouTube (Official)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.