Pergi ke kandungan

Rodeo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
American Rodeo
Kuda mendompak di acara rodeo di Calgary
Badan induk tertinggiProfessional Rodeo Cowboys Association
Pertama kali dimainkan1869
Ciri-ciri
Jantina bercampurYa
JenisDalam atau luar bangunan

Rodeo merupakan sukan kompetitif yang lahir daripada amalan pekerjaan gembala lembu di Sepanyol, Mexico dan selanjutnya Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan dan Australia. Rodeo berasaskan kemahiran yang diperlukan bagi vaquero dan selanjutnya koboi di kawasan yang kini merupakan negara Amerika Syarikat barat, Kanada barat, dan Mexico utara. Kini, rodeo merupakan temasya kesukanan yang terdiri daripada acara-acara yang melibatkan kuda dan lain-lain ternakan yang direka untuk menguji kemahiran dan kepantasan para peserta koboi. Temasya rodeo profesional umumnya terdiri daripada acara-acara yang berikut: tanjul anak lembu, tanjul beregu, gusti lembu kasi, tunggang dompak, tunggang lembu dan lumba tong. Sesetengah pertubuhan penaung dan tempat juga membolehkan acara-acara lain dalam temasya rodeo seperti tanjul lepas, ikat kambing, atau celah-celah tiang may also be a part of some rodeos.

Rodeo yang kini popular sekali di wilayah Alberta di Kanada dan seluruh rantau barat Amerika Syarikat, merupakan sukan negeri rasmi Wyoming, South Dakota, dan Texas. Gambar lambang siluet "Bucking Horse and Rider" (kuda mendompak dan penunggang) merupakan cap dagang daftaran negeri dan persekutuan di Negeri Wyoming.[1]

Di Amerika Utara, rodeo profesional ditadbir dan dibolehkan oleh Professional Rodeo Cowboys Association (PRCA) dan Women's Professional Rodeo Association (WPRA), sementara pertubuhan-pertubuhan lain mentadbir rodeo untuk kanak-kanak, sekolah tinggi, kolej dan warga mas. Juga terdapat pertubuhan untuk Pribumi Amerika dan lain-lain golongan minoriti. Musim pertandingan rodeo biasanya dari musim bunga hingga musim luruh, sementara litar rodeo profesional moden dianjurkan dengan lebih lama dan berakhir dengan PRCA National Finals Rodeo (NFR) di Las Vegas, Nevada, now held in December.

Rodeo telah menimbulkan tentangan daripada para pendukung hak asasi haiwan dan kebajikan haiwan yang mendakwa bahawa pertandingan rodeo merupakan penganiayaan haiwan. Industri rodeo AS telah melangkah maju dalam memperbaiki kebajikan haiwan rodeo dengan syarat-syarat tertentu untuk penjagaan veterinar dan lain-lain peraturan yang melindungi haiwan rodeo. Namun begitu, rodeo tetap ditentang oleh beberapa pertubuhan kebajikan haiwan di AS dan Kanada. Sesetengah kerajaan tempatan dan negeri di Amerika Syarikat telah mengharamkan atau menyekat temasya rodeo, sesetengah acara rodeo atau kelengkapan tertentu. Rodeo juga diharamkan di United Kingdom dan Belanda,[2] sementara negara-negara Eropah lain turut mengenakan sekatan terhadap amalan-amalan tertentu.

Asal-usul nama

[sunting | sunting sumber]

Istilah "rodeo" diserap terus dari bahasa Sepanyol iaitu rodeo (Sebutan Sepanyol: [roˈðe.o]) yang bermaksud "tindakan menghimpunkan (sesuatu)."

Istilah Sepanyol itu terbit dari rodear, bererti "mengepung" atau "mengelilingi," digunakan untuk memaksudkan "kandang lembu di pesta atau pasar," berasal dari bahasa Latin iaitu rota atau rotare, yang bermaksud "berputar" atau "berjalan keliling".[3][4]

Acara persaingan

[sunting | sunting sumber]
Lumba tong

Acara bermasa

[sunting | sunting sumber]
Tanjul berpasukan: si lembu kasi ditanjul oleh si ketua sementara pengikutnya sedang mencuba lemparan tanjul.

Pertandingan tanjul berasaskan tugas seorang koboi yang menangkap lembu baik anak mahupun dewasa untuk tujuan menanda selar, rawatan perubatan dan sebagainya. Si koboi mesti melemparkan tali bergelung yang dikenali sebagai tanjul, riata atau reata, atau laso, ke atas kepala seekor anak lembu atau kepada tanduk atau di keliling kaki belakang lembu dewasa, lalu mengekang lembu itu secara yang ditentukan oleh besar badan dan umurnya.

  • Tanjul anak lembu (calf roping) atau tanjul ikat (tie-down roping) berasaskan kerja ladang di mana anak lembu ditanjul untuk ditanda selar, dirawat, atau lain-lain tujuan. Acara ini adalah acara bermasa rodeo yang tertua.[5] Si koboi menangkap seekor anak lembu yang berlari pada lehernya dengan tanjul tali, lalu kudanya berhenti dan menahan tali sementara si koboi turun, bergegas ke arah si anak lembu, menghempaskannya dan mengikat tiga batang kakinya sekali. (Jika si anak lembu tersungkur ketika ditanjul, maka si koboi mesti menunggu masa untuk si anak lembu bangun balik supaya koboi boleh menghempaskannya kembali.) Si kuda berperanan menahan si anak lembu pada talinya. Kuda penanjul anak lembu yang cukup terlatih akan berundur dengan perlahan sementara si koboi mengikat si anak lembu, supaya tali tanjulnya ketat.
  • Tanjul lepas (breakaway roping) adalah sebentuk acara tanjul anak lembu yang menggunakan tanjul yang sangat pendek dan diikat longar pada tanduk pelana dengan benang dan sehelai panji-panji. Apabila si anak lembu ditanjul di lehernya, si kuda berhenti, tali berpanji-panji itu terputus dari pelana, dan si anak lembu mencabut lari tanpa dihempaskan atau diikat. Di hampir seluruh Amerika Syarikat, acara ini khusus buat wanita dan kanak-kanak lelaki bawah umur 12 tahun. Di tempat-tempat yang melarang acara tanjul ikat anak lembu yang biasa, kedua-dua lelaki dan wanita bertanding dalam acara tanjul lepas.
  • Tanjul beregu (team roping) adalah satu-satunya acara rodeo yang mana lelaki dan wanita bertanding bersama. Dua orang pemain menangkap lalu mengekang seekor lembu kasi yang dewasa. Sepasang kuda dengan penunggang, iaitu "header" (ketua) menanjul tanduk si lembu yang berlari, sementara sepasang kuda dan penunggan yang satu lagi iaitu "heeler" (pengikut) menanjul kaki-kaki belakang si lembu. Setelah si lembu tertawan, kedua-dua penunggang saling bersemuka sambil menarik si lembu perlahan-lahan di antara mereka supaya ia hilang imbangan lalu terbaring. Teknik ini berasal dari kaedah menangkap dan menahan lembu untuk tujuan rawatan di ladang.

Acara bermasa lain

[sunting | sunting sumber]
  • Lumba tong (barrel racing) merupakan acara bermasa yang menguji kelajuan dan ketangkasan. Dalam lumba tong, si kuda bersama penunggangnya menderap di kitar tong-tong yang tersusun dalam corak bentuk kelawar, melakukan belokan yang tangkas tanpa menumbangkan tong tersebut.[6] Dalam temasya rodeo profesional, kolej dan sekolah tinggi, lumba tong hanya disertai oleh wanita, tetapi kadang-kadang lelaki turut bertanding dalam pertandingan O-Mok-See.
Gusti lembu kasi
  • Gusti lembu kasi (steer wrestling atau Bulldogging) merupakan acara rodeo yang mana si penunggang melompat turun dari kudanya ke atas seekor lembu kasi Corriente lalu bergelut dengannya hingga terhempas dengan memegang tanduknya. Ini barangkalinya merupakan acara yang paling membahayakan badan dan nyawa bagi si koboi yang berdepan dengan risiko tinggi terlompat dari kuda yang berlari tetapi terlepas si lembu, ataupun dihempap oleh si lembu yang terhempas, lebih-lebih lagi dengan tusukan tanduk.
  • Ikat kambing (goat tying) lazimnya merupakan acara untuk wanita atau kanak-kanak berumur pra-remaja; yang mana si kambing dipancang sementara si penunggang di atas kudanya bergegas ke arah si kambing, turun kuda, mengambil si kambing, menghempaskannya dan mengikatnya seperti mana dengan anak lembu. Si kuda mesti tidak menyentuh si kambing atau tali penambatnya. Acara ini direka untuk mengajar penunggang kanak-kanak atau berbadan kecil asas-asas mengikat anak lembu tanpa memerlukan kemahiran menanjul haiwan yang lebih rumit. Acara ini tidak terangkum dalam pertandingan profesional.

Pertandingan "kasar"

[sunting | sunting sumber]
Tunggang dompak; dalam acara "rough stock", selalunya si binatang yang "menang."

Acara-acara sebegini melibatkan kuda yang dilatih untuk sengaja bertindak kasar dengan penunggangnya apabila bertanding, iaitu yang bergelar bronc. Pertandingan lembu atau kuda kasar (rough stock) juga menggunakan sekurang-kurangnya dua kuda tunggangan terlatih rapi yang dinaiki oleh "penyelamat" (pick-up (wo)men) yang bertugas membantu penunggang yang terjatuh atau menolong penunggang yang berjaya selamat turun dari haiwan yang mendompak.

  • Tunggang dompak (bronc riding) terdiri daripada dua bahagian, iaitu tunggang dompak tanpa pelana yang mana si penunggang hanya dibenarkan untuk berpegang pada kuda yang mendompak dengan sejenis tali kendit perut yang bergelar rigging; dan tunggang dompak berpelana yang mana penunggang menggunakan pelana khusus tanpa tanduk (untuk keselamatan) dan berpegang pada tali plumbum yang berat iaitu bronc rein yang terpasang pada tali kajai kuda.
  • Tunggang lembu merupakan acara yang mana koboi menunggang lembu jantan yang matang sepenuhnya daripada kuda. Walaupun kemahiran dan kelengkapannya serupa dengan yang diperlukan untuk tunggang dompak tanpa pelana, namun acaranya jauh berbeza dengan acara berkuda kerana bahayanya yang lebih besar. Memandangkan lembu jantan sukar diduga tindak-tanduknya, apalagi boleh mengasari penunggang yang terjatuh, maka pelawan lembu atau "badut rodeo", bertindak untuk mengalih perhatian si lembu sambil mengelak kecederaan terhadap pemain.
Tunggang lembu

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
  • Celah-celah tiang (pole bending) merupakan pertandingan kelajuan dan ketangkasan yang adakalanya diadakan di rodeo peringkat tempatan dan sekolah tinggi. Ia lebih dikira sebagai pertandingan gimkhana atau O-Mok-See. Dalam acara ini, si kuda dan penunggangnya berlari sepanjang sebaris enam tiang tegak, membelok tajam lalu mencelah-celah tiang-tiang tersebut, membelok kembali dan mencelah-celah semula, dan akhirnya pulang ke titik permulaan.
  1. ^ General Wyoming Information, web site accessed July 12, 2007 at http://www.netstate.com/states/symb/wy_symb.htm
  2. ^ Rodeo: animal abuse for the sake of entertainment, Vancouver Humane Society, accessed April 2, 2009.
  3. ^ "Dictionary.com: rodeo". Dictionary.reference.com. Dicapai pada 2014-01-02.
  4. ^ "Royal Spanish Academy Online Dictionary: rodeo". Buscon.rae.es. Dicapai pada 2014-01-02.
  5. ^ Curnutt 2001, m/s. 268–269.
  6. ^ Broyles 2006, m/s. 4.