Mohammad Hussein Fadlallah
Ayatollah Besar Muhammad Hussein Fadl-Allāh | |
---|---|
Peribadi | |
Agama | Islam |
Aliran | Syiah |
Sect | Imam Dua Belas |
Nama lain | السيد محمد حسين فضل الله (bahasa Arab) |
Pemimpin Islam | |
Berpengkalan di | Beirut, Lebanon |
Tempoh dalam jawatan | 1989–2010 |
Jawatan | Ayatollah Besar |
Laman web | bayynat.org.lb (Arabic, French, English) bayynat.ir (Persian , Urdu) |
Ayatollah Muhammad Husayn Fadlallah (juga Sayyed Muhammad Hussein Fadl-Allāh, Arab: محمد حسين فضا الله ;lahir 16 November 1935 - 4 Julai 2010) adalah seorang tokoh Lubnan Imam Dua Belas Syiah. Beliau adalah 'mentor' perjuangan militan Hizbullah. Beliau dilihat sebagai perancang krisis tebusan Lubnan, sama seperti Abu Nidal. Fatwa kontroversinya tentang serangan bunuh diri terhadap Israel. Beliau juga mengiktiraf Serangan bunuh diri terhadap Kedutaan Amerika dan tapak tentera marin di Beirut 1983 yang membunuh 300 orang. [2]
Berasal dari keluarga Lubnan, tapi lahir di Najaf, Iraq. Fadlallah mempelajari ilmu-ilmu Islam di Najaf sebelum berpindah ke Lubnan pada tahun 1952. Dia banyak memberi kuliah, menulis puluhan buku, mendirikan beberapa sekolah-sekolah Islam , dan menubuhkan Persatuan Mabarrat. Dia turut mendirikan perpustakaan awam , pusat kebudayaan perempuan, dan sebuah klinik perubatan.
Dia menyokong aspirasi perjuangan Ayatollah Ruhollah Khomeini bagi melancarkan Revolusi Islam Iran dan menganjurkan gerakan Islam di Lubnan. Dalam khutbahnya, beliau menyeru perlawanan bersenjata menentang Israel dari Lubnan, Tebing Barat dan Genting Gaza.
Dia menjadi sasaran pembunuhan termasuk pengeboman kereta di Beirut 1985 yang membunuh 80 orang.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Fadl-ALlah lahir di Iraq di kota suci Syiah Najaf pada 16 November 1935. Orang tuanya, Abdulraouf Fadlullah dan al-Hajja Raoufa Hassan Bazzi , [5] telah berhijrah dari desa Aynata di selatan Lubnan pada 1928 untuk belajar teologi. Pada saat kelahirannya, ayahnya sudah menjadi ilmuan Islam.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Fadl-ALlah pergi pertama ke sekolah tradisional (Kuttab) untuk mempelajari Quran dan kemahiran asas membaca dan menulis. Sekolah ini dijalankan oleh syeikh tradisional. Kemudian dia belajar di sekolah moden yang diasaskan oleh penerbit Jamiat Muntada Al-Nasher selama dua tahun .
Dia mulai membaca Ajroumiah ketika dia berumur sembilan tahun, dan kemudian dia membaca al-Nada Qatr Bal wa Al-Sada (Ibnu Hisham).
Ia menyelesaikan Sutouh di mana pelajar membaca buku dan mendengar penjelasan gurunya. Dia juga mempelajari Bahasa Arab, logik dan fekah. Kemudian belajar tentang Kifayat di Ushul dari guru bernama Syeikh Mujtaba Iran Al-Linkarani. Pada usia sepuluh tahun, ia menerbitkan sebuah jurnal sastera tulisan tangan dengan beberapa teman-temannya.
Kembali ke Lubnan
[sunting | sunting sumber]Setelah berusia 21 tahun, belajar Universiti Najaf sehingga 1966 dan kembali ke Lubnan. Dia sudah melawat Lubnan pada tahun 1952 di mana ia membacakan sebuah puisi memuji Muhsin Al-Amin di pemakamannya.Pada tahun 1966 ,Fadl ALlah tinggal Timur Beirut .
Dia mendirikan sebuah sekolah agama 'Institut Syariah Islam' .Antara bekas muridnya ialah termasuk Syeikh Ragib Harb. Dia juga mendirikan perpustakaan umum , pusat kebudayaan wanita dan sebuah klinik perubatan .
Perang saudaras Lubnan
[sunting | sunting sumber]Ketika Perang Saudara Lubnan antara penduduk Islam dan Kristian, beliau pindah ke selatan dan mengajar dan mendidik orang awam. Dia menggunakan masjid sebagai pusat pengajian serta tafsiran Al-Quran dan acara seperti Hari Asyura.
Usaha Pembunuhan
[sunting | sunting sumber]{utama|Bom kereta Beirut 1985} Pada 8 Mac 1985, sebuah bom kereta dengan muatan 200 kg dinamit meletup 9-45 meter dari rumahnya di Beirut, Lebanon.Bangunan 7 tingkat, apartmen, pawagam, mengorbankan 80 orang dan mencederakan 256 orang. Setrangan itu waktu Solat Jumaat. Tapi Fadl-ALlah tidak cedera. Pengawalnya Imad Mughniyeh terbunuh dalam serangan bom-kereta pada Februari 2008.
Bob Woodward menuduh pengarah CIA William Casey merancang pembunuhan itu dengan dana dari Arab Saudi .Bekas ketua panglima perang dan negarawan Lubnan, Elie Hobeika bertanggung jawab melakukan operasi aktual.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal pada 4 Julai 2010 pada usia 74 di selatan Beirut , Lubnan .Fadlallah dirawat di rumah sakit sebulan sebelum kematiannya kerana pendarahan dalaman.
Ribuan pengikutnya berkumpul di luar masjid di Haret Hreik. Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri menyatakan kerugian terhadap rakyat Lubnan. [3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Reuters
- ^ "Sheikh Falallah was the terrorist mastermind behind the Lebanon hostage crisis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2010-07-05.
- ^ Hezbollah 'mentor' Fadlallah dies: Your reaction