Teluk Phang Nga
Teluk Phang Nga, atau Teluk Pungah sepanjang 400 km menghadap Laut Andaman antara pulau Phuket dengan Semenanjung Tanah Melayu di selatan Thailand. Sejak 1981 Phang Nga telah diwarta sebagai Taman Negara oleh kerajaan Thailand.
Sebuah pulau di sini dikenali juga sebagai pulau James Bond kerana adanya batu tunggul dari batu kapur yang berdiri megah di tengah laut . Kampung berdekatan ialah Ao Luk.
Etimologi dan Sejarah
[sunting | sunting sumber]Phang Nga berasal daripada perkataan bahasa Melayu Pangan yang merujuk kepada penduduk asal Pungah, yang mana kebanyakaan pada masa itu bukan beragama islam. Seiring waktu perkataan Pangan disebut sebagai Pungah. Ada juga teori yang mengatakan perkataan Pungah berasal dari perkataan Bunga kerana wilayah Pungah juga dikenali oleh orang tempatan sebagai Kuala Bunga. Mengikut sejarah, pada tahun 1824, apabila tentera raja siam mengalahkan tentera burma, raja Rama ke-tiga menamakan semula wilayah tersebut sebagai Phang Nga dan mengembangkan lagi wilayah pantai tersebut ke kawasan daratan. Perkataan Phang Nga yang dirosakkan memberi sedikit gambaran bahawa kemungkinan wilayah tersebut diduduki oleh orang-orang Asli dan kaum-kaum Asal yang lain.