Sing Buri
[[Imej:|frames|center|250px]] | |
Ibu kota | Sing Buri |
Gabernor | Chuthamat Prathipwanit (sejak 2004) |
Keluasan | 822.5 km2 Tangga ke-73 |
Jumlah Penduduk |
232,766 (2000) Tangga ke-72 |
Kepadatan Penduduk |
283/km2 Tangga ke-11 |
ISO 3166-2 | TH-17 |
Sing Buri (Bahasa Thai: สิงห์บุรี ) ialah salah satu daripada wilayah (changwat) Thailand. Wilayah berjiran termasuklah (dari utara ikut arah jam) Nakhon Sawan, Lop Buri, Ang Thong, Suphan Buri dan Chai Nat.
Sing Buri terletak di dataran lembah sungai Chao Phraya yang rata.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kawasan Sing Buri memegang tempat yang penting dalam sejarah Thailand yang awal sejak zaman Dvaravati sehingga zaman Ayudhaya. Provinsi ini pernah dipisahkan menjadi tiga buah provinsi yang kecil — In Buri, Prom Buri and Sing Buri — tetapi kemudian disatukan oleh Raja Chulalongkorn (Rama V) pada tahun 1895.
Lambang
[sunting | sunting sumber]Mohor provinsi ini menampilkan kubu Khai Bangrachan yang merupakan sebuah tugu peringatan bersejarah. Ketika orang-orang Myanmar menyerang Ayutthaya pada tahun 1765, sebelas orang kampung dari Bangrachan bertempur dengan tentera Myanmar ketika tentera itu berhenti di utara Ayutthaya. Orang-orang kampung itu dapat melambatkan kemaraan tentera Myanmar selama lima bulan sebelum ditewaskan. Tidak lama kemudian, Ayutthaya ditawan.
Pada setiap 4 Februari, sebuah upacara diadakan untuk peringatan pahlawan-pahlwan tempatan ini. Peristiwa ini pun telah dijadikan filem di Thailand.
Pokok provinsi ialah Pokok Cendana Merah (bahasa Inggeris: Red Sandalwood Tree; nama botani: Adenanthera pavonina).
Bahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Provinsi Sing Buri dibahagikan kepada enam buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 43 buah komun (tambon) dan 363 buah desa.