Pergi ke kandungan

Legeh Benua Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta legeh hidrologi utama di Amerika Utara. Legeh Benua berwarna red . Ada tiga lembangan tertutup di sepanjang legeh ini yang kelihatan seperti lingkaran. Dari utara ke selatan, lembangan tersebut bernama Lembangan Legeh Besar, Lembangan Guzmán Basin, dan Bolsón de Mapimí.
Legeh benua di Amerika Selatan. Lembangan tertutup di sepanjang legeh ini adalah kawasan Altiplano.

Legeh Benua Amerika (bahasa Inggeris: Continental Divide of the Americas; dikenali juga sebagai Continental Gulf of Division, Great Divide, atau Continental Divide) adalah legeh hidrologi Amerika yang sebahagian besar rentangannya berupa gunung. Legeh Benua membentang dari Selat Bering hingga Selat Magellan, dan memisahkan daerah aliran sungai yang bermuara di Lautan Pasifik dari sistem sungai yang berakhir di Lautan Atlantik (termasuk sungai yang berakhir di Teluk Mexico dan Laut Caribbean, dan sistem sungai yang berakhir di Lautan Artik bersama rentangan utara Legeh Benua ini.

Meski ada banyak legeh hidrologi di Amerika, Legeh Besar adalah yang paling menonjol kerana mengikuti alur puncak tinggi di sepanjang rangkaian utama Gunung Rocky dan Andes dan ketinggiannya lebih tinggi daripada legeh hidrologi lain.

Legeh Benua Amerika bermula di Tanjung Prince of Wales, Alaska, titik terbarat di daratan Amerika. Legeh ini kemudian melintasi Alaska utara sampai Yukon, lalu zig-zag ke selatan hingga British Columbia melalui Gunung Cassiar dan Gunung Omineca dan Plato Nechako utara hingga Tasik Summit di sebelah utara bandar Prince George dan selatan penempatan Tasik McLeod. Dari situ, legeh ini melintasi Plato McGregor hingga punggung pergunungan Rocky, mengikuti puncak Gunung Rocky Kanada ke tenggara hingga meridian barat ke-120, kemudian membentuk sempadan antara British Columbia selatan dan Alberta selatan.

Legeh ini melintasi Amerika Syarikat di Montana barat laut, di sempadan antara Taman Negara Waterton Lakes dan Taman Negara Glacier. Di Kanada, legeh ini membentuk sempadan barat Taman Negara Waterton Lakes, dan di AS membelah Taman Negara Glacier. Jauh di selatan, legeh ini membentuk tulang belakang Front pergunungan Rocky (Rangkaian Front) di Bob Marshall Wilderness, lanjut ke selatan sampai Helena dan Butte, kemudian ke barat melewati penempatan Divide, Montana, melintasi Anaconda-Pintler Wilderness hingga Rangkaian Bitterroot, lalu membentuk satu pertiga sempadan timur negara bahagian Idaho dan Montana. Legeh ini masuk ke Wyoming melalui Taman Negara Yellowstone dan lanjut ke tenggara ke Colorado hingga Puncak Grays, titik tertingginya di Amerika Utara pada ketinggian 4,352 m (14,278 ft). Legeh ini kemudian melintasi US Highway 160 di Colorado selatan di Wolf Creek Pass dan ditandai oleh sebuah garis. Legeh ini terus merentang ke selatan sampai New Mexico barat. Walaupun legeh ini mewakili tinggi daratan di antara daerah aliran sungai, bentangannya tidak sentiasamengikuti rangkaian/puncak tertinggi di setiap negara bahagian atau wilayah.

Di Mexico, legeh ini melewati Chihuahua, Durango, Zacatecas, Aguascalientes, Jalisco, Guanajuato, Querétaro, Mexico, Daerah Persekutuan, Morelos, Puebla, Oaxaca, dan Chiapas. Di Amerika Tengah, legeh ini melintasi Guatemala selatan, Honduras barat daya, Nicaragua barat, Costa Rica barat / barat daya, dan Panama selatan.

Legeh ini kemudian masuk ke Amerika Selatan, mengikuti puncak Gunung Andes, melewati Colombia barat, Ecuador tengah, Peru barat dan barat daya, dan Chile timur (mengikuti sempadan Chile - Bolivia dan Chile - Argentina), terus ke selatan sampai ujung selatan Patagonia dan Tierra del Fuego.

Di Amerika Utara, Legeh Laurentia (atau Legeh Utara), legeh yang cenderung tidak menggunung, memisahkan daerah aliran sungai Teluk Hudson - Lautan Artik dari DAS Atlantik. Legeh menengah memisahkan DAS yang mengalir sampai Tasik-Tasik Besar dan Perairan Saint Lawrence (berkesudahan di Atlantik) dari kawasan tadahan yang mengalir ke Atlantik melalui kompleks Missouri-Mississippi. Legeh menengah lain mengikuti untaian pergunungan Appalachia yang memisahkan sungai-sungai yang mengalir terus ke Lautan Atlantik dari sungai yang bermuara melalui Sungai Mississippi.

Jalur daki

[sunting | sunting sumber]

Continental Divide Trail mengikuti legeh ini dari sempadan Mexico hingga sempadan Kanada. Sambungan yang kurang dibangunkan di Kanada bernama Great Divide Trail melintasi lima taman negara dan enam taman wilayah, dan berakhir di Kakwa Lake di British Columbia timur-tengah. [1]

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Lynx, Dustin (2000). Hiking Canada's Great Divide Trail. Rocky Mountain Books. ISBN 0-921102-79-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-16. Dicapai pada 2014-10-19.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]