Logistik
Logistik adalah pengurusan aliran sumber (bahan mentah, produk, ubat-ubatan, peralatan, makanan, maklumat, serbuk dan juga tenaga) dari lokasi ianya diwujudkan hingga ke destinasi penguna atau pembeli. Ini bermakna bahan tersebut mungkin diwujudkan di Belanda dan disalurkan ke Malaysia melalui sistem Logistik ini. Aktiviti logistik fizikal selalunya disusuli dengan integrasi maklumat seperti pengendalian produk, produksi, pembungkusan, inventori, pengangkutan, pergudangan dan keselamatan. Kerumitan proses Logistik ini boleh dipermudahkan dengan perisian teknologi yang serba canggih dizaman ini yang membolehkan analisa, pergerakan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan inventori dikawal dengan rapi serta tepat. Secara tak langsung, kemudahan perisian ini membolehkan syarikat logistik dan pembeli atau penguna berkomunikasi dan berkongsi maklumat produk dengan lebih tangkas dan tepat. Selain itu, pihak pengurusan syarikat juga dapat mengurus operasi Logistik dengan lebih sistematik dan dan dikawal selia oleh perisian yang serba automatik ini.
Asal usul dan definisi
[sunting | sunting sumber]Terma Logistics wujud dikurun ke 19 dari bahasa Perancis yang berbunyi logistique dan terma ini dipopularkan oleh pedagang Perancis yang merantau ke seluruh dunia. Ianya sangat popular di Eropah sebelum ke benua Amerika.[1]
Menurut The Oxford English Dictionary logistik dikelasifikasikan sebagai sebahagian daripada sains ketenteraan the branch of military science yang berkaitan dengan perolehan, pengekalan, pengangkutan bahan, kakitangan, teknologi, perisian dan kemudahan yang lain. Bagaimanapun, menurut the New Oxford American Dictionary logistik adalah koordinasi khursus yang kompleks yang mengaitkan kakitangan dari pelbagai sudut, pembekal, kemudahan dan sebagainya. Menurut suumber yang lain, logistik juga dikelasifikasikan sains kejuruteraan yang menyediakan sistem mesra pengguna. Bukan sekadar itu, malah Logistik adalah satu proses yang rumit dari permulaan hinggalah ke akhir.Logistik kini sangat maju dengan teknologi seperti GPS (Global positioning system), robotik dan tenaga hijau.
Sistem logistik moden adalah antara industri yang sangat untung dan mendapat permintaan yang amat tinggi diseluruh dunia terutamanya negara-negara maju.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-26. Dicapai pada 2012-11-19.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://unitylss.com/
- https://dailylogistic.com/what-is-logistics/
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.