Pergi ke kandungan

Ptah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ptah
dalam hieroglif
p
t
H
Ptah

Dalam mitologi Mesir, Ptah (juga dieja Peteh) merupakan sembahan bagi timbunan kuno kosmogoni Ennead, yang secara harfiahnya dirujuk sebagai Ta-tenen (juga dieja Tathenen), bermaksud tanah yang timbul, atau Tanen, bermaksud tanah yang tenggelam.

Dikatakan (dalam Batu Shabaka) bahawa Ptah yang menyeru dunia untuk hidup, bermimpikan ciptaan itu, dan menyebutnya, namanya bermaksud pembuka iaitu dalam kisah ini pembuka mulut. Malah, peristiwa pembukaan mulut, seperti yang dijalankan oleh para paderi ketika pengkebumian untuk melepaskan jiwa dari mayat mereka, dikatakan dicipta oleh Ptah. Atum dikatakan dicipta oleh Ptah untuk memerintah semua ciptaan, duduk di atas timbunan kuno.

Dalam kesenian, dia ditampilkan sebagai mumia berjanggut, sering memakai penutup tengkorak, dengan tangannya memegang ankh, was, dan djed, simbol kehidupan, kuasa dan kestabilan. DIkatakan juga Ptah menjelmakan dirinya dalam lembu Apis.

Di Memphis, Ptah disembah dan dilihat bersama sebagai bapa Atum, atau lebih kepada bapa Nefertum, Atum yang lebih muda. Apabila kepercayaan tentang Ennead dan Ogdoad dipakai, dan Atum dikenalpasti sebagai Ra (Atum-Ra), dirinya dilihat sebagai Horus (Ra-Herakhty), ini membawa kepada Ptah yang dikatakan berkahwin dengan Sekhmet, pada ketika itu dikatakan rupa awal Hathor, ibu Horus, atau Atum.

Tampilan Stucco akan rupa Ptah dengan tongkat dan ankh bersama djed.

Memandangkan Ptah adalah timbunan kuno, dan telah mnyeru kepada penciptaan makhluk, dia dikatakan dewa penciptaan atau pertukangan, dan dalam hal tertentu, dewa hasil pertukangan batu. Kemudian, disebabkan kaitannya dengan makam, dan di Thebes, para tukang amat menghormatinya dan mengatakan dia mengawal nasib mereka. Lalu, setelah berkembang dari kalangan para penukang, penduduk mula menganggap yang Ptah juga dewa kelahiran semula. Memandangkan Seker juga dewa pertukangan dan kelahiran semula, Seker digabungkan dengan Ptah menjadi Ptah-Seker.

Ptah-Seker kemudiannya menjadi perwakilan matahari ketika malam, memandangkan matahari "dilahirkan semula" ketika ini, dan Ptah berada di balik bumi. Selepas itu, Ptah-Seker dianggap sebagai sembahan dunia akhirat dan menjelang Kerajaan Pertengahan, Ptah digabungkan dengan Osiris, raja dunia akhirat, lalu menjadi Ptah-Seker-Osiris.

Legenda mengatakan yang masyarakat Mesir purba percaya dengan menyebut nama Ptah akan memberikan pasangan mereka kesuburan.

Asal nama

[sunting | sunting sumber]

Nama asal Ptah dalam bahasa Mesir purba dibina untuk menyebut *Pitáḥ berdasarkan namanya dalam hieroglif, ptḥ, dan digunakan dalam bahasa Koptik sebagai Ptah, seperti yang tertulias dalam Inggeris. Nama itu juga dipinjam ke Yunani sebagai Φθα Phtha.