Pergi ke kandungan

Pengepungan Malta (Perang Dunia II)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengepungan Malta
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean dan Timur Tengah Perang Dunia II

Anggota perkhidmatan dan orang awam membersihkan runtuhan bangunan dari Kingsway di Valletta pada 1942
Tarikh11 Jun 1940 – 20 November 1942
(2 tahun, 5 bulan, 1 minggu dan 2 hari)[1]
Lokasi
Keputusan Kemenangan Pihak Bersekutu
Pihak yang terlibat

 United Kingdom

 Australia
 Kanada
 India
New Zealand
 Afrika Selatan

Itali
 Jerman Nazi
Komandan dan pemimpin
United Kingdom Andrew Cunningham
United Kingdom William Dobbie
United Kingdom Hugh Lloyd
United Kingdom Keith Park
Jerman Nazi Hans Geisler
Jerman Nazi Albert Kesselring
Jerman Nazi Martin Harlinghausen
Francesco Pricolo
Kekuatan
716 pesawat pejuang di sepanjang kempen[2] s. 2,000 pesawat di sepanjang kempen
Kerugian dan korban
369 pesawat pejuang (udara)
64 pesawat pejuang (darat)[2]
1 Kapal tempur[3]
2 kapal induk[3]
4 kruiser[4]
19 kapal pembinasa[4]
38 kapal selam[3]
2,301 laskar udara terbunuh atau cedera[5]
30,000 bangunan musnah atau rosak[6]
1,300 orang awam terkorban[6]
357 pesawat Jerman
175 pesawat Itali[2]
72 peratus armada pengangkut Tentera Laut Itali musnah
23 peratus armada dagang Paksi musnah[7]
2,304 kapal dagang tenggelam[8]
17,240 terbunuh di laut[9]
~50 U-boot Jerman (dalam keseluruhan MTO)[3]
kapal selam Itali hilang ~16[3]

Pengepungan Malta dalam Perang Dunia II adalah satu kempen ketenteraan di Kancah Mediterranean. Dari Jun 1940 hingga November 1942, pertempuran untuk menguasai pulau strategik Jajahan Mahkota Malta British ini membabitkan tentera udara dan tentera laut Fasis Itali dan Jerman Nazi melawan Tentera Udara Diraja (RAF) dan Royal Navy.

Pembukaan medan baru di Afrika Utara pada Jun 1940 meningkatkan nilai Malta yang sangat tinggi. Tentera udara dan laut British yang berpangkalan di pulau itu dapat menyerang kapal-kapal tentera Paksi yang mengangkut bekalan-bekalan utama dan bantuan tentera dari Eropah; Churchill menamakan pulau ini sebagai "kapal induk yang tak boleh tenggelam".[10] Jeneral Erwin Rommel, panglima perang de facto tentera Paksi di Afrika Utara, dengan cepat mengakui kepentingannya. Pada Mei 1941, beliau memberi amaran bahawa "Tanpa Malta penguasaan Paksi akan hilang di Afrika Utara".[1]

Pihak Paksi memutuskan untuk mengebom atau membuat Malta kebuluran sehingga ia menyerah, dengan menyerang pelabuhan, bandar, kota raya, dan kapal-kapal Pihak Bersekutu yang membekalkan pulau itu. Malta merupakan salah sebuah kawasan yang paling teruk di bom semasa peperangan. Luftwaffe (Tentera Udara Jerman) dan Regia Aeronautica (Tentera Udara Diraja Itali) menerbangkan sejumlah 3,000 pengeboman, menggugurkan 6,700 tan bom ke atas kawasan Grand Harbour sahaja,[11] selama dua tahun dalam usaha menghancurkan pertahanan RAF dan pelabuhan.[12] Kejayaan akan memungkinkan gabungan pendaratan amfibia (Operasi Herkules) Jerman–Itali yang disokong oleh pasukan airborne (Fallschirmjäger) Jerman, tetapi ini tidak berlaku. Akhirnya, konvoi Sekutu dapat membekal dan memperkuatkan Malta, sambil RAF mempertahankan ruang udaranya, walaupun menanggung kos yang tinggi dari segi materiel dan nyawa. Pada November 1942 pihak Paksi kalah dalam Pertempuran El Alamein Kedua, dan tentera Bersekutu mendarat di Maghribi Perancis Vichy dan Algeria dibawah Operasi Torch. Pihak Paksi mengalihkan ketumbukan mereka ke Pertempuran Tunisia, dan serangan ke atas Malta dikurangkan. Kepungan tersebut tamat sepenuhnya pada November 1942.[1]

Pada Disember 1942, tentera udara dan laut yang beroperasi dari Malta beralih ke ofensif. Menjelang Mei 1943, mereka telah menenggelamkan 230 kapal Paksi dalam masa 164 hari, kadar kejayaan tertinggi Sekutu dalam peperangan.[13] Kemenangan pihak Bersekutu di Malta memainkan peranan besar dalam kejayaan Bersekutu di Afrika Utara.

  1. ^ a b c Taylor 1974, m/s. 182.
  2. ^ a b c Bungay 2002, m/s. 64.
  3. ^ a b c d e Spooner 1996, m/s. 5.
  4. ^ a b Spooner 1996, m/s. 3.
  5. ^ Spooner 1996, m/s. 8.
  6. ^ a b Spooner 1996, m/s. 11.
  7. ^ Bungay 2002, m/s. 66.
  8. ^ Spooner 1996, m/s. 343.
  9. ^ Spooner 1996, m/s. 326.
  10. ^ Nora Boustany (July 13, 2001). "The Consummate Diplomat Wants Malta on the Map". The Washington Post. Dicapai pada 6 July 2017.
  11. ^ "BBC – WW2 People's War – MALTA – WORLD WAR II". www.bbc.co.uk. Dicapai pada 2019-05-06.
  12. ^ Holland 2003, m/s. 417.
  13. ^ Spooner 1996, m/s. 337.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Malta topics