Publisiti
Publisiti atau seranta ialah teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu, biarpun barang, perkhidmatan, syarikat dan sebagainya.[1] Ia juga maklumat yang disebarkan untuk menarik perhatian umum, biasanya tetapi bukan setiap masa menerusi media. Subjek seranta termasuk orang dalam bidang kepentingan awam, hasil, keluaran, perkhidmatan, perbadanan, dan hasil kerja seni atau hiburan.
Seorang pegawai seranta ialah seseorang yang ditugaskan untuk mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara perbadanan yang dianggotainya dengan orang ramai.[2] Ini boleh dilakukan dari dalam, tanpa menggunakan media popular. Dari segi pemasaran, seranta merupakan satu komponen promosi pemasaran. Unsur lain campuran promosi ialah pengiklanan, promosi jualan, dan pemasaran langsung dan penjualan bersemuka.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Seranta datang daripada bahasa Pali "saranta"[3][4] yang bermaksud "ingat" atau "berlalu" dalam bentuk partisipel kini, mungkin daripada pengaruh orang beragama Buddha pada zaman dahulu. Namun, perkataan ini juga muncul dalam perbendaharaan kata Sanskrit dan ditakrifkan dalam Kamus Sansekerta Indonesia oleh Dr. Purwadi sebagai "sabar".[5]
Publisiti ialah kata serapan Inggeris "publicity" yang bermaksud "keawaman". Perkataan publicity pula diserap daripada bahasa Perancis publicité, daripada Latin Pertengahan publicitatem, daripada Latin publicus.[6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pengamalan seranta bermula di Paris, di mana industri beli-belah, pelancongan dan hiburan bertemu media cetakan komersial dan industri penerbitan yang berkembang. Di perbandaran, gambaran penggunaan dan identiti pengguna baharu disebarkan melalui iklan. La Maison Aubert membentuk disiplin seranta yang muncul itu. Pada awal abad ke-19, kempen iklan dan seranta di Paris untuk barangan pengguna, seperti selendang kasymir, dan peruncit seperti pembuat minyak wangi menarik perhatian pengawalan ke atas pemposteran bebas.[7]
Publisiti negatif
[sunting | sunting sumber]Publisiti juga boleh menerbitkan kesan negatif terhadap orang yang dimasyhurkan. Salah satu faktor-faktor paling utama dalam mempengaruhi seseorang untuk membeli suatu produk ialah cara seseorang atau sesebuah organisasi mengawal publisiti negatif. Publisiti ini mampu memberikan kerugian besar dalam pendapatan sesebuah perniagaan.[8] Ini juga boleh berperanan dalam merosakkan persepsi seseorang terhadap suatu jenama atau produknya.[8][9] Nilai kredibiliti dan pengaruh besar publisiti negatif berbanding gaya komunikasi lain memainkan peranan dalam kesan kerosakan terhadap imej korporat. Krisis-krisis dalam suatu organisasi boleh juga membawa kepada publisiti negatif.[10]
Jangkauan media yang meluas, baik jenis tradisional mahupun baharu memberikan peluang kepada sesebuah masyarakat untuk memasarkan produk mereka, tetapi ini mengurangkan kebolehan mereka untuk menguruskan publisiti negatif.[9] Pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat ialah satu cara untuk melindungi atau menerbalikkan imej yang tercemar, dan seeloknya dilakukan secara lebih awal untuk mengelakkan salah faham niat pelaksanaan dalam kalangan pengguna.[11]
Walaupun begitu, publisiti negatif tidak selalunya memberi kesan buruk. Syarikat atau individu yang kurang dikenali mungkin menggunakan publisiti negatif untuk membina jenama peribadi dalam kalangan orang ramai.[12] Ada kemungkinan bahawa publisiti negatif dapat menerima lebih banyak perhatian berbanding dengan publisiti positif.[8] Di samping itu, publisiti negatif juga mampu mengembangkan minat dalam kalangan pengguna, dan pengguna yang memberi persepsi kukuh terhadap suatu jenama tidak berkemungkinan terkesan dengan publisiti negatif yang diperoleh.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ publisiti. (t.t.) Dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dipetik 3 Jun 2020.
- ^ seranta. (t.t.) Dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dipetik 3 Jun 2020.
- ^ Saranta. (2018, 17 Mei). Wisdom Library. Dicapai 3 Jun 2020.
- ^ Mahathera, A. A. B., & Aggamahapandita, A. P. (2002). Concise Pali-English Dictionary. ISBN 9788120806054. m/s 289.
- ^ Purwadi, M. (2008). Kamus Sansekerta Indonesia. Budaya Jawa.
- ^ publicity (t.t.). Dalam Online Etymology Dictionary. Dicapai 3 Jun 2020.
- ^ Hazel Hahn, H. (2009). Scenes of Parisian Modernity: Culture and Consumption in the Nineteenth Century. Springer. m/s 8. ISBN 9780230101937.
- ^ a b c Ahluwalia, R.; Burnkrant, R.; Unnava, H. (2000). "Consumer Response to Negative Publicity: The Moderating Role of Commitment". Journal of Marketing Research. 37 (2): 203–214. doi:10.1509/jmkr.37.2.203.18734.
- ^ a b c Monga, A.; John, D. (2008). "When does negative brand publicity hurt? The moderating influence of analytic versus holistic thinking". Journal of Consumer Psychology. 18 (4): 320–332. doi:10.1016/j.jcps.2008.09.009.
- ^ Dean, D (2004). "Consumer Reaction to Negative Publicity: Effects of Corporate Reputation, Response, and Responsibility for a Crisis Event". Journal of Business Communication. 41 (2): 192–211. doi:10.1177/0021943603261748.
- ^ Vanhamme, J.; Grobben, B. (2008). "Too Good to be True!". The Effectiveness of CSR History in Countering Negative Publicity" (PDF). J Bus Ethics. 85 (S2): 273–283. doi:10.1007/s10551-008-9731-2.
- ^ Berger, J.; Sorensen, A.; Rasmussen, S. (2010). "Positive Effects of Negative Publicity: When Negative Reviews Increase Sales". Marketing Science. 29 (5): 815–827. doi:10.1287/mksc.1090.0557.