Perimeter
Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah (seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan) [1]. Ia berasal dari perkataan Greek peri (keliling) dan meter (hitung). Perimeter boleh digunakan samada untuk laluan atau panjang – ia boleh dianggap sebagai panjang ukur lilit sesuatu bentuk. Perimeter untuk bulatan dipanggil lilitan.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Perimeter boleh diaplikasikan dalam banyak bidang, contohnya untuk mengira panjang pagar yang diperlukan untuk mengelilingi laman atau taman. Perimeter untuk satu roda (lilitannya) adalah bersamaan seberapa jauh ia membuat satu pusingan lengkap. Jadi, jumlah panjang tali untuk sesebuah gelendong (digunakan untuk mata kail, sauh kapal) adalah sangat berkait rapat dengan perimeter gelendong itu sendiri.
Rumus
[sunting | sunting sumber]bentuk | rumus | pemboleh ubah |
---|---|---|
bulatan | di mana ialah radius. | |
segi tiga | di mana , dan adalah panjang sisi segi tiga. | |
segi empat sama | di mana ialah panjang sisi | |
segi empat tepat | di mana ialah panjang dan ialah lebar | |
poligon sama sisi | di mana ialah jumlah sisi dan ialah panjang satu dari sisi-sisinya. | |
poligon biasa | di mana ialah jumlah sisi dan ialah jarak antara pusat poligon dan salah satu bucunya. | |
poligon umum | di mana ialah panjang sisi ke- (pertama, kedua, ketiga ... ke-n) bagi poligon bersisi n (jumlah sisi). |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kamus Bahasa Melayu – Perimeter". Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dicapai pada 2010-10-29.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.