Selat Taiwan
Selat Taiwan (Hanzi: 台灣海峽) juga disebut Selat Formosa merupakan satu selat selebar 180 km yang terbentang di antara Tanah Besar China dengan pulau Taiwan. Jarak paling sempit di selat ini sejauh 113 km.
Selat ini menghubungkan Laut China Timur di utara dan Laut China Selatan di sebelah selatan. Di selat ini pula terletak beberapa gugusan kepulauan seperti Kepulauan Pescadores, Kepulauan Quemoy dan Kepulauan Matsu.
Catatan sejarah
[sunting | sunting sumber]Selat Taiwan pertama kali tercatat dalam sejarah di dalam Catatan Sejarah Tiga Negara yang ditulis pada zaman Dinasti Jin. Dikisahkan bahawa bala tentara Sun Quan dari negara Dong Wu pernah melintasi laut sebelum tiba sebuah daratan orang liar. Daratan yang dimaksudkan berkemungkinan besar merujuk kepada Taiwan.
Namun juga banyak para ahli sejarah yang menolak tafsiran ini dan berpendapat bahawa daratan yang dimaksudkan tidak semestinya merujuk pada Taiwan. Ini kerana terdapat banyak kepulauan besar dan kecil yang tersebar di sekitar Selat Taiwan.
Di zaman Dinasti Ming dan Qing, selat Taiwan dalam dialek Hokkien disebut sebagai O-Chui-Kau (黑水溝), yang secara harfiah bererti parit hitam atau selat malapetaka. Ini kerana pada zaman tersebut, pendatang yang datang dari Fujian, sering maut detelan ombak ganas di selat ini.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pertempuran Kuningtou
- Krisis Pertama Selat Taiwan
- Krisis Kedua Selat Taiwan
- Krisis Ketiga Selat Taiwan
- Status politik Taiwan
- Projek terowong Selat Taiwan
- Penerbangan 611 China Airlines
- Selat Luzon
Nota
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Bush, R. & O'Hanlon, M. (2007). A War Like No Other: The Truth About China's Challenge to America. Wiley. ISBN 0-471-98677-1
- Bush, R. (2006). Untying the Knot: Making Peace in the Taiwan Strait. Brookings Institution Press. ISBN 0-8157-1290-1
- Carpenter, T. (2006). America's Coming War with China: A Collision Course over Taiwan. Palgrave Macmillan. ISBN 1-4039-6841-1
- Cole, B. (2006). Taiwan's Security: History and Prospects. Routledge. ISBN 0-415-36581-3
- Copper, J. (2006). Playing with Fire: The Looming War with China over Taiwan. Praeger Security International General Interest. ISBN 0-275-98888-0
- Federation of American Scientists et al. (2006). Chinese Nuclear Forces and U.S. Nuclear War Planning
- Gill, B. (2007). Rising Star: China's New Security Diplomacy. Brookings Institution Press. ISBN 0-8157-3146-9
- Shirk, S. (2007). China: Fragile Superpower: How China's Internal Politics Could Derail Its Peaceful Rise. Oxford University Press. ISBN 0-19-530609-0
- Tsang, S. (2006). If China Attacks Taiwan: Military Strategy, Politics and Economics. Routledge. ISBN 0-415-40785-0
- Tucker, N.B. (2005). Dangerous Strait: the U.S.-Taiwan-China Crisis. Columbia University Press. ISBN 0-231-13564-5