Pergi ke kandungan

Poecilia sphenops

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Molly
Jantan ikan molly
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cyprinodontiformes
Keluarga: Poeciliidae
Genus: Poecilia
Spesies:
P. sphenops
Nama binomial
Poecilia sphenops
(Valenciennes, 1846)
Sinonim[2]
  • Mollienisia sphenops (Valenciennes, 1846)
  • Poecilia thermalis Steindachner, 1863
  • Gambusia modesta Troschel, 1865
  • Gambusia plumbea Troschel, 1865
  • Poecilia chisoyensis Günther, 1866
  • Poecilia dovii Günther, 1866
  • Poecilia spilurus Günther, 1866
  • Platypoecilus mentalis Gill, 1877
  • Poecilia boucardii Steindachner, 1878
  • Platypoecilus nelsoni Meek, 1904
  • Platypoecilus tropicus Meek, 1907
  • Poecilia tenuis Meek, 1907
  • Poecilia spilonota Regan, 1908
  • Poecilia caudata Meek, 1909
  • Mollienesia macrura Hubbs, 1935
  • Mollienesia vantynei Hubbs, 1935
  • Mollienesia altissima Hubbs, 1936
  • Mollienesia pallida de Buen, 1943
  • Lembesseia parvianalis Fowler, 1949
  • Poecilia vetiprovidentiae Fowler, 1950

Poecilia sphenops ialah spesies ikan yang bernama biasa ikan molly.

Ada spesies genus Poecilia yang lain yang juga dipanggil "ikan molly"; untuk membezakannya, P. sphenops kadang-kadang dipanggil molly bersirip pendek atau molly biasa.

Ciri-Ciri

[sunting | sunting sumber]

Spesies ini mendiami sungai air tawar, air payau, dan air masin dari pantai Mexico ke Colombia.[3] Ikan liar adalah kusam dan berwarna keperakan, tetapi lepas pemilihan buatan ada beberapa variasi yang berwarna terang. Di alam liar, ikan molly omnivor; pemakanannya termasuk biji, serangga, krustasea dan makanan kecil lain.[3]

Ikan molly lebih besar daripada ikan keluarga Poeciliidae yang lain; ikan jantan boleh dapat kepanjangan 8cm (3.2″) dan yang betina boleh dapat 12cm (4.8″).

Berbeza daripada kebanyakan ikan lain, ikan molly adalah ovovivipar. Daripada bertelur di tempat terbuka, telur ikan molly menetas di dalam badan betina, hanya lepas ini betina melahirkan anak yang telah terbentuk sepenuhnya. Oleh sebab ini, sirip dubur jantan terbentuk gonopodium yang membolehkan sperma mencapai telur di dalam betina.

Ikan molly sering dijual seperti ikan peliharaan hias, tetapi ada penggemar akuarium yang memperhatikan keagresifannya; sebaliknya ikan platy adalah lebih jinak.

Pemilihan buatan telah mencipta beberapa variasi ikan molly dengan warna dan bentuk badan yang berbeza. Contohnya:

  • Moli bersirip pendek atau molly biasa: Variasi liar, yang berwarna keperakan dan hijau, sebenarnya jarang dinampak dalam akuarium hias oleh sebab warna kusamnya. Warna-warni yang lain boleh didapati.
  • Molly hitam: Ini ialah baka melanistik yang berwarna hitam di seluruh badan. Molly hitam merupakan ikan hias yang paling terkenal, dan hampir semudah dipelihara seperti ikan gupi.
  • Molly gelembung: Ikan ini mempunyai tulang belakang yang cacat oleh sebab kecacatan genetik. Melalui pembiakan terpilih kini ia boleh didapati secara meluas. Molly gelembung masih boleh membiak sama dengan ikan lain, tetapi ia telah mendapat kontroversi kerana kepercayaan bahawa kecacatannya memberikan jangka hayat yang dipendekkan dan masalah kesihatan.
  • Molly ekor kecapi: Baka ini mempunyai struktur sirip ekor yang serupa kecapi.
  1. ^ Matamoros, W.A. (2019). "Poecilia sphenops". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T191753A2002434. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-2.RLTS.T191753A2002434.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2019). "Poeclia sphenops" di FishBase. versi August 2019.
  3. ^ a b "Poecilia sphenops". CABI Compendium. 2022-01-07. Dicapai pada 2024-06-14.