Pontifex Maximus
Topik-topik Kerajaan Rom | |
---|---|
Kemaharajaan Rom | |
Republik Rom | |
Empayar Rom | |
Prinsipat | Dominat |
Empayar Barat | Empayar Timur |
Penghulu biasa (magistratus ordinarius) | |
|
|
Penghulu luar biasa (magistratus extrordinarius) | |
Jawatan, gelaran, dan gelaran kehormat | |
Politik dan undang-undang: | |
Pontifex Maximus (bahasa Latin untuk "ketua paderi agung") ialah satu jawatan keagamaan dimana penyandangnya merupakan pengerusi kolej pontifices atau paderi. Mereka adalah bertanggungjawab terhadap semua kultus di Republik Rom dan juga kultus yang tidak mempunyai kolej kepaderian. Jawatan ini adalah seumur hidup dan peranan mereka yang utama ialah untuk memastikan pax deorum, atau keharmonian dengan Dewa-dewa. Untuk mencapai matlamat tersebut, mereka perlu memberi nasihat kepada para majistret, menterjemahkan pelbagai petanda, mengawal kalendar serta mengawasi pengkebumian orang awam. Seorang pontifex maximus adalah bertanggungjawab mengumpul koleksi besar petanda-petanda (annales maximi); setiap tahun agar generasi masa hadapan boleh memahami petanda dewa telah lebih jelas lagi. Sehingga kehari ini, Paus Rom dikenali sebagai Pontifex Maximus.