Makmal Perejangan Jet
Pemandangan dari udara JPL di La Cañada Flintridge, California | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1936 |
Bidang kuasa | Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat |
Ibu pejabat | Pasadena, California 34°12′6.1″N 118°10′18″W / 34.201694°N 118.17167°W |
Kakitangan | > 5,000 |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | diuruskan untuk NASA oleh Caltech |
Agensi anak | |
Laman sesawang | Halaman JPL |
Makmal Perejangan Jet (bahasa Inggeris: Jet Propulsion Laboratory , dipendekkan sebagai JPL) ialah sebuah pusat kajian dan pembangunan biayaan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat dan pusat padang NASA yang terletak di kawasan Lembah San Gabriel bagi Kaunti Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Kemudahan ini beribu pejabat di bandar raya Pasadena[1] di sempadan antara La Cañada Flintridge dan Pasadena. JPL diuruskan oleh Institut Teknologi California (Caltech) untuk NASA. Fungsi utama makmal ini ialah pembinaan dan pengendalian kapal angkasa planet robotik, di samping turut mengendalikan misi-misi orbit Bumi dan astronomi. Selain itu, ia juga bertanggungjawab mengendalikan Rangkaian Angkasa Jauh NASA.
Antara projek terkini makmal ini ialah misi Cassini–Huygens ke Zuhal, Perayau Penjelajahan Marikh (Spirit dan Opportunity), Pengorbit Peninjauan Marikh, misi Dawn ke Ceres dan Vesta, serta Teleskop Angkasa Spitzer.
Kemudahan Operasi Penerbangan Angkasa dan Pensimulasi Angkasa Dua-Puluh-Lima-Kaki JPL adalah Mercu Tanda Bersejarah Kebangsaan NASA.
Sejarah Awal
[sunting | sunting sumber]Kewujudan awal JPL dikesan hingga tahun 1936 di Makmal Aeronautik Guggenheim di California Institute of Technology (GALCIT) di mana eksperimen terawal ke atas roket dijalankan di Arroyo Seco. Beberapa pelajar lepasan ijazah iaitu Frank Malina, Weld Arnold, Apollo M. O. Smith, bersama Tsien Hsue-shen, berserta Jack Parsons dan Edward S. Forman menguji sebuah roket kecil yang menggunakan alkohol sebagai bahan api untuk mengunmpul data bagi tesis siswazah Malina. Penasihat tesis Malina adalah pakar aerodinamik Theodore von Kármán. von Karman seterusnya mengatur pembiayaan daripada Tentera Darat Amerika Syarikat untuk “Projek Roket GALCIT” pada tahun 1939.Pada tahun 1941, Malina, Parsons, Forman, Martin Summerfield, dan juruterbang Homer Bushey berjaya membuat demonstrasi pertama penggunaan roket JATO kepada Tentera Darat. Pada tahun 1943, von Kármán, Malina, Parsons dan Forman menubuhkan Aerojet Corporation untuk pengeluaran roket JATO. Projek ini menggunakan nama Jet Propulsion Laboratory dalam bulan November 1943, yang akhirnya menjadi kemudahan Tentera Darat dikendalikan secara kontrak oleh Caltech. [2][3][4][5]
Ketika makmal ini berada di bawah seliaan Tentera Darat, ia telah membangunkan dua jenis roket yang digunakan di medan perang, roket MGM-5 Corporal dan MGM-29 Sergeant, roket balistik jarak sederhana (IRBM). Misil jenis ini merupakan misil balistik pertama kegunaan Amerika Syarikat yang dibangunkan di JPL. [6] JPL juga membangunkan prototaip sistem persenjataan yang lain seperti misil anti pesawat Loki dan juga versi awal sistem yang akhirnya dibangunkan sebagai roket Aerobee, yang ditugaskan untuk mengambil bacaan perlu dan mengendalikan ujikaji sains semasa penerbangan sub-orbital. Pada masa-masa tertentu, JPL menjalankan ujian roket di White Sands Proving Ground, Pangkalan Udara Edwards dan di Goldstone, California. Pesawat mendarat Lunar juga direka bentuk pada tahun 1928-39 dan mempunyai pengaruh besar ke atas reka bentuk Modul Lunar Apollo pada tahun 1960an.[5]
Pada tahun 1954, JPL bergabung tenaga dengan kumpulan pakar roket diketuai Wernher von Braun di Agensi Misil Balistik Tentera Darat bertempat di Redstone Arsenal, di Huntsville, Alabama bagi menganjurkan pelancaran sebuah satelit untuk orbit bumi sempena Tahun Geofizik Antarabangsa. Pasukan JPL/von Braun ditewaskan oleh pasukan yang menganjurkan Projek Vanguard. Pasukan JPL/von Braun kemudiannya membuat perencanaan projek sulit untuk menunjukkan keberangkalian teknologi masuk semula secara ablatif (ablative re-entry technology) menggunakan roket Jupiter-C. Pasukan bersama JPL/von Braun ini berjaya melancarkan Explorer 1, satelit pertama Amerika Syarikat pada 1 February, 1958. [3][4]
JPL dipindahkan kawalseliaannya kepada NASA dalam bulan Disember 1958 [7] menjadikan JPL pusat utama pesawat antara planet bagi agensi tersebut. Jurutera JPL merekabentuk dan mengendalikan misi Ranger and Surveyor ke Bulan, membuka jalan untuk misi-misi Apollo. JPL juga menerajui eksplorasi antara planet dengan misi-misi Mariner ke planet-planet Zuhrah, Marikh dan Utarid. [3]
JPL awal-awal mengambil kerja pakar Matematik wanita. Pada tahun 1940an dan 1950an, kumpulan-kumpulan wanita ini membuat perkiraan trajektori hanya dengan menggunakan mesin kira mekanikal.[8][9] Pada tahun 1961, JPL mengambil jurutera wanita bekerja bersama-sama dengan jurutera lelaki sebagai sebahagian daripada pasukan pengesan misi Ranger dan Mariner.[10]
Lokasi Penempatan
[sunting | sunting sumber]Semasa ditubuhkan, JPL terletak di sebuah dataran batuan di luar bandar Pasadena. Hampir kesemua 177 ekar (72 ha) tapak milik pemerintah pusat Amerika Syarikat yang menempatkan kampus JPL kini adalah di bandaraya La Cañada Flintridge di California.[11] Walaupun demikian, alamat JPL adalah 4800 Oak Grove Drive, Pasadena, CA 91109 kerana JPL sudah lama bertapak dan termasyhur apabila bandaraya La Cañada Flintridge diperbadankan pada tahun 1976.
Kakitangan
[sunting | sunting sumber]Caltech mempunyai hampir 5,000 pekerja dan ditambah dengan beberapa ribu orang pekerja yang bertugas dengan kontraktor. NASA juga mempunyai sebuah pejabat tetap di JPL dengan petugas-petugas Pemerintah Pusat bertanggunjawab mengawasi aktiviti JPL dan kerja-kerja berkaitan dengan NASA. Di samping itu, terdapat juga pelajar-pelajar lepasan ijazah dan pelajar universiti yang menjalankan latihan dalam kursus. Caltech bersama-sama JPL menawarkan peluang penyelidikan kepada pelajar, misalnya program Feloship Penyelidikan Mahasiswa Semasa Musim Panas (Summer Undergraduate Research Fellowship atau SURF).
Rumah Terbuka
[sunting | sunting sumber]Setahun sekali, pada suatu hari Sabtu ataupun Ahad dalam bulan Mei, JPL mengadakan hari terbuka. Orang ramai dijemput melawat JPL untuk melihat sendiri demonstrasi sains dan teknologi yang dimiliki oleh JPL. Lawatan oleh kumpulan tertutup juga diadakan sepanjang tahun untuk kumpulan pelajar sekolah tetapi perlu dijadualkan terlebih dahulu. Beribu-ribu kanak-kanak sekolah California Selatan melawat Makmal JPL setiap tahun. [12]
Coppedge lawan Jet Propulsion Laboratory
[sunting | sunting sumber]Pada 12hb Mac, 2012, Mahkamah Tinggi Los Angeles mendengar hujah pembukaan di dalam kes saman yang dibuat oleh David Coppedge, bekas pekerja JPL kerana diskriminasi di tempat kerja dan pemecatan salah. Dalam saman itu, Coppedge mendakwa kehilangan kedudukan “ketua kumpulan” dalam misi Cassini-Huygens kendalian JPL pada tahun 2009. Beliau dipecat pada tahun 2011 kerana pegangan evangelis beliau, khususnya kepercayaannya akan pembentukan pintar. JPL melalui guaman Caltech dalam dakwaan balas menyatakan pemecatan Coppedge adalah kesan daripada pengurangan bajet dan pelucutan kedudukan sebagai ketua kumpulan adalah berikutan dengan aduan gangguan dan konflik berterusan dengan rakan sekerja.[13]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.jpl.nasa.gov/about_JPL/maps.cfm
- ^ "Early Years". JPL.
- ^ a b c Koppes, Clayton (1982). "JPL and the American Space Program". New Haven: Yale University Press. Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ a b Conway, Erik M. "From Rockets to Spacecraft: Making JPL a Place for Planetary Science". Engineering and Science. m/s. 2–10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-07. Dicapai pada 2012-08-08.
- ^ a b Launius, Roger (2002). To Reach High Frontier, A History of U.S. Launch Vehicles. University of Kentucky. m/s. 39–42. ISBN [[Special:BookSources/0-313-12245-7 Templat:Please check ISBN|0-313-12245-7 [[:Templat:Please check ISBN]]]] Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). - ^ Keymeulen, Didier; Myers, John; Newton, Jason; Csaszar, Ambrus; Gan, Quan; Hidalgo, Tim; Moore, Jeff; Sandoval, Steven; Xu, Jiajing; Schon, Aaron; Assad, Chris; Stoica, Adrian. "Humanoids for Lunar and Planetary Surface Operations". Pasadena, CA : Jet Propulsion Laboratory, National Aeronautics and Space Administration, 2006. JPL TRS 1992+. Templat:Hdl. Missing or empty
|url=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Bello, Francis (1959). "The Early Space Age". Fortune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-03. Dicapai pada June 5, 2012.
- ^ http://www.jpl.nasa.gov/news/features.cfm?feature=1327
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-07. Dicapai pada 2012-08-09.
- ^ "FO1 D. L. Ulery and J. P. Fearey, EVALUATION OF GOLDSTONE POLAR – MOUNT ANTENNA SYSTEMA'TIC ERRORS FROM STAR TRACKS, Technical Memorandum 33-45, May 5,1962 (Unclassified)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-01-31. Dicapai pada 2012-08-09.
- ^ http://www.jpl.nasa.gov/about_JPL/maps.cfm
- ^ "JPL Open House". Dicapai pada January 2, 2009.
- ^ "Former NASA specialist claims he was fired over intelligent design". Fox News. March 11, 2012.