Persekutuan Revolusi Armenia
Persekutuan Revolusi Armenia (ARF atau ՀՅԴ) (Bahasa Armenia: Հայ Յեղափոխական Դաշնակցութիւն — Hay Heghapokhakan Dashnaktsutiun atau Hay Heghapokhagan Tashnagtsutiun, Դաշնակ — Dashnak atau Tashnag) adalah parti politik Armenia yang ditubuhkan di Tbilisi di Georgia pada tahun 1890 oleh Christapor Mikaelian, Stepan Zorian, dan Simon Zavarian.[1] Parti ini beroperasi di Armenia serta dalam masyarakat diaspora bangsa Armenia di seluruh dunia termasuk di Lubnan dan Republik Nagorno-Karabakh.[2][3]
Ia dianggap sebagai pertubuhan paling terunggul diketahui dalam diaspora tersebut dengan sumbangan yang banyak terhadap pembinaan sekolah-sekolah, pusat masyarakat dan persatuan khusus untuk masyarakat itu di seluruh dunia.[4]
Ideologi
[sunting | sunting sumber]Ia mempunyai beberapa matlamat utama:
- Menubuhkan suatu negara Armenia yang merdeka, bebas dan disatukan merangkumi kawasan yang dikhususkan untuk bangsa itu menurut Perjanjian Sèvres termasuk kawasan Artsakh, Javakhk dan Nakhichevan.[5]
- Pengiktirafan serta pengecaman terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Armenia yang dilakukan kerajaan Uthmaniyah, pengembalian tanah yang diduduki serta ganti rugi seadilnya.[5]
- Kembalinya masyarakat diaspora Armenia ke tanah asal Armenia Raya yang disatukan.[5]
- Memerkasakan pendirian kenegaraan Armenia, penerapan demokrasi dalam institusi pemerintah serta memastikan keadaan ekonomi rakyat dalam keadaan baik, dan, penubuhan keadilan sosial serta suatu republik demoktratik dan sosialis di Armenia.[5]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Catatan kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ "Armenian Revolutionary Federation Founded, Armenian history timeline". Dicapai pada 2006-12-25.
- ^ "Tachnaq party holds 2 seats in Lebanese National Assembly" (PDF). Dicapai pada 2006-12-30.
- ^ "ARF among parties running in NKR elections". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-03. Dicapai pada 2007-01-03.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAZG Armenian Daily
- ^ a b c d "Goals of the Armenian Revolutionary Federation". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2007. Dicapai pada 29 Disember 2006. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)