Pergi ke kandungan

Pengeboman Maraton Boston 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengeboman Maraton Boston 2013
Map
LokasiBoston, Massachusetts, Amerika Syarikat.
Koordinat42°20′59.2″N 71°04′44.1″W / 42.349778°N 71.078917°W / 42.349778; -71.078917Koordinat: 42°20′59.2″N 71°04′44.1″W / 42.349778°N 71.078917°W / 42.349778; -71.078917
Tarikh15 April 2013 (2013-04-15)
2:50 p.m. EDT (UTC-4)
Jenis serangan
Pengeboman
SenjataAlat letupan reka ganti Sunting ini di Wikidata
Kematian3
TercederaSekurang-kurangnya 144 orang[1]
PelakuTidak diketahui
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengeboman Maraton Boston 2013 berlaku pada 15 April 2013 apabila dua buah bom meledak semasa berlansungnya Maraton Boston pada kira-kira 2:50 p.m. EDT (18:50 UTC) di Boylston Street dekat Copley Square, berhampiran garisan penamat.[2] Letupan itu membunuh 3 orang manakala mencederakan sekurang-kurangnya 144 yang lain.[1] Setakat ini, belum ada saspek dinyatakan secara rasmi.[3] Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengumumkan bahawa Biro Penyiasatan Persekutuan menyiasat pengeboman ini sebagai satu tindakan keganasan.[4]

Pengeboman

[sunting | sunting sumber]
Peta menunjukkan tempat berlakunya ledakan pertama (kanan) dan kedua (kiri)

Dua buah bom yang dipisahkan dengan jarak 550 kaki (170 m) meledak lantas membunuh 3 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 144 yang lain.[1][5][6][7][8] Berdasarkan video yang dirakam berhampiran garisan penamat, sela di antara letupan pertama dan kedua ialah kira-kira 12 saat, ledakan pertama berlaku di luar Marathon Sports di 671 Boylston Street, manakala yang kedua berlaku di kira-kira seblok jauh dari garisan penamat.[1][9] Jam perlumbaan di garisan penamat menunjukkan 04:09:43 (4 jam, 9 minit, dan 43 saat sejak gelombang atau kumpulan pelari ketiga memulakan maraton) semasa letupan pertama.[10][11] Para pemenang telah pun melepasi garisan penamat lebih kurang dua jam lebih awal sementara pelari-pelari lain masih berusaha menamatkan larian mereka.[9] Tingkap-tingkap kedai berhampiran diterbangkan,[9] dan tingkap pada tingkat tiga Perpustakaan Awam Boston telah dirosakkan.[12] Pegawai-pegawai penguatkuasa berkata bahawa mereka percaya yang letupan-letupan ini adalah hasil ledakan bom buatan sendiri.[13][14][2] Tiada tanda-tanda serangan akan berlaku sebelum letupan.[2]

Tiga orang telah disahkan meninggal dunia, salah seorang daripadanya ialah seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, Martin Richard dari kejiranan Dorchester di Boston. Ibu dan kakaknya mengalami cedera parah selepas menyaksikan si bapa menamatkan lariannya.[15][16] Kebanyakan mangsa mendapat kecederaan bahagian bawah kaki dan luka serpihan, yang menandakan bahawa peranti letupan berada pada kedudukan rendah.[17]

Biro Penyiasatan Persekutuan yang menyiasat perkara ini bersama-sama Agensi Perisikan Pusat dan Pusat Pencegahan Keganasan Pusat,[18] menganggap pengeboman ini sebagai serangan pengganas, walaupun dalang sebenar belum dikenalpasti secara rasmi.[8][19]

  1. ^ a b c d Josh Levs; Monte Plott (16 April 2013). "Terrorism strikes Boston Marathon as bombs kill 3, wound scores". CNN.
  2. ^ a b c Levs, Josh (15 April 2013). "Deadly bombs strike Boston Marathon; authorities discover more bombs". CNN. Dicapai pada 15 April 2013.
  3. ^ "In Boston attack, a reminder of the difficulty in foiling terrorist plots". Washington Post. Dicapai pada 16 April 2013.
  4. ^ Liptak, Kevin (April 16, 2013). "Obama calls attack 'terror'". CNN. Dicapai pada April 16, 2013.
  5. ^ "Boston explosions: People warned to stay indoors". BBC News. 13 April 2013. Dicapai pada 15 April 2013.
  6. ^ Silva, Steve; Finucane, Martin (15 April 2013). "Explosions rock Boston Marathon finish line; dozens injured". The Boston Globe. Boston.com. Dicapai pada 15 April 2013. Missing |author2= (bantuan)
  7. ^ Winter, Michael (15 April 2013). "Deaths, injuries reported after Boston Marathon blasts". USA Today. Dicapai pada 15 April 2013.
  8. ^ a b Winter, Jana. "At least 2 dead, dozens injured after huge explosions rock Boston Marathon". Fox News Channel. Dicapai pada April 15, 2013.
  9. ^ a b c McClam, Erin (15 April 2013). "Explosions rock finish of Boston Marathon; 2 killed and at least 23 hurt, police say". NBC News. Dicapai pada 15 April 2013.
  10. ^ "Explosions at Boston Marathon Injure Dozens". National Post. 15 April 2013.
  11. ^ CNN video replay
  12. ^ "Boston Marathon Blasts Kill 3 and Maim Dozens". New York Times. Dicapai pada 15 April 2013.
  13. ^ Sherwell, Philip and Swain, John (15 April 2013). "Boston Marathon explosions: two dead, 23 injured as 'bombs' hit race finish line". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-21. Dicapai pada 15 April 2013.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  14. ^ Maresca, Cara. "Patriots' Day: Waco, Oklahoma City, Columbine, and now Boston". MSNBC. Dicapai pada 16 April 2013.
  15. ^ Arsenault, Mark (April 15, 2013). "Three killed, more than 100 injured in marathon blast". Boston Globe. Dicapai pada April 16, 2013.
  16. ^ "3 Dead, At Least 130 Hurt In Explosions At Boston Marathon Finish Line". CBS Boston. April 15, 2013.
  17. ^ "FBI takes over investigation, seeking suspects, motives in Boston bombings". CFN13. Dicapai pada April 16, 2013.
  18. ^ "Investigators scour video, photos for Boston Marathon bomb clues". Global Post. Thomson Reuters date=April 15, 2013 Missing pipe in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: postscript (link)
  19. ^ Goldman, Russell (April 15, 2013). "LIVE UPDATES: Boston Marathon Explosion". ABC News. Dicapai pada April 15, 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]