Pergi ke kandungan

Madame Tussauds

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madame Tussauds dan London Planetarium

Madame Tussauds[1] merupakan muzium lilin di London dengan cawangan di beberapa bandar-bandar utama. Ia diasaskan oleh pemahat lilin Marie Tussaud. Ia pernah dikenali sebagai "Madame Tussauds"; koma atas yang tidak lagi digunakan.[2][3] Madame Tussauds adalah satu tarikan pelancongan utama di London, memaparkan hasil kerja lilin orang terkenal.

Marie Tussaud (lahir 1761, meninggal dunia pada 1850), lahir sebagai Marie Grosholtz di Strasbourg, Perancis. Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah tangga untuk Dr. Phillippe Curtius, seorang doktor yang mahir dalam pembuatan patung lilin. Curtius mendidik Tussaud dalam seni patung lilin. Pada tahun 1765, Curtius membuat patung lilin Marie-Jeanne du Barry, gundik dari Raja Louis XV dari Perancis. Cetakan dari patung tersebut adalah benda tertua yang masih ada dari sejarah muzium patung lilin ini.

Pameran pertama dari karya lilin Curtius diadakan tahun 1770 dan menarik perhatian ramai orang. Pameran tersebut berpindah ke Istana Diraja di Paris pada tahun 1776. Curtius membuka tempat kedua untuk karya-karyanya ini di Boulevard du Temple pada tahun 1782 dengan nama "Caverne des Frands Voleurs", asal-usul dari bahagian muzium yang dikenali pada masa ini sebagai Chamber of Horrors (makna harfiah Bilik Seram).

Tussaud membuat patung lilin pertamanya, yaitu patung Francois Marie Arouet de Voltaire, atau yang lebih dikenali hanya dengan Voltaire, pada tahun 1777. Tokoh-tokoh terkenal lain yang dipatungkannya antara lain Jean Jacques Rousseau dan Benjamin Franklin. Semasa Revolusi Perancis ia membuat penutup wajah jenazah bagi para tokoh yang menjadi korban. Ia rela untuk mencari kepala-kepala para mangsa yang terputus ini di tengah-tengah timbunan jenazah agar dapat menyelesaikan penutup wajah jenazah ini dengan sempurna.

Ketika Curtius meninggal dunia pada tahun 1794, ia meninggalkan koleksi patung-patung lilinnya pada Tussaud. pada tahun 1802, Marie Tussaud pindah ke London. Sebagai akibat Perang Inggeris-Perancis, ia tidak boleh kembali ke Perancis sehingga untuk hidup ia harus berkeliling Inggeris dan Ireland mempamerkan karya-karyanya. Sekali waktu karya-karyanya itu pernah dipamerkan di Lyceum Theatre. Ia akhirnya mempunyai tempat pameran kekal buat karya-karyanya di Baker Street, London, pada tahun 1835 (di tempat yang disebut "Baker Street Bazaar").

Salah satu tarikan utama muzium Tussaud adalah "The Chamber of Horrors". Bahagian pameran ini memaparkan sebahagian korban Revolusi Perancis dan juga patung-patung para pembunuh dan penjahat lain. Nama bilik ini diberikan oleh seseorang dalam majalah Punch pada tahun 1845.

Tokoh-tokoh terkenal lain kemudian mula dimasukkan dalam ruang pameran, termasuk Horatio Nelson dan Sir Walter Scott. Beberapa patung lilin yang dibuat oleh Tussaud sendiri masih ada hingga hari ini. Pada tahun 1842, ia membuat patung lilin dirinya sendiri yang kini dipamerkan di pintu masuk utama muziumnya.

Muzium Madame Tussaud pindah ke alamatnya kini di Marylebone Road pada tahun 1884. Pada tahun 1925 kebakaran memusnahkan banyak dari patung-patung yang ada, tapi acuan-acuan mereka berjaya diselamatkan sehingga patung-patung lilin bersejarah tersebut boleh dibuat lagi.

Muzium lilin Madame Tussaud kini telah berkembang menjadi sebuah destinasi pelancongan di London, berdampingan (sehingga baru-baru ini) dengan London Planetarium di sisi baratnya. Muzium ini telah mempunyai cawangan di Amsterdam, Las Vegas, New York City, Hong Kong, Shanghai, Hollywood-Los Angeles, dan Washington D.C. Kini, patung-patung lilin Madame Tussauds terdiri daripada tokoh-tokoh sejarah, keluarga kerajaan, bintang filem, atlet tenar dan tokoh-tokoh jenayah yang tenar. Muzium Madame Tussauds saat ini dimiliki oleh sebuah syarikat pelancongan bernama Merlin Entertainments setelah memperoleh Tussauds Group pada bulan Mei 2007.

Lokasi Muzim

[sunting | sunting sumber]

Senarai patung selebriti yang dipamerkan

[sunting | sunting sumber]

Paling Terkenal

[sunting | sunting sumber]

Tokoh Sukan

[sunting | sunting sumber]

Tokoh Filem

[sunting | sunting sumber]

Tokoh dengan Keperibadian Kuat

[sunting | sunting sumber]

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Wells, John C. (2009). "Tussaud's". Longman Pronunciation Dictionary. London: Pearson Longman. ISBN 978-1-4058-8118-0.
  2. ^ Rothstein, Edward (24 August 2007). "Ripley's Believe It or Not – Madame Tussauds". The New York Times. Dicapai pada 12 May 2010.: "Madame Tussaud (who gave the attraction its now-jettisoned apostrophe) ..."
  3. ^ Times Online Style Guide – M: "Madame Tussauds (no longer an apostrophe)."

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]