Pergi ke kandungan

Tawas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seketul batu tawas

Tawas (Jawi: تاوس, Latin: alumen) adalah kelompok garam rangkap berhidrat berupa kristal dan bersifat isomorf. Kristal tawas ini cukup mudah larut dalam air, dan kelarutannya berbeza-beza tergantung pada jenis logam dan suhu. Ia salah satu sebatian yang dibuat dari molekul air dan dua jenis garam, salah satunya biasanya Al2(SO4)3. Tawas kalium antara yang paling umum mempunyai rumusan K2SO4.Al2(SO4)3.24H2O.[1]

Tawas kalium merupakan jenis tawas yang paling penting. Tawas kalium merupakan sebatian tidak berwarna dan mempunyai bentuk hablur oktahedral atau kubus ketika kededua kalium sulfat dan aluminium sulfat dilarutkan dan dibekukan. Larutan tawas kalium tersebut bersifat asidik. Tawas kalium sangat larut dalam air panas. Ketika kristalin tawas kalium dipanaskan terjadi pemisahan secara kimia dan sebagian garam yang terdehidrasi terlarut dalam air.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Dalam perubatan tradisional

[sunting | sunting sumber]

Pengamal ubat tradisional Melayu termasuk bomoh dan pawang menggunakan tawas antaranya untuk merawat sakit sawan, semput dan demam kuning pada bayi; menguatkan semangat diganggu makhluk halus; serta merawat penyakit ringan - tawas berubat dibakar atas bara tempurung dan ranting terembun sehingga cair sambil surah-surah Quran dibacakan atasnya. Cairan ini "diramas" dengan air sebelum disapu atau dicalit pada pesakit.[2]

Tawas digunakan masyarakat Aceh (dalam bahasa Aceh: tawaih) untuk merawat gonorea (saket sabōn).[3]

Penjernihan air

[sunting | sunting sumber]

Tawas telah dikenal sebagai flokulator yang berfungsi menggumpal kotoran pada air keruh yang hendak dijernihkan,[4] ia mampu mengendapkan koloid atau ampaian air kumbahan secara berkesan.

Pada umumnya bahan seperti aluminium sulfat [Al2(SO4)3.18H2O], ferum sulfat, polialuminium klorida dan polielektrolit organik dapat digunakan sebagai koagulan. Untuk menentukan takar tawas bubuhan yang optimal, koagulan yang sesuai dan pH yang akan digunakan dalam proses penjernihan air ringkasnya dapat diuji dalam makmal.[5]

Bahan kosmetik

[sunting | sunting sumber]
Buku tawas ubat dagu lepas bercukur dijual di India

Daya menggumpal tawas mampu menjerap kotoran, racun dan lainnya, maka ia boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan[6] secara membasahkan permukaannya dan disapu pada kulit celah ketiak secukupnya.

Bahan pewarna

[sunting | sunting sumber]

Campuran tawas bersama air kapur, abu bakaran pokok, mengkudu, sepang, dan tarum menjadi asas mewarnakan biru kain tenunan dalam kerajinan tekstil Aceh sebelum digantikan dengan pewarna berasaskan anilina.[7]

Bahan kalis api

[sunting | sunting sumber]

Tawas kalium memiliki takat lebur 900 °C. Jenis lain dari tawas adalah aluminium sulfat yang mencakupi tawas natrium, tawas amonium, dan tawas perak. Tawas digunakan untuk pembuatan bahan tekstil yang tahan api.

Tawas merupakan komponen dari foamit yang digunakan dalam alat pemadam kebakaran. Larutan yang mengandung tawas digunakan pada berbagai benda seperti kayu, kain, dan kertas untuk meningkatkan ketahanannya terhadap api. Tawas juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan. Ini terbukti, masyarakat zaman dahulu umumnya menggunakan tawas sebagai pengawet makanan sebelum tingkal atau bahan kimia lain mampu diperolehi.

  1. ^ Austin, George T. (1984). Shreve's Chemical process industries (ed. ke-5). New York: McGraw-Hill. m/s. 357. ISBN 9780070571471.
  2. ^ Muhd Norizam Jamian; Izzah Safiah Raihana Mohd Ghazali (Mei 2021). "Penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional". Geografia. Universiti Kebangsaan Malaysia. 17 (2): 327–339. doi:10.17576/geo-2021-1702-25.
  3. ^ Hurgronje, Snouck (1985). Aceh di Mata Kolonialis. II. Jakarta: Yayasan Soko Guru. m/s. 57.
  4. ^ Samuel D. Faust, Osman M. Aly (1999). Chemistry of water treatment (ed. ke-2). Chelsea, MI: Ann Arbor Press. ISBN 9781575040110.
  5. ^ (Alearts & Santika, 1984)
  6. ^ Kanlayavattanakul, M.; Lourith, N. (Ogo 2011). "Body malodours and their topical treatment agents". International Journal of Cosmetic Science. 33 (4): 298–311. doi:10.1111/j.1468-2494.2011.00649.x. PMID 21401651.
  7. ^ Snouck (1985), m/s. 66.