Pergi ke kandungan

Regina Spektor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Regina Spektor
Regina Spektor di New York pada April 2011
Latar belakang
Nama asalRegina Ilyinichna Spektor
Kelahiran (1980-02-18) 18 Februari 1980 (umur 44)
Moscow, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet
Berasal dariNew York, A.S.
GenreAnti-folk, indie folk, baroque pop, jaz, indie pop
PekerjaanPenyanyi, penulis lirik, penerbit rakaman
InstrumenVokal, piano, gitar, gitar bes
Tahun aktif2001–kini
Syarikat rakaman
Sire/Warner Bros. Records
Pengkarya berkait
Only Son, Sondre Lerche, Ben Folds, Kill Kenada, The Strokes, Dufus
Laman sesawang
http://www.reginaspektor.com
Alat muzik terkenal
Piano Steinway & Sons
Gitar Epiphone Wildkat
Tandatangan Regina Spektor

Regina Ilyinichna Spektor (Rusia: Реги́нa Ильи́нична Спе́ктор, IPA: [rʲɪˈɡʲinə ˈspʲɛktər]; /rˈnə ˈspɛktər/; dilahirkan pada 18 Februari 1980) merupakan seorang pemain piano, penyanyi, dan penulis lirik warganegara Amerika. Beliau dipengaruhi oleh suasana muzik anti-folk sekitar East Village di New York.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Moscow, Kesatuan Soviet, pada tahun 1980 melalui keluarga Rusia-Yahudi. Bapanya, Ilya Spektor, merupakan seorang jurugambar dan pemain violin amatur manakala ibunya, Bella Spektor, adalah seorang profesor muzik di sebuah kolej muzik Soviet. Kini, ibunya mengajar di sekolah rendah awam di Mount Vernon, New York.[1] Beliau mempunyai seorang abang bernama Boruch (Bear), yang pernah menjayakan salah satu lagu "* * *", atau "Whisper" melalui album Soviet Kitsch.

  1. ^ "Soundcheck (2004-11-18) "Hot Hot Hot"". New York Public Radio.