Pergi ke kandungan

Madeleine Albright

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madeleine Albright
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-64
Dalam jawatan
23 Januari 1997 – 20 Januari 2001
PresidenBill Clinton
Didahului olehWarren Christopher
Digantikan olehColin Powell
Maklumat peribadi
Lahir
Marie Jana Korbelová

(1937-05-05) 5 Mei 1937 (umur 87)
Smíchov, Prague, Czechoslovakia
Parti politikDemokrat
PasanganJoseph Medill Patterson Albright (k. 1959; c. 1982)
Anak3
TandatanganTandatangan

Madeleine Jana Korbel Albright (lahir Marie Jana Korbelová; 15 Mei 1937 - 2022) adalah seorang ahli politik dan diplomat Amerika yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat wanita pertama dalam sejarah A.S. dari tahun 1997 hingga 2001 di bawah presiden Bill Clinton.

Duta Besar Amerika Syarikat untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa

[sunting | sunting sumber]

Dia adalah duta besar untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa. Dia mulai pada tarikh 6 Februari 1993. [1]

Albright telah dikritik secara meluas untuk komentarnya dalam sebuah wawancara pada 12 Mei 1996 dalam program televisyen 60 Minutes. Dalam topik mengenai sekatan AS terhadap Iraq, Lesley Stahl bertanya:

Kita telah mendengar bahawa setengah juta anak-anak telah meninggal. Itu lebih dari jumlah anak-anak yang tewas di Hiroshima. Apakah ini suatu harga yang pantas dibayar?

Albright menjawab:

Saya rasa ini adalah suatu pilihan yang sukar, namun hal tersebut - kami rasa ia merupakan harga yang pantas dibayar. [2] [3]

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (1997-2001)

[sunting | sunting sumber]

Beliau mulai menjawat pada 23 Januari 1997. [1] Sebagai Menteri Luar Negeri, Albright mencetuskan kemarahan banyak warga Serbia di Yugoslavia kerana peranannya dalam Perang Kosovo dan Perang Bosnia serta dasar AS di kawasan Balkan secara keseluruhan.

Pasa tahun 2000, Albright menjadi diplomat Barat pertama yang bertemu dengan Kim Jong Il, pemimpin Korea Utara. [4]

Maklumat peribadi

[sunting | sunting sumber]

Albright lahir Marie Jana Korbel pada 15 Mei 1937 di Prague, Czechoslovakia. Madeleine adalah nama panggilan yang diberikan neneknya. Albright pindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1950 dan menjadi warga negara AS pada tahun 1957.

Pada Mei 1959, Albright berkahwin dengan wartawan Joseph Medill Patterson Albright, dan mempunyai tiga anak perempuan. Mereka bercerai pada tahun 1982.

Albright seorang dwibahasa; dia fasih berbahasa Inggeris, Perancis, dan Czech, dengan kemampuan bercakap dan membaca yang baik dalam bahasa Rusia, Jerman, dan Poland.

Sebelum dan semasa Perang Dunia II, ayahnya Josef Korbel dan keluarganya mengungsi di Belgrade, Yugoslavia, di mana mereka berada dalam misi diplomatik dari Czechoslovakia. Hal ini mungkin telah menyelamatkan nyawanya, ketika banyak dari saudara Yahudi Albright di Czechoslovakia yang terbunuh dalam Holokus. Albright telah menyatakan bahawa dia tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang Yahudi hingga dia dewasa.

Selepas bersara, Albright menerbitkan sebuah memoir, Madam Secretary (2003).

  1. ^ a b "Biography: Madeleine Korbel Albright". Secretary.state.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-04. Dicapai pada 2010-06-01.
  2. ^ Česky. org / wiki / Madeleine_Albright "Madeleine Albright - Wikiquote" Check |url= value (bantuan). En.wikiquote.org. Dicapai pada 2010-05-17.
  3. ^ "The mighty and the Almighty ... - Google Books". Books.google.com. Dicapai pada 2010-05-17.
  4. ^ {{Cite web | url = http://www.pbs.org / WGBH / pages / frontline / shows / kim / interviews / albright.html | title = frontline: kim 's nuclear gamble: interviews: Madeleine Albright | publisher = PBS | date = 2003-03-27 | accessdate = 2010-06-01} }