Milenium ke-8 SM
Penampilan
Milenium: | Milenium ke-9 SM • Milenium ke-8 SM • Milenium ke-7 SM |
Pada milenium ke-8 SM, pertanian diamalkan secara meluas di Sabit Subur dan Anatolia. Tembikar tersebar luas (dengan perkembangan yang berasingan di Amerika Utara) dan penternakan haiwan (pastoralisme) tersebar ke Afrika dan Eurasia. Jumlah penduduk dunia dianggarkan sebagai lebih kurang 5 juta.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- k.k. 8000 SM - Zaman Ais berakhir.
- k.k. 8000 SM - Zaman Paleolitik Akhir tamat.
- k.k. 8000 SM - 7000 SM - Penindihan Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik.
- k.k. 8000 SM – Penempatan di Nevali Cori di Turki kini.
- k.k. 8000 SM – Penempatan di Sagalassos di Turki barat daya kini.
- k.k. 8000 SM – Penempatan di Akure di Nigeria barat daya kini.
- k.k. 8000 SM – Penempatan di Øvre Eiker dan Nedre Eiker di Buskerud, Norway kini.
- k.k. 8000 SM – Penempatan di Ærø, Denmark.
- k.k. 8000 SM – Penempatan di Deepcar dekat Sheffield, England kini.
- k.k. 8000 SM – Artik Amerika Utara didiami oleh para pemburu-pemungut Tradisi Paleo-Artik.
- k.k. 8000 SM – Orang-orang Paleo-Indian Pra-Anasazi berpindah masuk ke Amerika Syarikat Barat Daya.
- k.k. 8000 SM – Orang-orang Plano mendiami kawasan Dataran Besar Amerika Utara (sejak milenium ke-9 SM).
- 8000 SM - Jumlah penduduk dunia: 5,000,000. [1]
- k.k. 7500 SM – Penempatan di Sand, Applecross pada pantai Wester Ross, Scotland.
- k.k. 7500 SM – Çatalhöyük, sebuah petempatan Neolitik dan Kalkolitik yang amat besar di Anatolia selatan, diasaskan.
- k.k. 7500 SM – Zaman Lembu bermula di Sahara.
- k.k. 7500 SM – Para pemburu-pemungut Mesolitik merupakan manusia pertama yang tiba di Ireland.
- k.k. 7370 SM; keakhiran petempatan besar di Jericho.
- k.k. 7200 SM - 5000 SM: Ain Ghazal, Jordan, yang luasnya 30 ekar didiami.
- 7000 SM – Kemunculan orang-orang Punjab terawal yang mungkin.
Perubahan alam sekitar
[sunting | sunting sumber]- k.k. 8000 SM – Glasier-glasier membentuk formasi batuan di New Hampshire kini yang dahulu dikenali sebagai "Orang Tua Gunung".
- k.k. 7640 SM – Tarikh yang diteka untuk pelanggaran Bola api hipotesis Tollman dengan Bumi, serta bencana sejagat yang menyusul.
- k.k. 7220 SM – Peletupan Gunung Edgecumbe, Alaska.
- Pengaliran keluar banyak air tawar dari Laut Hitam ke Laut Aegia.
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- Kemunculan pertanian.
- Amerika Selatan: Ubi kentang dan kacang ditanam.
- Asia Timur: Permulaan penanaman padi.
- Mesir Kuno: Pembelajinakan kucing, dan lembu Bos aegyptiacus.
- Asia Barat Daya: Pembelajinakan biri-biri.
- Afrika: Pembinaan pondok, perdiangan, serta jelapang, dan pengeluaran alat-alat batu tidak mudah alih untuk mengisar biji-bijian.
- Asia: Orang-orang Catal Huyuk memakai kulit haiwan, serta topi yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sama.
- China: Pembinaan rumah dan tanur, serta pengeluaran tembikai, ukiran batu firus, dan alat-alat yang diperbuat daripada batu serta tulang, dan yang paling luar biasa, flut tulang.
- Kota yang terletak di Anatolia di Turki kini menunjukkan sebilangan artifak yang membuktikan pengamalan penyembahan dewi yang meluas.
- Laut Mediterranean: Tanah liat dan lepa digunakan untuk membentuk patung-patung di Jericho dan cAin Ghazal.
- Asia: Bukti pertama untuk ini dengan "token-token penghitung" tergores sejak sekitar 9,000 tahun dahulu di sabit subur neolitik.
- Jepun: Tukang-tukang tembikar Jepun mula menghiasi bekas-bekas masak tembikar pada sekitar masa ini.
- Korea: Tradisi-tradisi tembikar yang mudah, kekadangnya dengan kesan-kesan tali pintal dan tanda-tanda hiasan yang lain.
- Australia: Pertanian di New Guinea.
- China: Orang-orang di desa Jiahu telah mengamalkan penghidupan desa. Bahagian-bahagian kota diperuntukkan untuk fungsi-fungsi yang berbeza.
- Tapak Jiahu di China: Orang-orang Cina telah menjadi ahli-ahli muzik dan tukang-tukang yang ulung.
- Yunani: Bukti-bukti gandum, barli, biri-biri, kambing, dan babi membayangkan bahawa ekonomi pengeluaran makanan diamalkan di Aegia.
- Gua Franchthi di Argolid, Yunani, menjadi bukti pengebumian-pengebumian senjaga yang terawal di Yunani.
- England: Sebahagian besar dasar Laut Utara merupakan darat sebelum zaman ini.
- Amerika Kala Kuno: Orang-orang asli Amerika bergerak mengikut musim di sekitar Vermont untuk hidup, memburu, memungut, dan memancing ikan.
- Mexico: Pengeluaran barang-barang tembikar, pembinaan timbunan kubur, serta pengembangan teknologi taman.
- Bandaraya Mexico: Berhampiran dengan jalan besar yang mengaitkan ibu kota dengan Cuernavaca terletak sebuah piramad bertangga yang bulat dan yang amat rumit.
- Aktiviti glasier mencipta Laut Champlain; orang-orang Paleo-Indian menjelajah dan memburu di Vermont.
- Dunia - Antara 12,000 SM dan 5,000 SM, kebanjiran kawasan pedalaman yang teruk terjadi di banyak kawasan dan mengakibatkan kenaikan aras laut yang agak tiba-tiba di banyak tempat di seluruh dunia.
- Eropah Utara - Wanita-wanita dikatakan mengembangkan rambut perang muda dan mata biru untuk memikat atau menarik perhatian lelaki-lelaki yang sukar didapati, akibat keadaan-keadaan di utara. (The Sunday Times, 26 Februari 2006)
Peristiwa penting budaya
[sunting | sunting sumber]- Kira-kira 7500 SM – Rumah Howick di Northumberland, England dibina.
- 7193 SM – Menurut legenda Korea, suatu perikatan puak-puak Altaic di bawah seorang raja "Huan" (Hun) mendahului pengasasan China.
Fiksyen dan mitos
[sunting | sunting sumber]- 7227 SM ialah tarikh yang dikatakan merupakan tarikh kejatuhan Atlantis, menurut Rudolf Steiner.
- Negara bertamadun kuno (Alteran) dalam alam semesta Stargate cereka menenggelamkan Atlantis selepas dikalahkan dalam peperangan oleh spesies Wraith. Tarikh ini hampir sama dengan tarikh yang dikatakan merupakan tarikh kewujudan kota mitos.
- Kira-kira 7600 SM ialah tarikh ketika bangsa Changeling mengasaskan negara Dominion dalam alam semesta Star Trek cereka.
- 8000 SM ialah tarikh lahir hampiran Maharaja dalam alam semesta Warhammer 40,000 cereka.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Angka purata daripada berbagai-bagai sumber sebagaimana yang disenaraikan Anggaran sejarah Jumlah Penduduk Dunia oleh Biro Banci Amerika Syarikat