Pergi ke kandungan

Pemberontakan 8888

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Artikel berikut sebahagian dari siri
Sejarah Myanmar
Sejarah awal Burma
Bandar / Negeri Pyu (100 BC-840 AD)
Kerajaan Mon (Abad ke-9, ke-11, ke-13 hingga ke-16, ke-18)
Kerajaan Pagan (849-1287) Empayar Pertama
Ava (s. 1364-1555)
Kerajaan Pegu (sehingga 1752)
Dinasti Taungu (1486-1752) Empayar Kedua
Dinasti Konbaung (1753-1885) Empayar Ketiga
Perang Burma-Inggeris (1824-1852)
Arakan (selepas 1824)
Tenasserim (1824-1852)
Burma Hilir British (1852-1886)
Burma Hulu British (1885-1886)
Pemerintahan British di Burma (1886-1948)
Gerakan Nasionalis di Burma (selepas 1886)
Aung San
Penjajahan Jepun di Burma (1942-1945)
Burma pasca-merdeka, 1947-1962
U Nu and U Thant
Era Ketenteraan (1962-1989)
Ne Win
Pemberontakan 8888 (1988)
Aung San Suu Kyi
Era Ketenteraan II (1989-kini)
[edit this box]

Pemberontakan 8888 berlangsung di Yangon, Myanmar pada 8 Ogos 1988 dan berakhir pada 19 September 1988. Pemberontak yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti mahukan demokrasi selepas satu rampasan kuasa tentera berdarah. Selepas krisis itu, pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi menjadi ikon rakyat Myanmar.

Pemberontaan 8888 adalah pemberontakan terbesar pernah diadakan di Myanmar. Tercetus di bandar raya Yangon oleh para pelajar universiti dan kemudian disertai rakyat biasa dan para sami Buddha, kaki tangan kerajaan, tentera laut Myanmar, tentera udara, pegawai kastam, guru-guru dan kakitangan hospital.

Kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Ne Win telah digulingkan oleh pihak tentera . Pihak tentera telah melaksanakan pemerintahan ala tentera di bawah ketua komander, Jeneral Saw Maung. Bagi menyuraikan demonstrasi, tentera telah membunuh ribuan orang awam termasuk pelajar dan sami Buddha.

Sebelum kebangkitan 8888, Myanmar merupakan negara tertutup di bawah Jeneral Ne Win sejak 1972. Pada November 1985, pera pelajar telah bersama-sama boikot keputusan kerajaan berkaitan kertas mata wang Myanmar. 75,35 dan 25 kyat.

Mengikut kajian Institut Teknologi Rangoon (sekarang Universiti Teknologi Yangon), tentera telah membunuh aktivis pelajar bernama Phone Maw di hadapan bangunan utama universiti tersebut. Pembunuhan ini menyebabkan protes yang lebih besar bermula 8.8.88. Ne Win mengarahkan tentera menembak ke arah sesiapa yang berdemonstrasi.

Tatmadaw (Angkatan Tentera Myanmar) telah menembak para pelajar yang sedang berarak di Jambatan Merah. Jambatan itu dipenuhi dengan darah merah para pelajar.

Tidak kurang 300 penyokong NLD termasuk 200 pekerja parti dan 15 ahli parlimen telah ditangkap. Ramai lagi yang menyeberang ke sempadan Thailand.

Pada 1995, filem Beyond Rangoon telah diterbitkan. Filem ini berdasarkan kisah benar semasa kebangkitan pelajar itu terjadi.

Kini ramai rakyat Myanmar mengenang semula tragedi itu. Mereka membawa sepanduk 'Darah 8888, Bebaskan Myanmar'.