Pergi ke kandungan

Toyota C-HR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toyota C-HR (AX10/AX50)
Toyota C-HR Koba 2017 (NGX10; pra-facelift, Australia)
Maklumat
PengilangToyota
Juga dikenaliToyota IZOA (FAW Toyota; China)[1]
PengeluaranNovember 2016 – kini
Tahun model2018–present (Amerika Utara)
Pemasangan
KelasSUV crossover kompak
Gaya badanSUV 5-pintu
Reka letak
  • FF
  • F4WD (1.2 L CVT)
PelantarTNGA: Toyota TNGA-C platform/GA-C[3]
Enjin
  • Petrol:
  • 1197 cc 8NR-FTS turbo I4 (NGX10/50)
  • 1798 cc 2ZR-FE I4 (ZGX11)
  • 1986 cc 3ZR-FAE I4 (ZGX10; Amerika Utara)
  • 1986 cc M20A-FKS I4 (MAXA10; China)
  • Petrol flex-fuel:
  • 1798 cc 2ZR-FBE I4 (ZGX11)
  • Petrol hybrid:
  • 1798 cc 2ZR-FXE I4 (ZYX10/11)
  • 1986 cc M20A-FXS I4 (MAXH10; Eropah)
Penghantaran
  • 1.2L:Manual 6-kelajuan (EG60)
  • 1.2L&1.8L:CVT 7-kelajuan disimulasi (K313)
  • 1.8L&2.0L:eCVT (hybrid)
  • 2.0L:CVT Direct Shift (K114)
Jarak roda2,640 mm (103.9 in)
Panjang4,360–4,385 mm (171.7–172.6 in)
Lebar1,795 mm (70.7 in)
Tinggi1,565 mm (61.6 in)
Berat Curb1,380–1,460 kg (3,042–3,219 lb)
Berkait
Pereka bentukIan Cartabiano, Katsuhiro Suzuki and Kazuhiro Sato[2]

Toyota C-HR (Jepun: トヨタ C-HR, Hepburn: Toyota Shīeichiāru) merupakan sebuah SUV crossover subkompak yang dikeluarkan bermula tahun 2016 oleh pengeluar kereta Jepun, Toyota. Pembangunan kereta tersebut bermula pada tahun 2013, diketuai oleh ketua jurutera Toyota Hiroyuki Koba.[4] C-HR adalah berdasarkan platform TNGA-C (GA-C) yang sama seperti Corolla siri E210,[5][6] dan diletakkan di antara Corolla Cross dan Yaris Cross apabila mengikut saiz.

Versi pengeluaran bagi C-HR telah diperkenalkan pada Geneva Motor Show Mac 2016 dan pengeluaran dimulakan pada November 2016. Pada 14 Disember 2016, model CH-R telah dilancarkan di Jepun.[7] Bermula awal tahun 2017, ia mula dijual di Eropah, Australia, Afrika Selatan dan Amerika Utara manakala bermula tahun 2018 ia mula dijual di Asia Tenggara, China dan Taiwan. Nama C-HR boleh mewakili sama ada Compact High Rider,[7] Cross Hatch Run–about[7] atau Coupe High Rider.[8]

Pengeluaran awal model ini adalah di Jepun dan Turki. C-HR model tahun 2018–2020 bagi pasaran Amerika Utara diimpot dari Turki.[9]

Model pengeluaran

[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, C-HR dijual di semua saluran pengedar Toyota (Kedai Toyota, Kedai Toyopet, Kedai Toyota Corolla dan Kedai Netz). CH-R pasaran jepun mempunyai pilihan enjin petrol turbo 1.2 liter, atau enjin hibrid 1.8 liter. Model pacuan roda depan (FWD) boleh didapati dengan kedua-dua enjin. Model pacuan semua roda (AWD) hanya mempunyai enjin turbo 1.2 liter. Trim yang ditawarkan ialah S, S-LED, G, ST dan GT. Model S, S-LED, G mempunyai enjin turbo 1.2 liter, manakala model lain mempunyai enjin hibrid 1.8 liter. Pakej LED adalah eksklusif untuk pakej G dan S-LED.[10]

Model C-HR telah diperkenalkan di Malaysia oleh UMW Toyota Motor pada Mei 2017.[11] Tempahan telah dibuka bermula 11 Januari 2018.[12] C-HR di Malaysia merupakan sebuah model Complete Built-Up (CBU) dari Thailand.[13] Sebuah majilis penyerahan kunci kepada 50 pembeli pertama teah diadakan pada 22 Mac 2018.[14] Hanya model enjin 1.8L 2ZR-FE yang dijual dan harga bermula RM 145,500.

Harga C-HR yang mahal telah memnyebabkan julan yang tidak begitu memberangsangkan. Pada akhir tahun 2020, jualan C-HR di Malaysia dihentikan. Ia telah digantikan dengan Corolla Cross, yang dilancarkan pada penghujung Mac 2021.[15]

C-HR binaan Siam mempunyai enjin 2ZR-FBE atau 2ZR-FE 1.8 liter dan dijual di beberapa negara Asia termasuk Thailand, Indonesia, Malaysia dan Brunei. Sebuah versi pasaran ASEAN telah diumumkan di Thailand pada 30 November 2017, di Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand ke-34.

Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Bagi pasaran Indonesia, C-HR telah dilancarkan pada 10 April 2018, pada mulanya dengan enjin petrol 2ZR-FE 1.8 liter. Varian hibrid diikuti kemudian pada 22 April 2019.[16] Pada Mac 2022, jualan varian petrol telah diberhentikan. Varian hibrid tunggal menerima sistem Toyota Safety Sense tanggal 27 Mei 2022.

Di Brunei, C-HR ditawarkan dalam model gred pertengahan, tinggi dan hibrid .[17]

Singapura

[sunting | sunting sumber]

Toyota CH-R telah diperkenalkan di Singapore Auto Show 2017 dan mula dijual selepas itu.[18] C-HR di Singapura dijual oleh Borneo Motors dengan varian enjin turbo 1.2 8NR-FTS sahaja yang dijual. Trim yang ditawarkan ialah Active dan Luxury.[19] Trim 1.8 liter dijual oleh pengimpot pihak ketiga.

Bagi pasaran China, C-HR dijual oleh GAC Toyota, manakala model kembarnya yang dijual oleh FAW Toyota dipanggil IZOA. IZOA menampilkan gril bampar hadapan dengan garisan mendatar dan bukannya jaringan seperti gril bampar pada C-HR. Kedua-dua C-HR dan IZOA telah diperkenalan di Auto Guangzhou pada November 2017 dan mula dijual pada April 2018. Varian kenderaan elektrik (EV) bagi kedua-dua C-HR dan IZOA telah diperkenalkan di Auto Shanghai ke-18 pada 16 April 2019, sebagai kenderaan bateri elektrik pertama dalam barisan Toyota yang akan datang.[20]

C-HR EV mula dijual di China pada April 2020. Motor elektriknya menghasilkan kuasa sebanyak 150 kW (201 hp; 204 PS) dan 300 N·m (220 lb·ft) tork. Pek bateri litium-ion 54.3 kWh didakwa mempunyai jarak perjalanan sehingga 400 km (250 batu) mengikut NEDC.[21]

C-HR pasaran Eropah boleh dibeli dengan enjin petrol turbo 1.2 liter, enjin hibrid 1.8 liter atau enjin hibrid 2.0 liter; sama seperti pasaran Jepun.

Transmisi manual 6-kelajuan hanya terdapat pada varian turbo 1.2 liter AWD; transmisi tunggal bagi turbo 1.2 liter AWD dan hibrid ialah CVT.

Nama bagi trim berbeza-beza di negara lain. Di UK, terdapat trim Icon, Design, Excel dan Dynamic. Bagi pasaran Perancis, terdapat lebih banyak variasi nama pemasaran seperti Active, Dynamic, Edition, Graphic, Distinctive dan Collection. Di Romania pula terdapat C-enter, C-ult Style dan C-lassy.

Australia

[sunting | sunting sumber]

Bagi pasaran Australia, C-HR hanya ditawarkan dengan enjin turbo 1.2 liter 8NR-FTS. Model standard hanya tersedia dalam transmisi manual dan pacuan roda hadapan (FWD) sahaja, model transmisi automatik terdapat pilihan FWD atau pacuan semua roda (AWD). Model Koba boleh didapati dalam kedua-dua varian FWD dan AWD. Kotak gear untuk model asas adalah pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau CVT dengan gear simulasi 7-kelajuan. Koba disertakan dengan CVT sahaja, dan dilengkapi dengan lampu depan LED, tempat duduk kulit, tempat duduk bersama heater, dan sistem kemasukan dan permulaan enjin pintar.[22]

Amerika Utara

[sunting | sunting sumber]

C-HR pasaran Amerika Utara mempunyai enjin petrol 2.0 liter 3ZR-FAE tanpa turbo yang lebih besar yang dan dipadankan dengan kotak gear CVT. Pada asalnya, ia dirancang untuk dijual di bawah nama Scion sebelum marque itu dihentikan.[23][24]

Model tahun 2018 hanya tersedia dalam trim XLE atau XLE Premium[25] Bagi model tahun 2019, C-HR tersedia dalam model LE, XLE, XLE Premium atau Limited.[26]

C-HR yang difacelift telah diperkenalkan di Jepun, Eropah, Australia dan Amerika Utara pada Oktober 2019. Model Eropah menerimaenjin hibrid M20A-FXS 2.0 liter buat kali pertama. Android Auto dan Apple CarPlay menjadi standard. Varian GR Sport juga ditawarkan.[27][28]

C-HR
IZOA

Keselamatan

[sunting | sunting sumber]

ASEAN NCAP

[sunting | sunting sumber]
2018 Toyota CH-R
(7 beg udara)
Skor ASEAN NCAP [29]
Bintang keseluruhan 5/5 bintang
Penghuni dewasa 35.80/36.00
Penghuni kanak-kanak 40.89/49.00
Bantuan keselamatan 14.92/18.00
Tahun kalendar Eropah [30] AS [31] Mexico [32] Jepun China (C-HR) [33] China (IZOA) [34] Thailand
2016 7,123
2017 108,170 25,755 117,299 [35]
2018 131,348 49,642 3,504 76,756 [36] 22,720 29,080 15,930 [37]
2019 119,786 48,930 2,629 55,677 [38] 59,461 52,989
2020 101,252 42,936 1,721 33,676 [39] 55,246 45,554 3,381 [40]
  1. ^ "FAW-Toyota IZOA to hit China market in June". Gasgoo. China. 2018-02-23. Dicapai pada 2018-03-14.
  2. ^ US D793906, Cartabiano, Ian Richard; Katsuhiro Suzuki & Kazuhiro Sato, "Motor vehicle and/or toy replica thereof", published 2017-08-08, assigned to Toyota Jidosha KK 
  3. ^ Ogbac, Stefan (2016-03-08). "Report: Toyota C-HR moved to TNGA platform midway through development". Motor Trend. US. Dicapai pada 2018-11-16.
  4. ^ "Toyota C-HR – First Reveal of New Crossover's Sophisticated Interior Design" (Siaran akhbar). Europe: Toyota. 2016-06-28. Dicapai pada 2019-02-01.
  5. ^ "Toyota C-HR review: small crossover tested". Top Gear (dalam bahasa Inggeris). November 14, 2016. Dicapai pada December 18, 2020.
  6. ^ "Toyota C-HR review". Auto Express (dalam bahasa Inggeris). May 25, 2021. Dicapai pada September 18, 2021.
  7. ^ a b c "Toyota Launches the New C-HR" (Siaran akhbar). Toyota Global Newsroom. 2016-12-14. Dicapai pada 2016-12-21.
  8. ^ Huffman, John Pearley (2017-08-16). "Tested: 2018 Toyota C-HR Is Extremely Designed". Car and Driver (dalam bahasa Inggeris). US. Dicapai pada 2021-04-04.
  9. ^ Aytekin, Akin (2016-11-09). "Toyota begins production of C-HR in Turkey for export to Europe, U.S." Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-02-16.
  10. ^ Tan, Danny (2016-12-14). "Toyota C-HR compact crossover launched in Japan – 1.2L Turbo 4WD, 1.8L Hybrid 2WD, from RM97k". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-15.
  11. ^ Lee, Gerald (2017-05-13). "Toyota C-HR here in Malaysia for first official preview". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-15.
  12. ^ Tan, Danny (2018-01-11). "Toyota C-HR open for booking in Malaysia, RM146k est". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-15.
  13. ^ "Toyota C-HR 1.8L CBU price confirmed – RM145,500". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-15.
  14. ^ "Toyota C-HR handover ceremony in Malaysia". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-22. Dicapai pada 2022-11-15.
  15. ^ Lee, Jonathan (2020-12-31). "Toyota in 2021 – new Corolla Cross, Harrier; facelifts for Camry, Innova and Fortuner coming to Malaysia?". Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 15 November 2022.
  16. ^ Maskur, Fatkhul (2019-04-24). "Toyota resmi luncurkan C-HR hybrid di Indonesia". Otomotif (Bisnis.com) (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-11-15.
  17. ^ "5⭐Safety Rated Toyota CHR, available in 3 variants - Mid, High & Hybrid". Facebook (dalam bahasa Inggeris). 2018-12-10. Dicapai pada 2022-11-15.
  18. ^ Sadali, Izwaashura (13 Januari 2017). "GALERI: Toyota C-HR di Singapore Motor Show". Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 15 November 2022.
  19. ^ Lye, Gerald (17 Januari 2018). "Toyota C-HR 1.2 Turbo officially launched in Singapore". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 November 2022.
  20. ^ Dzikiy, Phil (2019-04-16). "Toyota debuts all-electric C-HR/IZOA models prior to 2020 China launch". Electrek (dalam bahasa Inggeris). France. Dicapai pada 2019-05-27.
  21. ^ Raja, Shrawan (2020-05-23). "Toyota C-HR Electric launched in China with 400 km range". Electric Vehicle Web (dalam bahasa Inggeris). India. Dicapai pada 2020-06-10.
  22. ^ Charlwood, Sam (2017-02-23). "Toyota C-HR priced from $27K". Motoring (dalam bahasa Inggeris). Australia. Dicapai pada 2019-01-06.
  23. ^ Woodyard, Chris (2015-11-19). "Scion goes edgy with C-HR concept SUV". USA Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-28.
  24. ^ "Toyota's C-HR to Debut in Production Form Next Month at Detroit Auto Show". Car and Driver (dalam bahasa Inggeris). US. 2015-12-23. Dicapai pada 2018-04-28.
  25. ^ "2018 Toyota C-HR | Color outside the lines" (dalam bahasa Inggeris). US: Toyota. Dicapai pada 2018-10-17.
  26. ^ "2019 Toyota C-HR | Stand out for all the right reasons" (dalam bahasa Inggeris). US: Toyota. Dicapai pada 2018-10-17.
  27. ^ Lim, Anthony (2019-10-01). "Toyota C-HR facelift debuts – new 2.0L hybrid variant". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 2019-10-01.
  28. ^ Capparella, Joey (2019-10-01). "2020 Toyota C-HR Gets a Little Less Weird-Looking". Car and Driver (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-01.
  29. ^ "TOYOTA C-HR". Aseancap (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-07. Dicapai pada 2020-06-30.
  30. ^ "Toyota C-HR European sales figures". CarSalesBase. The Netherlands. 22 December 2016. Dicapai pada 2018-02-10.
  31. ^ "Toyota C-HR US car sales figures". CarSalesBase. The Netherlands. 5 May 2017. Dicapai pada 2018-02-10.
  32. ^ "Venta al público y producción de vehículos ligeros por marca, modelo, segmento y país origen". Instituto Nacional de Estadística, Geografía e Informática (INEGI) (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2021-11-05.
  33. ^ Sales, ModelToyota Car SalesToyota Model (2019-01-03). "Toyota C-HR China auto sales figures". carsalesbase.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-31.
  34. ^ Sales, ModelToyota Car SalesToyota Model (2019-01-03). "Toyota Izoa China auto sales figures". carsalesbase.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-31.
  35. ^ "2017 (Full Year) Japan: Best-Selling Car Models and Mini Cars". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-11. Dicapai pada 2019-08-16.
  36. ^ "2018 (Full Year) Japan: Best-Selling Car Models and Mini Cars". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-10. Dicapai pada 2019-08-16.
  37. ^ "2018 Thailand B-SUV sales report". Thailand. 6 March 2019. Dicapai pada 2019-03-07.
  38. ^ "【人気爆発ライズ RAV4の影で大幅減のC-HR…】トヨタSUVで壮絶な共喰拡大中!!" [[C-HR is greatly reduced in the shadow of the popular explosion RAV4 ...] Toyota SUVs are expanding spectacularly !!]. bestcarweb.jp (dalam bahasa Jepun). 自動車情報誌「ベストカー」. 2020-01-31. Dicapai pada 2020-02-08.
  39. ^ administrator (2021-01-08). "【国産乗用車編】2020年12月&2020年1月~12月の登録車新車販売台数ランキング15を一挙公開!12月度も累計も全てトヨタ新型ヤリスが圧勝! | ページ 2". Creative Trend (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-01-12.
  40. ^ "Sales Report : ยอดขาย SubCompact Crossover เดือน ธันวาคม 63 : Toyota Corolla Cross อันดับ 1 แตะ 3,000 คัน". HeadLight Magazine (dalam bahasa Thai). 2021-01-27. Dicapai pada 2021-01-30.