Soba
Mi soba | |
---|---|
Jenis | Mi |
Tempat asal | Jepun |
Suhu penghidangan | Panas, sejuk |
Bahan utama | gandum kuda |
Bahan yang biasa digunakan | Buckwheat flour |
sunting · sunting di Wikidata |
Soba (そば atau 蕎麦 ) bermaksud gandum kuda dalam bahasa Jepun. Ia disamaertikan dengan sejenis mi nipis yang diperbuat daripada tepung gandum kuda, apalagi di Jepun sahaja, ia juga memaksudkan sebarang mi nipis (berbanding dengan mi gandum tebal iaitu udon). Mi soba dihidangkan sama ada dingin dengan sos celup yang pedas, ataupun dalam kaldu panas sebagai sup mi. Gandum kuda memakan masa tiga bulan untuk sedia dituai, oleh itu ia boleh dituai empat kali setahun, terutamanya pada musim-musim bunga, panas dan luruh. Di Jepun, pengeluaran gandum kuda tertumpu di Hokkaido.[1] Soba yang diperbuat dengan gandum kuda yang baru dituai dipanggil "shin-soba", dan lebih manis dan berperisa berbanding soba biasa.
Di Jepun, mi soba dihidangkan dalam pelbagai latar: baik sebagai makanan segera yang murah di stesen kereta api[2] seluruh Jepun, mahupun di restoran mewah yang eksklusif. Pasar-pasar juga menjual mi kering[3] dan men-tsuyu (kaldu mi segera) untuk memudahkan penyediaan di rumah.
Sesetengah kedai, terutamanya yang lebih murah dan kasual, mungkin menghidangkan soba dan udon sekali kerana ia sering dihidangkan dengan cara yang serupa. Walau apapun, soba merupakan mi pilihan utama tradisional warga Tokyo.[4] Tradisi ini berakar umbi pada zaman Tokugawa, ketika para warga kota Edo (Tokyo) yang biarpun jauh lebih kaya daripada golongan luar bandar yang miskin, namun lebih terdedah kepada penyakit beri-beri kerana banyak makan nasi putih yang rendah tiamina.[5] Ditemui bahawa beri-beri boleh dicegah dengan kerap memakan soba yang kaya dengan tiamina.[6] Pada zaman Tokugawa, setiap kejiranan ada satu atau dua kedai soba yang serupa fungsinya dengan kedai kopi masa kini, di mana penduduk setempat bersinggah untuk makan sejenak.[7]
Penghidangan soba
[sunting | sunting sumber]Soba selalunya dimakan dengan penyepit, apalagi di Jepun, adalah tidak salah untuk menghirup mi dengan kuat, terutama sekali apabila makan mi panas, kerana mi itu harus dihirup cepat-cepat ke dalam mulut supaya rasa panas itu cepat pudar.
Hidangan soba am
[sunting | sunting sumber]Seperti mi-mi Jepun yang lain, mi soba sering dihidangkan secara tus dan dingin pada musim panas, dan panas dengan kaldu dashi pada musim sejuk. Hias atas tambahan boleh dibubuh pada soba yang panas mahupun sejuk, dan dipilih dengan teliti agar tepat dengan musim serta seimbang dengan ramuan-ramuan lain. Kebanyakan hias atas ini dibubuh mentah-mentah mahupun digoreng. Kebanyakan hidangan soda juga boleh disajikan dengan udon.
Soba sejuk
[sunting | sunting sumber]Soba sejuk lazimnya dihidangkan di dalam dulang buluh seakan tapis yang dipanggil zaru, kadang-kadang dihiasi dengan cebisan rumpai laut nori yang kering, dengan sos celup yang dipanggil soba tsuyu di sebelahnya. Tsuyu itu diperbuat daripada campuran dashi, kicap manis (satōjōyu) dan mirin yang kuat perisanya. Pemakan memegang penyepit untuk memetik sedikit soba dari dulang lalu mencelupnya dalam tsuyu yang sejuk sebelum memakannya. Di dalam tsuyu itu diadukkannya wasabi dan daun bawang. Ramai yang menyangka bahawa cara yang terbaik untuk mengalami tekstur mi soba buatan tangan yang unik adalah untuk memakannya sejuk-sejuk, kerana kekonsistenan tekstur itu berubah apabila direndamkan dalam kaldu panas. Selepas mi dimakan, pemakan juga menikmati air yang digunakan untuk memasak mi (sobayu) bercampur dengan tsuyu yang tinggal.[8]
- Mori soba (盛り蕎麦 ): Mi soba sejuk am yang dihidangkan dalam bakul atau pinggan.
- Zaru soba (笊蕎麦 ): Mori soba yang dihiasi dengan rumpai laut nori cincang di atas.
- Hiyashi soba (冷やし蕎麦 ): Mi soba sejuk yang ditaburi dengan pelbagai hias atas, selepas itu dituangi kaldu oleh pemakan. Antara hias atas itu ialah:
- tororo: puri yamaimo (sejenis ubi Jepun yang berlendir teksturnya)
- oroshi: lobak daikon parut
- natto: kacang soya tapai yang melekit
- bendi: bendi hiris yang segar
- Soba maki: Mi soba sejuk yang dibungkus dalam nori dan disajikan sebaga makizushi.
- Salad soba: Mi soba sejuk yang diadukkan dalam kuah bijan dengan sayur-sayuran. Lebih kepada sajian soba fusion moden yang dihidangkan di luar Jepun.
Soba panas
[sunting | sunting sumber]Soba juga lazimnya dihidangkan dalam sup mi dalam semangkuk tsuyu yang hangat. Tsuyu panas ini lebih nipis daripada tsuyu yang digunakan sebagai sos celup soba sejuk. Antara hiasan yang digemari ialah daun bawang hiris dan shichimi togarashi (serbuk cili campuran).
- Kake soba 掛け蕎麦 : Mi soba panas di dalam kaldu yang dihiasi di atas dengan daun bawang yang dihiris nipis-nipis, dan mungkin juga sehiris kamaboko (kuih ikan).
- Kitsune soba きつね蕎麦 ("soba rubah", di Kantō) atau たぬき蕎麦 tanuki soba ("soba anjing rakun", di Kansai): Dihiasi dengan aburaage (tauhu goreng).
- Soki soba: Hidangan istimewa dari Okinawa yang dihiasi dengan soki (daging babi rendidih)
- Tanuki soba (di Kantō) atau haikara soba ハイカラ蕎麦 (di Kansai): Dihiasi dengan tenkasu (cebis-cebisan tepung sadur tempura goreng).
- Tempura soba 天麩羅蕎麦 : Dihiasi dengan tempura, biasanya merupakan udang besar.
- Tsukimi soba 月見蕎麦 ("soba tampak bulan"): Dihiasi dengan telur mentah yang dimasak carak di dalam sup panas.
- Tororo soba とろろ蕎麦 atau yamakake soba 山かけ蕎麦 : Dihiasi dengan tororo iaitu puri yamaimo.
- Wakame soba わかめ蕎麦 : Dihiasi dengan rumpai laut wakame.
- Soba-yu 蕎麦湯 : Inilah air hangat yang mendidihkan soba, seperti kaldu. Ia dinikmati dengan dicampuri dengan soba-yu untuk menikmati perasa soba; namun nutrisinya tidak seberapa.
- Nameko soba なめこ蕎麦 : Dihiasi dengan cendawan nameko.
- Sansai soba 山菜蕎麦 ("soba sayur gunung"): Dihiasi dengan sansai, atau sayur liar seperti warabi, zenmai dan takenoko.
- Kamonanban 鴨南蛮 : Dihiasi dengan daging itik dan negi.
- Currynanban カレー南蛮 : Soba panas dalam kaldu berperisa kari yang dihiasi dengan daging ayam/babi serta daun bawang yang dihiris nipis.
- Nishin soba 鰊(にしん)蕎麦 : Dihiasi dengan migaki nishin 身欠きニシン , atau ikan hering Pasifik kering.
-
Kitsune soba di Brighton, East Sussex, UK
-
Tanuki soba di Cupertino, California, AS
-
Tsukimi soba
-
Nameko soba
-
Kamonanban
-
Tiga berkas mi soba kering dalam sebungkus
-
Mi cawan segera soba (Maruchan, Midori no Tanuki)
Soba tujuan istimewa
[sunting | sunting sumber]Soba juga dijadikan hidangan tradisional pada Malam Tahun Baru di hampir seluruh Jepun, dalam tradisi yang masih kekal hingga hari ini: Toshikoshi soba.[9] Di kawasan Tokyo juga terdapat tradisi menghadiahkan soba kepada jiran yang baru berpindah datang (Hikkoshi soba), namun semakin jarang diamalkan.
Nutrisi soba
[sunting | sunting sumber]100 gram soba membuahkan 344 kcal (1,440 kJ) tenaga.[perlu rujukan] Soba menandungi kelapan-lapan asid amino perlu, termasuk lisina yang tiada dalam gandum.
Mi soba mengandungi sejenis polisakarida yang mudah dicerna, di samping juga bahan-bahan antioksida, termasuk rutin dan kuersetin, serta nutrien-nutrien penting seperti kolina, tiamina dan riboflavin.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "平成20年産 そばの作付面積及び収穫量" (PDF) (dalam bahasa Jepun). The Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan. 2009.01.29. m/s. 7. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan)[pautan mati] - ^ Mente, Boye Lafayette De (2007). Dining Guide to Japan: Find the Right Restaurant, Order the Right Dish, and. Tuttle Publishing. m/s. 70. ISBN 4805308753.
- ^ Andoh, Elizabeth; Beisch, Leigh (2005). Washoku: recipes from the Japanese home kitchen. Ten Speed Press. m/s. 34. ISBN 1580085199.
- ^ Barakan, Mayumi Yoshida; Greer, Judith Connor (1996). Tokyo city guide. Tuttle Publishing. m/s. 83. ISBN 0804819645.
- ^ Lien, Marianne E.; Nerlich, Brigitte (2004). The politics of food. Berg Publishers. m/s. 127. ISBN 1859738532.
- ^ Udesky, James (1988). The book of soba. Kodansha International. m/s. 107. ISBN 0870118609.
- ^ Watson, James L. (1997). Golden arches east: McDonald's in East Asia. Stanford University Press. m/s. 165. ISBN 0804732078.
- ^ Homma, Gaku (1991). The folk art of Japanese country cooking: a traditional diet for today's world. North Atlantic Books. m/s. 91. ISBN 1556430981.
- ^ Tsuchiya Haruhito (2008). Customs of Japan. m/s. 61. ISBN 4896846931.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Soba |