Pergi ke kandungan

Lucretia Garfield

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lucretia Garfield
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Dalam peranan
4 Mac 1881 – 19 September 1881
PresidenJames A. Garfield
Didahului olehLucy Webb Hayes
Digantikan olehMary Arthur McElroy (Pemangku)
Maklumat peribadi
Lahir
Lucretia Rudolph

(1832-04-19)19 April 1832
Garrettsville, Ohio, A.S.
Mati14 Mac 1918(1918-03-14) (umur 85)
South Pasadena, California, A.S.
Tempat semadiJames A. Garfield Memorial
PasanganJames A. Garfield (k. 1858; m. 1881)
Anak7, termasuk Trot, Hal, James, dan Abram
PendidikanGeauga Seminary
Hiram College (BA)
TandatanganTandatangan

Lucretia Rudolph Garfield (19 April 1832 - 14 Mac 1918) adalah Wanita Pertama Amerika Syarikat dari Mac hingga September 1881, sebagai isteri James A. Garfield, Presiden Amerika Syarikat ke-20.

Dilahirkan di Garrettsville, Ohio, Garfield pertama kali bertemu suaminya pada 1849 di Geauga Seminary.[1] Selepas pacaran lama, mereka berkahwin pada tahun 1858. Mereka mempunyai tujuh anak bersama, lima daripadanya hidup hingga dewasa. Sebagai wanita yang berpengetahuan dan intelektual, Garfield sangat membantu dalam kerjaya politik suaminya. Beliau dipandang tinggi semasa tempoh singkatnya di Rumah Putih, tetapi beberapa bulan kemudian diserang malaria memaksa beliau pergi ke Long Branch, New Jersey, untuk memulihkan kesihatannya.

Pemilihan James Garfield sebagai presiden membawa keluarga yang ceria tu ke Rumah Putih pada tahun 1881. Walaupun Lucretia Garfield tidak begitu berminat dengan tugas sosial Wanita Pertama, beliau sangat jujur dan berhemat dan keramahannya menjadikan jamuan makan malam dua kali mingguan yang dianjurkannya menyeronokkan.

Keluarga Garfield, litograf oleh EP & L. Restein

Beliau masih bersantai, di Elberon, sebuah resort tepi pantai di New Jersey, ketika suaminya ditembak oleh Charles Guiteau pada 2 Julai 1881 di sebuah stesen kereta api di Washington. Presiden sebenarnya merancang untuk membawa kereta api menuju utara ke New Jersey pada hari yang sama untuk bertemu dengan isterinya, sebelum ke sebuah majlisj bekas rakan kuliahnya di Massachusetts. Wanita Pertama itu bergegas kembali ke Washington dengan kereta khas—"lemah, lelah, terdesak," lapor seorang saksi di Rumah Putih, "tetapi teguh dan tenang dan penuh tujuan untuk menyelamatkan." Apabila kereta apinya bergegas ke selatan, kereta api memecut begitu cepat sehingga enjin memecahkan omboh di Bowie, Maryland dan hampir tergelincir. Lucretia Garfield tercampak dari tempat duduknya, tetapi tidak cedera. Selepas kelewatan yang tidak dijangka itu, dia sampai di Rumah Putih dan segera pergi ke sisi suaminya.

Selama tiga bulan Presiden berjuang untuk hidup, kesedihan dan pengabdiannya mendapat rasa hormat dan simpati daripada seluruh negara. Pada malam kematian Garfield, menurut doktor, beliau mengadu, "Oh, mengapa aku harus menderita sekejam ini?" Selepas kematian dan pengebumian suaminya, keluarga yang bersedih itu pulang ke ladang mereka di utara Ohio.

Apabila Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia I, Lucretia menjadi sukarelawan untuk Palang Merah. Beliau meninggal dunia di rumah South Pasadena[2] pada 14 Mac 1918. Kerandanya diletakkan di atas tanah di sebelah keranda suaminya di kubur aras bawah James A. Garfield Memorial di Tanah Perkuburan Lake View di Cleveland, Ohio.

  1. ^
    Isteri-isteri Presiden Amerika, 2d ed. (2006) - Page 127 https://books.google.com/books?isbn=078642415X
  2. ^ Swain, Susan (2015). First Ladies: Presidential Historians on the Lives of 45 Iconic Women. New York: Public Affairs. m/s. 161–170. ISBN 978-1-61039-566-3.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Gelaran kehormat
Didahului oleh

Lucy Hayes

Wanita Pertama Amerika Syarikat

1881

Diganti oleh

Mary McElroy

De facto