Stadium Olimpik Fisht
Stadium Olimpik Fisht | |
---|---|
Lokasi | Sochi, Rusia |
Koordinat | 43°24′08″N 39°57′22″E / 43.4022667°N 39.9561111°EKoordinat: 43°24′08″N 39°57′22″E / 43.4022667°N 39.9561111°E |
Dibuka | 2013[1] |
Pemilik | Kerajaan Rusia |
Kos pembinaan | AS$ 779 juta |
Arkitek | Populous,[2] Buro Happold |
Kapasiti | 47,659 (FIFA), 40,000 (Olimpik) |
Penyewa | |
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Piala Dunia FIFA 2018 Pasukan bola sepak kebangsaan Rusia |
Stadium Olimpik Fisht (Rusia: Олимпийский стадион «Фишт», Olimpiyskiy stadion "Fisht") adalah sebuah stadium terbuka di Sochi, Rusia. Terletak di Taman Olimpik Sochi dan dinamakan sempena Gunung Fisht, stadium berkapasiti 40,000 orang ini telah dibina untuk sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk di mana ia menjadi arena utama untuk majlis perasmian pembukaan dan upacara penutupan.
Direka oleh Populous dan syarikat perundingan reka bentuk Buro Happold dari British, bumbung stadium dibina daripada anggaran 36,500 m² etilena tetrafluoroetilena (ETFE) dan telah direka dengan bumbung puncak bersalji. Dengan penjuru stadium yang terbuka di bahagian utara, membenarkan pandangan langsung terhadap Pergunungan Krasnaya Polyana, dan dek atas terbuka di selatan, membolehkan pemandangan Laut Hitam dapat dilihat dari dalam stadium.
Dengan kos pembinaan mencecah AS$ 779 juta, ia telah dibuka pada tahun 2013.[1] Selepas sukan Olimpik melabuhkan tirainya, kompleks stadium ini akan bertindak sebagai pusat latihan dan perlawanan setempat untuk pasukan bola sepak kebangsaan Rusia.[1] Stadium ini juga adalah salah satu daripada 11 arena untuk perlawanan bolasepak Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal berlangsung di Rusia.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Fisht Olympic Stadium". Sochi2014.com. Dicapai pada 7 Februari 2014.
- ^ Sochi 2014 Main Stadium Diarkibkan 2010-02-15 di Wayback Machine arkitek: Populous
- ^ "FIFA Picks Cities for World Cup 2018". RIA Novosti, Moscow. 29 September 2012. Dicapai pada 7 Februari 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Stadium Olimpik di Sochi. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.