Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam
Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam atau submarine launched ballistic missile (SLBM) merujuk kepada peluru berpandu balistik yang boleh dilancarkan kapal selam dari bawah permukaan air. Jenis-jenis moden biasanya melancarkan pesawat masuk kembali bebas sasar berganda (MIRV) yang setiap satunya membawa kepala peledak nuklear dan membolehkan satu peluru berpandu tunggal yang dilancarkan untuk membedil beberapa sasaran. Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam berfungsi secara berbeza daripada peluru berpandu krus lancaran kapal selam.
Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam moden berkait rapat dengan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), dan dalam banyak keadaan SLBM dan ICBM boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan senjata yang sama.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Rekaan praktikal pertama bagi pelantar pelancaran berdasar kapal selam dibangunkan oleh pihak Jerman ketika Perang Dunia Kedua hampir tamat. Rekaannya terdiri daripada tiub pelancaran yang mengandungi peluru berpandu balistik dan ditunda di belakang kapal selam. Ia dikenali dengan kod nama Prüfstand XII. Perang tersebut berakhir sebelum ia dapat diuji, tetapi jurutera-jurutera yang terlibat dalam rekaan ini kemudiannya bekerja untuk Amerika Syarikat dan USSR dalam program SLBM masing-masing. Prüfstand XII dan sistem-sistem SLBM awal memerlukan kapal yang membawanya untuk ke permukaan bagi melancar peluru berpandu, tetapi lama-kelamaan sistem pelancaran diadaptasi untuk membolehkan pelancaran bawah air pada 1950-an hingga 1960-an. Amerika Syarikat melakukan pelancaran bawah air berjaya pertama dengan Polaris A1 pada 20 Julai 1960.[1] Empat puluh hari kemudian, Kesatuan Soviet melakukan pelancaran bawah air sebuah peluru berpandu balistik kapal selam pertama dengan jayanya di Laut Putih pada 10 September 1960 dari kapal selam Project 611 (Kelas Zulu) terubahsuai yang turut melancarkan R-11FM (SS-N-1 Scud-A, ubahsuai lautan SS-1 Scud) pada 16 September 1955.[2][3] Namun, Kesatuan Soviet berjaya mengalahkan Amerika Syarikat dalam melancar dan menguji SLBM bersenjata pertama, sebuah R-13 yang meletup di Lapangan Ujian Novaya Zemlya di Lautan Artik; ujian ini dijalankan pada 20 Oktober 1961,[4] hanya sepuluh hari sebelum Tsar Bomba 50 Mt yang besar diletupkan di sekitar kawasan yang sama.
Kapal selam peluru berpandu balistik merupakan kepentingan strategik yang besar bagi AS dan Rusia serta kuasa-kuasa bersenjata nuklear lain sejak mulanya Perang Dingin kerana ia boleh bersembunyi daripada satelit peninjau dan melancar senjata-senjata nuklearnya dengan cara yang bebas daripada pengesanan visual. Ini menjadikannya selamat daripada serangan pertama yang diarahkan ke arah senjara-senjata nuklear, membolehkan setiap pihak mengekalkan kemampuan melancar serangan tindakan balas yang memusnahkan, meskipun apabila semua peluru berpandu berdasar daratan telah dimusnahkan. Ini melegakan setiap pihak daripada keperluan untuk menggunakan sikap lancar mengikut amaran, dengan risiko perang nuklear secara tidak sengaja. Tambahan lagi, pemasangan peluru berpandu yang teramat tepat pada kapal selam yang teramat senyap membolehkan penyerang untuk menyelinap hampir dengan pantai musuh dan melancarkan peluru berpandu pada trajektori depresi (trajektori balistik tidak optimum yang mengorbankan baling-berat bagi laluan lebih pantas dan rendah, lantas mengurangkan masa antara pelancaran dan impak), lantas membuka kemungkinan untuk serangan pemutus kawalan.
Jenis-jenis SLBM
[sunting | sunting sumber]Jenis-jenis SLBM tertentu (kini, lampau dan dalam pembangunan) termasuklah:
- Amerika Syarikat (juga dikenali sebagai Peluru Berpandu Balistik Armada)
- UGM-27 Polaris (A1 hingga A3) — Dihentikan
- UGM-73 Poseidon (C3) – Dihentikan
- UGM-96 Trident I (C4) – Dihentikan
- UGM-133 Trident II (D5) – Beroperasi
- R-13 nama NATO SS-N-4 – Dihentikan
- R-21 nama NATO SS-N-5 – Dihentikan
- RSM-25[5] R-27 NATO name SS-N-6 – Dihentikan
- RSM-40[5] R-29 "Vysota", nama NATO SS-N-8 "Sawfly" – Dihentikan
- R-27K, nama NATO SS-NX-13 – direka untuk kegunaan anti-kapal, tidak pernah beroperasi[6]
- RSM-45 R-31 nama NATO SS-N-17 "Snipe"[5] – Dihentikan
- RSM-50[5] R-29R "Vysota", nama NATO SS-N-18 "Stingray" – Dihentikan
- RSM-52[5] R-39 "Rif", nama NATO SS-N-20 "Sturgeon" – Dihentikan
- RSM-54 R-29RM "Shtil", nama NATO SS-N-23 "Skiff" – Dihentikan (kapal terakhir kini sedang dibina semula kepada R-29RMU "Sineva")[7]
- RSM-54 R-29RMU "Sineva", nama NATO SS-N-23 "Skiff" – Beroperasi
- RSM-54 R-29RMU2 "Layner" – Beroperasi
- RSM-56 R-30 "Bulava", SS-NX-32[8] – Beroperasi
- UGM-27 Polaris (A3) dan Chevaline – Dihentikan
- UGM-133 Trident II (D5) – Beroperasi
- K-15 Sagarika[10] – Dibangunkan dan diuji. Menanti kapal selam kelas Arihant
- K-4[11] – Telah diuji, menanti pemasangan apda INS Arihant
- K-5 – Dalam pembangunan
Kegunaan bukan ketenteraan
[sunting | sunting sumber]Beberapa SLBM Rusia terdahulu telah ditukarkan kepada kenderaan pelancaran Volna dan Shtil' untuk melancar satelit-satelit – sama ada dari kapal selam atau dari tapak pelancaran di permukaan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Peluru berpandu balistik antara benua
- Perang nuklear
- Sistem pelancaran menegak
- Kapal selam peluru berpandu balistik
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Missiles 1963" Diarkibkan 2018-02-19 di Wayback Machine, Flight International, 7 November 1963: 752
- ^ Wade, Mark. "R-11". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh 23 April 2011.
- ^ Dygalo, V.A. "Start razreshaju (dalam bahasa Rusia)". Nauka i Zhizn'. Diperoleh 23 April 2011.
- ^ Polmar, Norman; White, Michael (2010). Project Azorian: The CIA and the Raising of the K-129. Naval Institute Press. m/s 21. ISBN 978-1-59114-690-2.
- ^ a b c d e Korabli VMF SSSR, Jil. 1, Bhg 1, Yu. Apalkov, Sankt Peterburg, 2003, ISBN 5-8172-0069-4
- ^ SS-NX-13 SLBM System (U), Defense Intelligence Agency, D5T-1020S-4l7-75, 1 Oktober 1975
- ^ "SSBN K-51 Verkhoturye arrived to Zvezdochka for repairs today". Rusnavy.com. 23 Ogos 2010. Dicapai pada 8 Oktober 2010.
- ^ NASIC-1031-0985-09
- ^ "JL-1 [CSS-N-3] – China Nuclear Forces". Fas.org. Dicapai pada 10 Februari 2012.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-09-23. Dicapai pada 2015-01-22.
- ^ 'INS Arihant' to sail on deterrent patrol after commissioning[pautan mati]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Video[pautan mati kekal] menunjukkan pelancaran SLBM Trident
- Inventori Teranggar Senjata Nuklear Strategik (September 2004)
- SLBM R-11